Monday, June 8, 2009

Berzakat + Bersedekah

assalamualaikum wbt...


Aku terbaca (atau membaca) blog ini dan aku suka penulisnya mengungkapkan mengenai Zakat & Sedekah.

Bila kita bayar zakat atau sedekah, yang mana Allah janji akan tambah, tapi manusia suka fikir logic, macam mana 100 tolak 2.5 peratus boleh tambah? Atau 10 tolak satu Allah ganda yang satu jadi sepuluh? Tak pandai matematik ke?
Itulah korang.., ni janji Allah yang tidak beranak dan tidak di peranakkan, yang tiada satu pun yang setara denganNYA.. apa lagi nak di kata?, ni bab Yakin, bab Iman, bab buang syirik.

Aku nasihat pada diri sendiri dan korang, bayarlah zakat dan silalah bersedekah banyak-banyak, baru Allah sucikan harta dan tambah berkat, dan tambah harta.., tapi korang cakap, korang susah, hutang keliling pingang, macam mana nak bayar zakat atau sedekah?

Hujung bulan duit kering, terperangkap dalam ‘rat race’ dan wang keluar melebihi wang masuk.., macam mana tu?

Atau kalau korang nak logic, boleh buat perbandingan dengan air telaga, yang mana jika kita selalu keluarkan air dari telaga, air telaga tak pernah kering, sentiasa bertambah mata air, tapi jika telaga tak dikeluarkan airnya, lama-kelamaan, telaga tu akan jadi telaga buta, air mata air dah takde lagi, malahan air yang tak dikeluarkan jadi busuk dan memudaratkan, begitulah ibaratnya rezeki kita, bila kita bayar zakat dan sedekah, maka Allah akan sentiasa tambah, tapi bila kita kemut dan bakhil, maka jadilah kita macam haji bakhil.., yang mana duit kita akan menjadi mudarat di dunia apabila mengundang perompak dan menjadi mudarat di akhirat kerana menjadi azab yang pedih.. oh!
Selaku pelajar, aku bayar zakat fitrah je bila bulan ramadhan. Sedekah tu ada la sikit-sikit. Sekadar yang mampu. Apa yang pasti aku cuba untuk istiqamah bersedekah setiap hari jumaat iaitu ketika pergi sembahyang jumaat. Dan juga ketika aku singgah di mana-mana masjid atau surau ketika musafir atau pun sekadar singgah untuk menunaikan fardhu yang lima itu.

Cuma, kesilapan yang besar pada orang kita ialah hanya bersedekah pada bulan ramadhan. Yalah, bulan puasa kan bulan yang penuh berkat, dilimpahi rahmat dan amalan pada bulan tersebut pahalanya lebih dari bulan-bulan biasa.

Bersedekah juga tidak semestinya dengan wang ringgit, ada banyak cara untuk bersedekah. Ilmu yang banyak di kepala jiga diberi kepada orang lain tanpa meminta bayara juga dikira sedekah. Malah bertambah lagi pahalanya jika orang itu menyampaikan pula kepada orang lain.

Sedekahlah wahai diri dan rakan-rakan walaupun sekadar 10sen, bukan nilai yang dipandang oleh Allah terhadap kita. Takwalah penentu segalanya.

“Kecelakaan bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya, sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke Huthamah, dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka, (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.” (Al Humazah:1-9).


Sekian untuk kali ini, adios...

*p/s: cuti-cuti ni rajin plak update blog.

No comments: