Tuesday, July 28, 2009

Hang Kebun & Hang Lampu

Assalamualaikum Wbt...

Apa yang terlintas di kepala anda mengenai tajuk entry aku kali ini? Ada yang nak tergelak tak? Sebenarnya kali ni aku nak bercerita mengenai pertemuan aku dengan lecturer lama semasa di Maktab Perguruan Gaya dahulu. Pertemuan ini mungkin adalah kali pertama setelah aku meningggalkan Maktab Gaya akhir tahun 2005 dahulu.

Kehadiran mereka adalah untuk menghadiri Seminar Penyelidikan Pendidikan Teknikal & Vokasional di kampusku IPGM Kampus Pendidikan Teknik pagi ini. Menjadi penyambut tetamu bidan terjun dengan arahan oleh pengarah menjadikan aku berpeluang menyambut bekas pensyarahku ini.

Sebenarnya, Hang Kebun & Hang Lampu tu bukannya aku yang bagi nama, tapi rakan sekuliah yang menceritakan peristiwa beliau bertemu dengan bekas pelatih maktab tersebut yang menggelar dua orang pensyarahku ini dengan gelaran tersebut. Sesungguhnya aku tidak terlibat sama sekali.

Hang Kebun adalah Encik Lee Chee Huat, beliau sememangnya berpengalaman mengajar matapelajaran agroteknologi ataupun pertanian manakala Hang Lampu adalah Encik Lee Kim Chong lebih kepada bidang teknikal seperti Elektrik, Elektronik, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.

Pertemuan kali pertama di Maktab Perguruan Gaya dengan dua orang pensyarah tersebut banyak meninggalkan kenangan.

"Kau punya tau lah tu!"
"Kau sendiri tau lah tu bah!"

Ayat inilah yang selalu keluar dari mulut Encik Lee Kim Cong (LKC). Teringin mendengarnya sekali lagi.

"Aaa, saya ada kerja. Kamu buat kerja sendiri ya!"pesan beliau selepas menjawab telefon di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung oleh Encik Lee Chee Huat (LCH).

Setiap kali interaksi di dalam kelas, pasti aksi beliau menjawab telefon berlaku. Tengahari tadi pun semasa pembentangan oleh pembentang kertas kerja berlangsung, kalau tak silap aku dua kali telefon beliau berbunyi.

Mungkin juga aksi membawa cerek elektrik ke tandas mengambil air untuk memasak maggie.

"Kamu jangan guna cerek saya ya!" pesan beliau ketika kami berada di dalam kelas masakan.

Sesekali terasa nak gelak bila bercerita dengan rakan-rakan lain mengenai pengalaman di Gaya. Memang rindu itu semua. Semoga sempat untuk aku dan rakan-rakan membuat reunion di IPGM Kampus Gaya dan bertemu dengan semua pensyarah yang pernah mengajar kami sewaktu persedian dulu sebelum mereka bersara, mudah mudahan. Tapi bila ya? Aku pun tidak tahu!

LKC & LCH (maaf tiada gambar yang cantik,
kamera aku murah saja, bukan ribu-ribu)

Kepada LKC dan LCH, jasa dikau berdua memang ku sanjung tinggi. Sewaktu diri ini menjadi perantau menuntut ilmu jauh dari keluarga. Ampun dan maaf jika tulisan ini menyakitkan hati dan perasaan.

Sekian, adios....

Sunday, July 26, 2009

Night Run 09; Putrajaya

Assalamualaikum Wbt...

Cerita kali ini adalah mengenai aku menjadi sukarelawan (sukarelawan ke kalau dibayar?) untuk Night Walk 09 di putrajaya. Bertolak dari Cheras dalam pukul 5.30 ptg dan tiba di Istana Keadilan, Putrajaya dalam pukul 6 ptg.

Mula-mula sampai

Acara berlangsung di dataran Purajaya melibatkan 4000 orang peserta kalau tak silap. Kami seramai 24 orang atau lebih menjadi sukarelawan menjayakan acara larian ini.

