Tuesday, June 30, 2009

Action vs Value


Assalamualaikum wbt...

Jika anda tengok wayang atau filem, apakah kriteria yang akan anda pertimbangkan untuk menontonnya?

1. Banyak Aksi

Kebanyakan filem Hollywood menyajikan aksi-aksi yang menarik dengan teknik imej janaan komputer (CGI) yang canggih. Dengan kos sebuah filem menyamai atau lebih dari kos produksi jumlah terkumpul semua filem di Malaysia dalam masa setahun.

Memang seronok menonton filem begini, seperti filem terbaru Transformer: Revenge of the Fallen. Pelbagai aksi dapat ditonjolkan seperti letupan-letupan yang bombastik, lompat sana, lompat sini, terbang sana terbang sini dan sebagainya.

2. Cintan-Cintun


Kebanyakan filem-filem Melayu terutamanya mengutamakan tema seperti ini. Kadangkala digabungkan dengan unsur humor di dalamnya. Setiap filem yang diterbitkan pasti mempunyai tema cinta, cuma bagaimana mereka menggarap tema cinta itu sendiri.

Aku suka filem Cinta arahan Kabir Bhatia dan Sepi arahan beliau. Cukup segala rempah ratus yang perlu untuk sebuah filem. Dari segi teknik sinematografi, runut bunyi dan jalan cerita. Perjalanan filemnya sememangnya mudah difahami walaupun bukan happy ending dan di arahkan oleh pengarah yang tidak berasal dari Malaysia.

3. Sequel


Filem-filem sequel seperti Star wars, Lord of the Ring, Harry Potter, Batman, Spiderman dan sebagainya sememangnya digemari ramai. Orang kata kalau dah tengok dari awal, mesti nak tengok sampai habis. Terpulang kepada cita rasa masing-masing.

4. Hantu/ Thriller

Ramai juga peminat filem-filem sebegini. Suka kepada genre ini atau pelakon filem ini atau memang seorang yang hati kering. Tak takut apa-apa. (I'm not this kind of person).

5. Lawak-Jenaka/Komedi

Filem-filem ini memang membuatkan kita tidak kering gusi apabila menontonnya. Sehingga ke hari ini, filem-filem arahan Tan Sri P Ramlee masih lagi diulang tayang setiap tahun. Malah mungkin setiap bulan. Sememangnya filem beliau begitu dekat dengan jiwa orang kita.

Adakah media mempengaruhi kita untuk menonton sesebuah filem? Iklan-iklan yang disiarkan di televisyen serta poster-poster yang besar gedabak berjaya menarik anda untuk menontonnya? Atau kerana jalan ceritanya? Mungkin juga kerana duit dalam poket masih tebal?
Bagaimana jika awek ajak keluar tengok wayang?

Semua itu adalah sebab kita menonton wayang/filem. Selepas menonton, apa yang kita(dan aku juga) dapat?
  1. Duit habis beli tiket + pop corn
  2. Puas
  3. Hilang tension
  4. Menghayati nilai-nilai yang ada dalam filem
  5. Tak rasa apa-apa
  6. Bosan
Nilai

Berapa ramai yang ingin menonton filem kerana nilai yang ada dalam sesebuah filem? Terutamanya nilai-nilai yang murni lagi sejati, serta nilai-nilai kemanusiaan yang wujud di dalam filem tersebut.

Apa yang pasti, filem begini tidak laku di Malaysia. Adakah kerana ia terlalu stereotaip? Jalan certa yang mengarut, tidak masuk akal dan terlalu khayalan?

Rasa rugi mengeluarkan duit untuk menonton filem begini kerana rasa tidak puas selepas keluar dari panggung? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Filem-filem seperti Rempit, KL-Menjerit dan sebagainya memaparkan kisah sebenar masyarakat (kononnya) seperti gejala lumba haram, rogol-merogol, pukul-memukul, dadah dan sebagainya. Adakah ia mengajar masyarakat supaya tidak lagi berlumba haram atau menambahkan lagi ghairah remaja untuk berlumba haram, menghisap dadah, bergaduh dan sebagainya. Apakah pula pendapat anda dengan ayat ini: I do what I see, saya buat apa yang saya lihat.

Adakah filem sebagai medium untuk mengajar masyarakat supaya tidak mencontohi nilai-nilai yang di sajikan atau meniru dan memodifikasi nilai-nilai itu menjadi lebih teruk lagi?

Apa-apa pun, tanyalah diri sendiri. Di mana diri kita sebenarnya.

Adios.....

* aku dah tengok Transformer: ROTF. Best gak la. Layan....

Friday, June 26, 2009

Queensland University of Technology: Part 2

Assalamualaikum wbt.....


Akhirnya, dapatlah juga ku menulis mengenai lawatan sambil belajar (lawatan yang banyak, belajar last skali) di Queensland University of Technology, Australia.

Perjalanan ke Australia memaksa kami tidur semalaman di KLIA lantaran pihak Institut tidak dapat menghantar kami pada waktu pagi. Juga kerana adalah sukar untuk membangunkan manusia pada waktu pagi, jadi kami membuat keputusan berangkat ke KLIA pada jam 23.30.

Perjalanan ini adalah seramai 27 orang termasuk 4 orang pensyarah dan 1 orang anak pensyarah. Penerbangan pada jam 09.00am dengan kapal terbang MAS Boeing 777. Perjalanan ini adalah selama lebih kurang 10jam kerana transit di Sydney dahulu sebelum ke Brisbane. Selepas itu kami menaiki bas menuju ke Islander Resort, Gold Coast.

Hari Pertama

Semangat memang sangat teruja pada hari yang pertama, pantang jumpa tempat yang ada lambang QUT, mesti berhenti ambil gambar. Yalah, mementum waktu itu masih membara. Semangat masih berkobar-kobar. Pertama kali ke eversea katakan. Jadilah macam kera lah sikit. Shaun bawa kami pusing-pusing QUT di kampus Kelvin Groove dan Garden Point. Malangnya masa yang diperuntukkan di Garden Point amat singkat, waktu sesi fotografi menjadi sedikit terbatas.

Hari Kedua

Sama seperti semalam, bertolak ke QUT pukul 7.45am. Sampai di QUT, terus ke sekolah rendah disana melihat proses pembelajaran di sana. Ada sedikit perbezaan dengan malaysia samada dari segi kemudahan dan corak pembelajaran. Sangat menarik untuk dikaji tetapi masa sememangnya terhad.

Jam 3 ptg, kami pusing-pusing brisbane. Pertama sekali ke Mt. Coot-tha, memang cantik pemandangan dari puncak ini. Kami dapat lihat bandar Brisbane secara keseluruhannya.

Hari Ketiga

Hari ini kami pergi ke Movieworld. Taman tema seperti di Genting Highland, namun lebih kepada filem yang telah diterbitkan oleh Warner Bros. Satu hari suntuk disana, sememangnya tidak puas dan tidak cukup masa.



Hari Keempat

Pergi membeli belah di Harbour Town. Banyak barang-barang berjenama boleh didapati dengan harga jauh lebih murah dari Malaysia. Tapi, ini ditujukan kepada siapa yang bawa banyak duit bolehlah memborong disini.

Selepas itu kami ke Paradise Country Farm untuk BBQ makan tengahari serta melihat pertunjukkan seperti mencukur bulu biri-biri, melihat anjing mengawal kambing dan permainan boomerang.

Disini juga ada kangaroo serta koala. Jadi sempatlah kami bergambar dengan kangaroo.

Hari Kelima

Kami pergi lagi ke Harbour town lagi kerana ada lagi barang yang ingin dibeli. Selepas itu kami ke Seaworld. Seaworld adalah tempat haiwan akuatik seperti ikan lumba, jerung, anjing laut dan sebagainya.

