Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.
Alhamdulillah, akhirnya bolehlah aku melayari internet semasa di sekolah setelah hampir sebulan tidak dapt melayarinya sewaktu disekolah. Ini adalah kerana tiada 'wireless' di sekolah. Hari buat pertama kalinya aku ber'blog' di sekolah. Mintak maaf ye, salah guna kemudahan.
Aku nak cerita kisah aku pada hari Ahad yang lepas bertarikh 26 April 2009. Bermula awal pagi, pada pukul 5.30 pagi aku dah bangun dan pergi mandi serta menunaikan solat subuh. Aku bangun awal bukannya apa, sebab hari ini menjadi sukarelawan untuk Kejohanan Olahraga Remaja terbuka POAWP - MILO 2009. Malas nak cerita banyak la, tengok je la gambar ni:
Kejohanan Olahraga Remaja terbuka POAWP - MILO 2009
Ni eksyen je, saje bergambar di awal pagi.
Senyuman sebelum dikerah dan diperah
Seyum tetap senyum walaupun
muka dah itam kene dek panas
Itu kisah dari pagi sampai waktu tenghahari, kira-kira jam 1.30 petang aku pulang ke Maktab. Penat memang penat sebab kene jemur dan buat kerja. Mari kita sambung pula pada sebelah petangnya. Aku bertolak dari maktab kira-kira pukul 5 lebih. Aku dengan Syukri pergi ke rumah makcikku di Kg Bt. 20 Sg. Lui, Hulu Langat. Semenjak awal praktikum lagi kami tinggal disana sebab senang nak ke sekolah. dekat la katakan.Ni eksyen je, saje bergambar di awal pagi.
Senyuman sebelum dikerah dan diperah
Seyum tetap senyum walaupun
muka dah itam kene dek panas
Kami bertolak dari maktab dengan langit sudah bertukar warna, tanda-tanda air hujan akan turun. Beginilah rutin kami berdua, pulang dari maktab ke Hulu Langat pada hari Ahad pasti diiringi dengan hujan. Tak kira lebat mahupun rintik. Nak dijadikan cerita, hujan turun dengan lebat sewaktu kami melepasi Kg. Sg Serai kalau akau tidak silap. Aku memang tak kisah kene hujan sebab dah kerap kali mandi hujan kalau balik ke Hulu langat. Hayatilah gambar-gambar ini.
Kuasa Allah memang kita tidak mampu untuk menandinginya,
beginilah banjir di Bt. 18.
Tersangkut beb, tak boleh nak lalu. Kena tungu kenderaan besar lalu,
barulah aku berani lalu. Ikut belakang.
Lepas banjir, pokok tumbang pulak.
Walau apa pun dugaan dan rintangan, senyum tetap terukir manis dimuka.
beginilah banjir di Bt. 18.
Tersangkut beb, tak boleh nak lalu. Kena tungu kenderaan besar lalu,
barulah aku berani lalu. Ikut belakang.
Lepas banjir, pokok tumbang pulak.
Walau apa pun dugaan dan rintangan, senyum tetap terukir manis dimuka.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Adios......
Adios......
No comments:
Post a Comment