Aku sudah beberapa kali terlibat dengan cara begini hasil jemputan daripada rakan-rakan yang terlibat secara serius dalam acara ini. Mereka bekerja dan dibayar gaji manakala kami sebagai sukarelawan turut bekerja dan dibayar tapi dalam jumlah yang lebih kecil. Walaupun kecil tetapi cukup berbaloi dengan mendapat pengalaman berharga.

Menunggu malam

Acara kali ini diadakan pada waktu malam bermula dan berakhir di dataran Putrajaya. Kali ini aku terlibat sebagai orang yang akan memberikan sijil kepada para pelari dalam acara Fun Run. Kita hanya tunggu para peserta ini berlari hingga ke garisan penamat dan memberikan sijil kepada mereka. Senang bukan?

Menunggu tugasan diberikan

Banyak peristiwa yang berlaku pada malam tersebut, dan tak perlulah untuk dicoretkan disini. Kami bertolak pulang pukul 11 lebih dan aku tiba di asrama 12.19 pagi.

Lautan manusia

Hanya itu untuk kali ini. Sekian, adios....

Friday, July 24, 2009

Sehari di Port Dickson

Assalamualaikum Wbt...

Hari rabu, 22 Julai, kami bertolak hampir jam 10 pagi walaupun dalam perancangan adalah 8.30 pagi. Biasalah, janji melayu. Perjalanan ke Port Dikcson mengambil masa lebih kurang 1 jam. Tiada apa yang perlu dihiraukan semasa perjalanan, melalui lebuhraya yang dikelilingi oleh hutan batu dan juga hutan sawit sedikitpun tidak mengujakan.

Perancangan aktiviti pada hari tersebut adalah seperti barbeku, mandi pantai, naik banana boat, sukaneka. Memang seronok sekali aktiviti kelas aku semester ini. Semenjak banyak duit ni, memang gah la aktiviti kelas.

Ada beberapa pengalaman pahit aku di PD ni

  1. Spek mata aku jatuh dalam laut (padan muka, memang gatal nak pakai sangat). Nilah padahnya kalu terlupa nak pakai contac lense.
  2. Pergi PD dalam keadaan selesema dan sakit tekak. Memang sedikit perit. Namun ku gagahkan jua.
  3. Balik dari PD, aku dapat demam. Campur dengan selesema dan sakit tekak, memang tiga serangkai.
  4. Hehehe, yang ni salah sendiri, gi berjalan assignment tak siap lagi. Agak terjejas keseronokannya kerana sesekali terlintas difikiran macam mana nak siapkan assignment ni.

Tuesday, July 21, 2009

Seoul Garden

Assalamualaikum Wbt...

Hari ni selepas kuliah kami berempat pergi menonton wayang di One Utama. Cerita Harry Potter yang biasa-biasa saja. Tak la teruja sangat jalan ceritanya.

Selepas sembahyang zohor kami ke Restoran Seoul Garden. Restoran makanan Korea yang menyediakan buffet makanan korea. Pada pandangan kami semua (berempat la maknanya) restoran ini lebih baik jika dibandingkan dengan Chicken Hurtz di Kotak Masa (Times Square).

Ada banyak pilihan makanan yang memerlukan kita memasak sendiri sama ada merebus ataupun membakar. Satu pilihan makanan yang agak menyihatkan jika dibandingkan dengan menggoreng. Makanan utamanya adalah daging lembu atau daging ayam yang sudah diperap dan kita haruslah memasaknya sendiri.

Ada juga pilihan seafood, sayur-sayuran dan juga bot stim (steam boat). Ada beraneka ais krim dan air untuk dipilih selain beberapa jenis buah-buahan.

Deli yang sudah kurus, jeles aku tengok

Harganya mungkin agak mahal kalau untuk pelajar sepertiku yang mengharapkan biasiswa dari kerajaan. Tapi jika dibandingkan dengan harga restoran buffet yang lain, harganya mungkin murah (RM 24 utk pelajar).

Kali pertama ke sini memungkinkan aku akan datang lagi untuk kali kedua. Tapi bila? Entah, aku pun tidak tahu.

Habis rosak program dietku. Wakaka...


