Wednesday, May 27, 2009

Sekolah Kebangsaan Sungai Lui 2

Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allahyang maha pemurah lagi maha pengasih.

Gambar-gambar SK Sg Lui ini kuambil untuk tatapan semua. Kepada guru-guru yang terpampang gambarnya, daku mohon izin ya dan kepada yang tidak ada mukanya, daku mhon maaf.


















Monday, May 18, 2009

Projek Sekolah: Mural

Assalamualaikum wbt.

" Apa projek yang kamu hendak buat di sekolah? Saya suruh kamu buat mural rukun negara boleh? Satu dalam bahasaMalaysia, satu lagi Bahasa Inggeris. Kamu buatlah dimana-mana dinding yang kosong. Cuma, jangan jadi seperti budak KPLI tahun lepas, saya pun tak tahu apa yang mereka buat, sudahlah kerja tak siap, barang-barang mural main tinggal macam tu saja. Cikgu-cikgu lain pula yang tolong kemas balik."
" Ermm, saya rasa boleh cikgu, tak ada masalah".

Buat mural? Belum pernah lagi aku buat mural di sekolah. Walaupun aku tidak ada masalah untuk mewarna, namu untuk mereka sebuat mural menggunakan tangan sendiri adalah agak mustahil untuk aku. Aku ni bukanlah dalam kategori yang pandai melukis, tapi kalau suruh mewarna tu insyaAllah tidak ada masalah.

Alhamdulillah, masih kreatif lagi otak kami berdua berfikir. Datanglah ilham untuk menggunakan LCD Projektor untuk membuat mural. Kami reka bentuk tulisan dan hiasan yang kami mahu, selepas itu kami pancarkan menggunakan projektor didinding. Kemuadian sama-samalah menempek didinding membuat lakaran. Habis sakit belakang aku dan syukri bertungkus-lumus hampir setiap petang ke sekolah melukis dan mewarna dinding.

Walaupun belum siap, namun hasil akhir untuk mural ini bolehlah kita bayangkan. Marilah kita sama-sama lihat:


Dari dinding kosong..


menjadi seperti ini..


dengan aksi sebegini...


dan juga ini...




ditambah menjadi ini...


dan ini


juga ini


belum dimurnikan...


nanti entry kedua untuk hasil penuh.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru




Teacher is like PEPSI - “Ask For More”

Teacher is like NIKE - ” Just Do It”

Teacher is like NOKIA - “Connecting People”

Teacher, hopefully like McD - “I’m Loving It”

Happy Teacher Day!!…

Thursday, May 14, 2009

Kembar

Assalamualaikum wbt

Kali ini aku ingin bercerita mengenai kembar. Di dalam kelas ini ada satu pasangan kembar, memang betul-betul kembar. Ini memang tiada masalah besar, namun ada lagi beberapa 'kembar' yang tak berapa nak kembar dalam kelas ni. Muka murid-murid ini lebih kurang sama walaupun mereka ini tidak kembar.

Ada yang memang bersaudara, sepupu. Ada juga yang memang bukan sepupu, lain mak dan lain bapa tapi muka nak dekat-dekat sama. Mula-mula tu memang konfius jugak la nak bezakan tapi lama-lama tiada masalah. Dalam entry ni, aku paparkan budak kelas 6 Cekal. Ada 4 pasangan yang boleh dikategorikan sebagai kembar termasuk sepasang yang betul-betul kembar.


Kembar betul, Nassarudin dan Nasrul.
(xtau mana satu nasrul dan Nassarudin)

Syafie dan Firdaus

Ini sepupu tau, nama dah lupa la
(kalau dah ingat nanti aku edit balik)

Gaban (syuk bg nama) dan 'kembarnya'

InsyaAllah kalau berkesempatan, aku masukkan Kembar edisi kedua pulak.

Adios........

Wednesday, May 13, 2009

Duduk Sepangkal

Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allahyang maha pemurah lagi maha pengasih.

"Ngah, hari sabtu ni atuk kamu buat majlis di rumah"
"Majlis? majlis ape makcik?"
"Duduk Sepangkal, ye la nanti bulan 6 ni kan acik Nadia ko nak kawin"
"Duduk Sepangkal tu ape makcik?
"Duduk sepangkal tu, majlis yang kita jemput orang-orang kampung untuk membahagikan tugas semasa kenduri nanti"
"ooooo, macam tu ke"

Begitulah kisahnya pada hari sabtu 2 minggu lepas, Duduk Sepangkal di rumah datuk saudaraku. Mula-mulanya memangla aku tak tahu duduk sepangkal ni apa maksudnya, tapi selepas diberitahu oleh makcikku, lebih kurang macammesyuarat orang kampung la untuk membahagikan tugas sesama mereka semasa kenduri kahwin nanti.

Pakcik-pakcik saudaraku duduk melepak selepas kepenatan membuat kerja

Ini pula, makcik-makcik saudara

Orang-orang kampung, makcik-makcik melawa sedang bersembang

Khusyuk dan tawadu' bersembang

"Dengar sini semua, bla bla bla & bla.....

"Oh, terima kasih la cik senah oooi, susah-susah je....!"

"Amin ya allah, kau mudahkanlah kenduri kahwin cik Nadia ini ya Allah"

Amin, amin....

Atuk saudara

Cute x?