Monday, July 13, 2009

Pendaftaran + Memori lama

Assalamualaikum wbt...

Selamat datang wahai junior-junior ku! Selamat datang ke IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Pendaftaran pada hari ini berjalan dengan lancar (aku rasa la) dengan tiada masalah-masalah besar yang berlaku kecuali kedegilan para ibu bapa yang mahu menghantar barang-barang anak-anak mereka sehingga ke pintu bilik. Kalau boleh kereta tu pun mahu di letak dalam bilik agaknya.

Sekadar gambar hiasan

Aku sekarang sudah tidak keseorangan lagi. Roomate baru sudah masuk! Orang KB, bukan Kota Bharu tapi Kota Belud, Sabah. Satu kampung dengan Pjan, Kg Kalumbai kalau tak silap. Namanya Nazirudin, selamat datang roomate!

Kalau ada pelajar baru yang baca, sedikit nasihat dari abang senior:

  • Kekalkan jatidiri anda. jangan KL mengubah diri anda, biar anda mengubah KL.
  • Budayakan memberi salam, jika tidak senyum pun boleh.
  • Surau kat maktab agak sunyi kebelakangan ni, tolong imarahkan lagi.
  • kalau ada masalah, jangan segan nak tanya dan minta tolong. Kami semua ni baik-baik bah, bukan budak jahat.
Hari ni, masa tolong untuk pendaftaran asrama aku melihat-lihat buku rekod pendaftaran asrama. Tiba-tiba aku terbaca nama ini 'Norhayati bt Alias' dengan 'Hardy b Hadran', alamat Desa Jelawat Bandar 32 Bera.

Eh? Nama ni macam kenal. Hati kecilku berkata.

Bukan ustazah aku ke ni? Ni nama laki dia.

Rasa-rasanya betul la ni. Dia duduk blok mana ni? Sambil membelek-belek buku rekod tersebut.

Oh, Blok D. Ok, mudah mudah ada kesempatan untuk jumpa dia. Beliau adalah KDP OUM 14 minggu di Institut ini.

Dalam pukul 1 tengahari mataku terpandang muka yang cukup dikenali semasa di SK LKTP Tementi dahulu. Orang yang banyak berjasa kepadaku. Memberi dorongan dan didikan asas kepadaku untuk menjadi seperti hari ini.

Beliaulah yang mula-mula menemui bakat ku, semasa darjah 4 aku disuruhnya memasuki pertandingan bercerita. Pertama kali daku memasukinya dan mendapat tempat ketiga kalau tidak salah di peringkat zon.

Pertandingan ini di adakan di SK LKTP Triang 3. Agak gemuruh juga pada waktu itu, namun ku gagahkan jua. Antara ingat dan tidak ingat dengan teks yang telah ku hafal selama seminggu lebih kurang.

Apa yang aku masih ingat ialah, aku banyak menelan air liur untuk melengahkan masa dan recall balik teks semasa bercerita. Alhamdulillah, dapat juga hadiah. Sudahlah pertama kali memasuki pertandingan. Pertama kali naik kereta cikgu ke sekolah orang lain. Lepas tu pagi-pagi pakai baju melayu lengkap bersampin ke sekolah.

Orang lain tanya kenapa pakai baju Melayu ni? Aku pun dengan rendah hati (eleh, padahal bangga beb wakil sekolah) cakap nak pergi pertandingan.

Lepas sahaja pertandingan, ustazah suruh aku masuk Tilawah tahun depan kerana bacaan Quranku lebih bagus daripada aku bercerita. Disitulah aku bermula dalam arena Tilawah Al-Quran.

* Banyak lagi nak cerita, sambung lain kali je lah.

Adios....

4 comments:

Anonymous said...

ada yg cun dak awek?

adyri said...

Mesti la ade. hehehe.

Anonymous said...

wah, da beroomate
dah g cari ke ustaz tuh?
"biarlah anda mengubah Kl, bukan Kl mengubah anda. ayat nie pernah dipesan pada ku jugak"
heee

adyri said...

A'ah, dah beroomate. dah jmp dah ustazah tu. hari tu gak jumpa.