* Gambar makanan tak sempat ambil, gelojoh sangat masa makan.
* Esok nak gi Port Dickson, hmmm...

Adios.....

Monday, July 20, 2009

Kenduri Kahwin Part 2

Assalamualaikum Wbt...

Minggu lepas aku balik kampung, Kg Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu. Dah lama tidak pulang ke kampung dengan harapan untuk berjumpa dengan keluarga dan juga memberi hadiah sejak kepulangan dari Australia tempohari.

Balik kali ini juga bertujuan untuk ke Kuantan menghadiri Majlis perkahwinan sahabat baik saya, saudara Khairul Amri atau Michael. Tak sangka pulak dia yang bertemu jodoh terlebih dahulu. Sebenarnya aku dah lama lost contact dengan beliau, hampir 3 tahun rasanya. Tapi bila dah jumpa balik tahu tahu saja dah bertunang dan nak kahwin.

Di Terminal Bas Kuantan, ada kenangan disini.
Rindu peristiwa semasa zaman persekolahan dulu.

Terkejut beruk aku + kagum sebab beliau sudah bersedia untuk berumahtangga. Padaku, beliau seorang yang agak happy go lucky and not ready yet for a marriage. Tapi sudah jodoh, tahniah aku ucapkan kepada beliau atas perkahwinan tersebut.

Aku nikah kan dikau... bla...bla... bla...

Inilah kali pertama aku jadi pengapit orang kahwin. Tak terkejut sebenarnya sebab memang dah kena request awal-awal lagi. Perasaan tu, ntah la. Biasa-biasa saja. Sebab hanya mengiringi pengantin dan tolong kipas sekejap masa kat atas pelamin. Dan persandingan tersebut sekejap saja, tak sampai lima minit aku dah turun untuk memberi peluang sesi bergambar pula.

Semoga perkahwinan ini kekal selamanya sahabatku. Amin...

Majlis Sambut Menantu sahabat aku ni akan diadakan pada hari Sabtu 25 Julai 2009, tak tau la nak pergi atau tak. Kalau ikutkan dah cukup dah rasanya pergi ke majlis beliau kali ini dan tidak perlulah untuk ke majlis sambut menantu lagi. Tapi.... aku nak jumpa kawan-kawan lama masa sekolah dahulu. Hmmm, dengan assignment yang belum disiapkan lagi. Duit lagi. Ntah la.

Petang tu jugak aku balik ke Kuala Lumpur, jam 6.30 petang naik bas Transnasional. Aku ingatkan 2 jam lebih je naik bas pergi KL, skali 3 jam lebih. Hmm, berasap gak la punggung. Nasib baik badan agak kepenatan sedikit lalu membolehkan aku boleh tidur semasa dalam bas.

Sekian untuk kali ni, adios....

Thursday, July 16, 2009

Al Quran in Flash


Assalamualaikum wbt...

Dalam satu hari,

  • berapa kali kita buka komputer?
  • berapakah masa yang kita peruntukkan untuk melayari internet?
  • berapa jam kah kita bermain game?
  • seberapa kerap kita bermain message dengan telefon bimbit?
  • dll
Semasa aku melayari internet di asscrewz, aku terlihat akan tajuk Al-Quran in Flash. Perkara ni memang sudah lama aku cari sebenarnya. Al-quran dalam bentuk digital, tidak perlu melayari internet. Hanya dalam bentuk flash, atau dalam bentuk format gambar.

Akhirnya aku sudah jumpa, benda baik mesti dikongsi. Jadi aku berikan link kepada kawan-kawan agar dapat juga untuk menyedutnya (memuat turun).

Bukan apa, aku rasa aku buka komputer lebih banyak dari aku buka Al-Quran. Aku layari internet lebih banyak dari aku tatap Al-Quran. Aku baca blog orang lagi banyak dari Aku baca Al-quran.

Sebenarnya aku ada juga cuba untuk membaca al-quran selepas setiap kali solat fardhu. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang tidak. Itulah susahnya nak istiqamah buat benda baik ni.

