Thursday, July 9, 2009

PPSMI; Kemenangan kepada Pejuang Bahasa

Assalamualaikum Wbt...

Syukur dengan berita pemansuhan PPSMI walaupun mengambil masa 3 tahun lagi. Buat masa ini para pejuang bahasa tidak boleh duduk diam kerana dalam masa 3 tahun, pelbagai perkara boleh berlaku.

Aku pernah membuat ulasan mengenai Tan Sri Muhyidin mengenai polisi beliau di sini. Apa yang pasti keputusan beliau kali ini tepat pada pandanganku. Juga termasuk cadanganku menambahkan guru Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Terima kasih Tan Sri!


Saya turut setuju dengan langkah kerajaan dalam mengukuhkan penguasaan bahasa inggeris di sekolah dengan menambahkan bilangan guru bahasa inggeris termasuklah dengan mengambil guru dari luar negara. Suatu pendekatan yang amat bagus dan haruslah dipuji.

Pengajaran dan pembelajaran di peringkat matrikulasi dan universiti di dalam bahasa inggeris adalah betul dan harus diteruskan kerana segala cabang ilmu sains dan teknologi adalah di dalam bahasa tersebut. Buku-buku rujukan juga di dalam bahasa ini dan para penterjemah negara tidak mampu untuk menterjemahnya (kerana terlalu banyak dan membuang masa saja).

Pada peringkat ini, para pelajar sudah matang dan penguasaan bahasa inggeris sudah boleh dikatakan sebagai mantap. Jika tidak mantap pun, pelajar boleh berusaha gigih untuk menguasainya sebagaimana daku dan rakan-rakan lain yang belajar menggunakan medium bahasa inggeris sepenuhnya di Maktab ini.

Walaupun banyak kelemahan dari segi komunikasi, namun penguasaan dari segi penulisan adalah cukup untuk meneruskan pengajian pada peringkat ini. Peringkat seterusnya mengaplikasikan bahasa inggeris dalam komunikasi sewaktu di alam pekerjaan nanti.

Ia adalah suatu proses yang panjang untuk menguasai dan memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Semakin terdedah sesorang itu dengan bahasa inggeris, maka semakin lah ia menguasai bahasa tersebut.

Pada peringkat sekolah, pelajar haruslah menguasai ilmu (knowledge content) itu dahulu bukannya bahasa. Jadi setuju benarlah daku dengan pemansuhan ini. Jika pengetahuan asas pun tidak dikuasai, apatah lagi dengan pengetahuan yang lebih tinggi arasnya.

Kalau korang berminat silalah melawat blog Faisal Tehrani dan baca dua post beliau:

PPSMI : Terima Kasih
PPSMI : Mahathir Patut Keluar UMNO (Sekali Lagi)


Adios...

3 comments:

SCHAKEYRA said...

dah tak tahu nak cakap ape..pendidikan skarang dah kelam kabut... sebab banyak sangat dipengaruhi agenda politik...

Cikgu Sains said...

Terima kasih pada kerajaan sebab mendengar suara rakyat...tentu ramai guru-guru yang lega..pelajar yang cerdik takde masalah..kesian pada pelajar-pelajar yang lemah...esp dalam english...kalau bahasa pun mereka tak faham, macamana nak faham konsep dan content..tq..

adyri said...

Schakeyra: Nak buat mcm mn lg, inilah akibat pendidikan dipolitikkan. Sekolah tidak ada authority. Skrg ni pun mujur sudah ada sekolah kluster. kalau tak, lagi kelam kabut kot.

Cikgu sains: Trima kasih krn sudi singgah ke blog sy y x seberapa ini. Ya, masalah bahasa inggeris ialah para pelajar tidak faham, mcm mn nak ajar sains dan matematik kalau pelajar tidak faham? pening2.