Al-quran in flash ini boleh dibaca dalam komputer dan juga telefon bimbit. Jika telefon tidak boleh baca flash, ada format gambar(fbk. kalau tak silap aku) yang boleh dibaca oleh telefon bimbit aku (telefon korang aku xtau la). Jadi bila-bila masa boleh baca al-quran. Memang mudah alih la katakan.

Al-Quran in Flash ni memang macam quran sebenar. Ia dalam bentuk mushaf, seperti quran yang kita simpan dalam almari tu. Tapi yang ini ada tajwid lagi, setiap hukum tajwid diwarnakan untuk memudahkan pembacaan oleh pembacanya.

Juga bersempena dengan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan di UTP sekarang ini, jadi aku mempersilakan kepada sesiapa yang berkeinginan untuk 'menyedutnya'.

Jadi, silalah muat turun. Jangan segan silu. Lepas muat turun, jangan lupa untuk membacanya!

http://rapidshare.com/files/215196947/ALQURAN_IN_FLASH.rar

Tuesday, July 14, 2009

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-52

Assalamualaikum wbt...

Sila klik gambar untuk sumber rujukan gambar

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52 akan bermula hari ini sehingga 18 Julai 2009. Bertempat di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak, seramai 29 peserta mewakili 14 negeri bakal memeriahkan majlis yang mengajak umat Islam dan bukan Islam yang berminat untuk mendalami ilmu pembacaan al-Quran secara berlagu.

Jemputlah tengok di TV1 kalau tidak berkesempatan menontonnya di UTP, atau dengar melalui radio IKIM serta Klasik fm kalau tak silap.

Harap-harap saya berkesempatan untuk merakamnya, amin..

Adios....

Monday, July 13, 2009

Pendaftaran + Memori lama

Assalamualaikum wbt...

Selamat datang wahai junior-junior ku! Selamat datang ke IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Pendaftaran pada hari ini berjalan dengan lancar (aku rasa la) dengan tiada masalah-masalah besar yang berlaku kecuali kedegilan para ibu bapa yang mahu menghantar barang-barang anak-anak mereka sehingga ke pintu bilik. Kalau boleh kereta tu pun mahu di letak dalam bilik agaknya.

Sekadar gambar hiasan

Aku sekarang sudah tidak keseorangan lagi. Roomate baru sudah masuk! Orang KB, bukan Kota Bharu tapi Kota Belud, Sabah. Satu kampung dengan Pjan, Kg Kalumbai kalau tak silap. Namanya Nazirudin, selamat datang roomate!

Kalau ada pelajar baru yang baca, sedikit nasihat dari abang senior:

  • Kekalkan jatidiri anda. jangan KL mengubah diri anda, biar anda mengubah KL.
  • Budayakan memberi salam, jika tidak senyum pun boleh.
  • Surau kat maktab agak sunyi kebelakangan ni, tolong imarahkan lagi.
  • kalau ada masalah, jangan segan nak tanya dan minta tolong. Kami semua ni baik-baik bah, bukan budak jahat.
Hari ni, masa tolong untuk pendaftaran asrama aku melihat-lihat buku rekod pendaftaran asrama. Tiba-tiba aku terbaca nama ini 'Norhayati bt Alias' dengan 'Hardy b Hadran', alamat Desa Jelawat Bandar 32 Bera.

Eh? Nama ni macam kenal. Hati kecilku berkata.

Bukan ustazah aku ke ni? Ni nama laki dia.

Rasa-rasanya betul la ni. Dia duduk blok mana ni? Sambil membelek-belek buku rekod tersebut.

Oh, Blok D. Ok, mudah mudah ada kesempatan untuk jumpa dia. Beliau adalah KDP OUM 14 minggu di Institut ini.

Dalam pukul 1 tengahari mataku terpandang muka yang cukup dikenali semasa di SK LKTP Tementi dahulu. Orang yang banyak berjasa kepadaku. Memberi dorongan dan didikan asas kepadaku untuk menjadi seperti hari ini.

Beliaulah yang mula-mula menemui bakat ku, semasa darjah 4 aku disuruhnya memasuki pertandingan bercerita. Pertama kali daku memasukinya dan mendapat tempat ketiga kalau tidak salah di peringkat zon.

Pertandingan ini di adakan di SK LKTP Triang 3. Agak gemuruh juga pada waktu itu, namun ku gagahkan jua. Antara ingat dan tidak ingat dengan teks yang telah ku hafal selama seminggu lebih kurang.

Apa yang aku masih ingat ialah, aku banyak menelan air liur untuk melengahkan masa dan recall balik teks semasa bercerita. Alhamdulillah, dapat juga hadiah. Sudahlah pertama kali memasuki pertandingan. Pertama kali naik kereta cikgu ke sekolah orang lain. Lepas tu pagi-pagi pakai baju melayu lengkap bersampin ke sekolah.

Orang lain tanya kenapa pakai baju Melayu ni? Aku pun dengan rendah hati (eleh, padahal bangga beb wakil sekolah) cakap nak pergi pertandingan.

Lepas sahaja pertandingan, ustazah suruh aku masuk Tilawah tahun depan kerana bacaan Quranku lebih bagus daripada aku bercerita. Disitulah aku bermula dalam arena Tilawah Al-Quran.

* Banyak lagi nak cerita, sambung lain kali je lah.

Adios....

Thursday, July 9, 2009

PPSMI; Kemenangan kepada Pejuang Bahasa

Assalamualaikum Wbt...

Syukur dengan berita pemansuhan PPSMI walaupun mengambil masa 3 tahun lagi. Buat masa ini para pejuang bahasa tidak boleh duduk diam kerana dalam masa 3 tahun, pelbagai perkara boleh berlaku.

Aku pernah membuat ulasan mengenai Tan Sri Muhyidin mengenai polisi beliau di sini. Apa yang pasti keputusan beliau kali ini tepat pada pandanganku. Juga termasuk cadanganku menambahkan guru Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Terima kasih Tan Sri!


Saya turut setuju dengan langkah kerajaan dalam mengukuhkan penguasaan bahasa inggeris di sekolah dengan menambahkan bilangan guru bahasa inggeris termasuklah dengan mengambil guru dari luar negara. Suatu pendekatan yang amat bagus dan haruslah dipuji.

Pengajaran dan pembelajaran di peringkat matrikulasi dan universiti di dalam bahasa inggeris adalah betul dan harus diteruskan kerana segala cabang ilmu sains dan teknologi adalah di dalam bahasa tersebut. Buku-buku rujukan juga di dalam bahasa ini dan para penterjemah negara tidak mampu untuk menterjemahnya (kerana terlalu banyak dan membuang masa saja).

Pada peringkat ini, para pelajar sudah matang dan penguasaan bahasa inggeris sudah boleh dikatakan sebagai mantap. Jika tidak mantap pun, pelajar boleh berusaha gigih untuk menguasainya sebagaimana daku dan rakan-rakan lain yang belajar menggunakan medium bahasa inggeris sepenuhnya di Maktab ini.

Walaupun banyak kelemahan dari segi komunikasi, namun penguasaan dari segi penulisan adalah cukup untuk meneruskan pengajian pada peringkat ini. Peringkat seterusnya mengaplikasikan bahasa inggeris dalam komunikasi sewaktu di alam pekerjaan nanti.

Ia adalah suatu proses yang panjang untuk menguasai dan memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Semakin terdedah sesorang itu dengan bahasa inggeris, maka semakin lah ia menguasai bahasa tersebut.

Pada peringkat sekolah, pelajar haruslah menguasai ilmu (knowledge content) itu dahulu bukannya bahasa. Jadi setuju benarlah daku dengan pemansuhan ini. Jika pengetahuan asas pun tidak dikuasai, apatah lagi dengan pengetahuan yang lebih tinggi arasnya.

Kalau korang berminat silalah melawat blog Faisal Tehrani dan baca dua post beliau:

PPSMI : Terima Kasih
PPSMI : Mahathir Patut Keluar UMNO (Sekali Lagi)


Adios...

Monday, July 6, 2009

Result

Assalamualaikum wbt...

Hmm, result dah keluar dah. Dah tengok dah pun. Teruja? Oh tidak sama sekali. Kecewa? Ada la juga sikit-sikit masa mula-mula tengok. Tapi bila difikir-fikirkan; yup, I'm deserved it!

Sekarang ini, aku dah tak fikir untuk buat yang terbaik dan dapat result yang bagus. Cukuplah sekadar lulus sahaja. Unmotivated already. Huh...

Terutamanya subjek research. Apabila lecturer bagi input yang sedikit, maka anak murid pun bagi sikit juga lah. Inilah yang terjadi kepadaku (suka hati je salahkan lecturer, padahal memang malas).

Apa-apa pun, kehidupan haruslah diteruskan. Jangan mudah berputus asa. Harus berusaha lebih gigih lagi! Ayuh!

Adios....


* bosannye takde kuliah...

Saturday, July 4, 2009

Kenduri Kahwin = Penat Giler

Assalamualaikum wbt.

Hari ni memang penat setelah menolong kerja kenduri kawin anak En. Zambri sejak semalam lagi. Tidur pun tak cukup.

Selepas habis sahaja kenduri, aku balik ke bilik. Pergi ke bilik air ambil wudu' untuk menunaikan solat asar. Selepas itu, mata sudah tidak larat lagi untuk berjaga, aku lelap. Handset ku kunci pukul 7.30 mlm dengan harapan akan bangun untuk menunaikan sembahyang waktu magrib, tapi apakan daya 7.30 bertukar menjadi pukul 10.30 mlm.

Sedar dari tidur, " Kenapa bilik gelap? Sekarang dah pukul berapa? Hari apa hari ni? Tadi aku buat apa? Otak aku ligat berfikir. Apa aku haru buat sekarang?

Selepas beberapa minit, " Oh! hari dah malam, dah pukul 10.30. Hari ni hari sabtu, baru lepas kenduri kahwin anak En, Zambri. Magrib dah terlepas! OMG (Oh my God)!

Memang begini keadaan diriku jika selepas kenduri kahwin, memang penat. Kerja berlambak-lambak nak kena buat. Lepas satu-satu, tak habis-habis. Masak sambal sotong, masak nasi putih, nasi beriani. Ni yang besar-besar, belum kerja yang kecil-kecil lagi.

Basuh periuk, pinggan, kupas bawang, lepas tu kisar pulak. Angkat tong gas, angkat dapur , kacau lauk. Angkat itu, angkat ini sampai sakit belakang aku.

Belum lagi kena order macam-macam lagi. " Tolong ambilkan lada tu. Basuh ni kejap. Dah siap pergi ambil beras pula, lepas tu basuh". " Bagi tahu kawan-kawan kamu suruh angkat barang. Nanti suruh van ambil lauk pengantin". Begini lah ragam manusia, sometime I rarely hate it.

Kerja bersama-sama, ini yang aku suka. Biar sama-sama penat, sama sama letih! Baru lah puas hati.

Apa-apa pun, aku ikhlas tolong kenduri kahwin ni. Tak berkira sangat lah. Hari ni aku tolong kenduri orang, esok-esok kenduri aku orang lain pula yang tolong aku. Tak gitu?

Kerja kenduri kahwin secara gotong royong memang penat, tapi menyeronokkan. Di sinilah kita dapat mengenali antara satu sama lain. Jika sebelum ni memang jarang untuk berjumpa dan bersembang, kenduri seperti ini lah kita mengeratkan ikatan silaturrahim.

Aku tidak hairan kenapa ada orang buat kenduri di hotel atau tempah katering. Kerja senang, tak penat. Habis kenduri boleh cuci kaki saja. Tapi, ongkosnya mau banyak pak! Adakah aku termasuk dalam golongan ini?

Memandangkan kerja aku nanti sekadar cikgu sahaja, memang mustahillah untuk aku buat kenduri kahwin di hotel. Tak mampu rasanya. Tapi kalau kahwin dengan anak orang kaya, tak tau la pulak kan? Hehehe.

Adios.........