Ada juga taman tema tetapi tidaklah sebanyak di Movieworld. Agak boring sedikit disini, mungkin momentum sudah kurang.

Selepas makan malam, kami bertolak ke Brisbane untuk menaiki kapal terbang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam lebih untuk sampai di lapangan terbang.

Aku tidak menyesal dengan lawatan ini, walaupun duit simpanan lebur begitu saja. Tapi pengalaman yang didapati sewaktu disini tidak ternilai dengan wang ringgit.

Terima kasih kepada Afiq kerana berjaya menguruskan program ini.

Adios.....

p/s: malas nak tulis banyak-banyak, sikit-sikit sudah la ya!

Thursday, June 25, 2009

Ponteng

Hello, assalamualaikum.

Waalaikummussalam

Ini Yusri ke? Kenapa tidak datang tutorial?

Saya tak sihat Dr.

Kamu tak sihat? Kamu sakit ke?

Saya sakit perut. (ayat biase bg alasan bodoh)

Kamu dimana sekarang ni?

Saya di bilik.

Saya nak kamu datang kelas sekarang. Boleh kan?

....... Senyap, tidak terjawab. Saya tak nak jadi ketua kelas Dr.

Ok, takpe. Kamu datang sahaja. Sekarang waktu tutorial kan? Takkan kamu tak nak datang tutorial? Nanti, saya bagi surat amaran kalau kamu tak datang.

..... Senyap lagi. (dalam hati kurang asam punya tutor)


Panggilan terputus.....

What do you feel when you escape class?


Rasa serba salah. Orang lain kalau ponteng mesti rasa heaven je. Tapi sekarang ni aku rasa serba salah setelah ponteng tutorial. Wakaka...

Tutor aku siap telefon suruh datang kelas. Tapi aku tetap keras hati tak nak datang jugak. Mungkinkah aku perasan orang nak lantik aku jadi ketua kelas? Sebab tu aku tak nak datang tutorial?

Yup, that's the reason.

What did you do when you escape class?

Aku tulis blog. Hahahahaa.

Why did you escape the class?

Aku ni bukanlah seorang yang suka ponteng kelas suka-suka hati je. Ponteng is not part of my life. However when something happen which I don't like, then i have to ponteng. Example when I'm not fininshed my assignment yet, then I pontenglah to ensure I would be able to finish it on time.

Hari ni buat pertama kalinya untuk semester ni aku ponteng. Rasa geli hati pun ada disamping rasa bersalah setelah engkar selepas diarahkan untuk hadir ke kelas tutorial + diugut untuk diberikan Surat Cinta (surat amaran).

Apa yang pasti, aku terima saja apa kesan yang akan berlaku selepas ini. I don't care!

Padan muka, siapa suruh ponteng lagi!

P/s: Aku nak sangat cerita pasal aku gi Australia, tapi gambar tak ambil lagi dgn kawan. Nanti la ye.

Monday, June 15, 2009

Queensland University of Technology



Salam..

Sedikit update, aku berblog kat QUT, brisbane ni.


Cuaca sedikit sejuk disini, tidak la terlalu sejuk. Macam di Kundasang, Sabah.

Tuesday, June 9, 2009

Muhyidin oh Muhyidin

Assalamualaikum wbt.


Sebelum mula menulis apa yang inginku sampaikan pada entri kali ini, daku mohon ampun dan maaf jika tajuk entri ini agak kurang ajar. Tapi memang aku maksudkannya.

Setelah Tan sri Muhyidin Yassin memegang portfolio sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Pelajaran, apa yang aku lihat beliau lebih banyak menghuru-harakan sistem pendidikan kita yang sedia ada huru-hara ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Isu Pertama

Alasan yang pertama adalah dengan cadangan beliau ingin memaksimumkan jumlah matapelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebanyak 10 subjeh sahaja. Aku tidak faham rasional beliau berfikiran begitu dengan alasan supaya pelajar kita dapat menumpukan perhatian yang lebih kepada subjek teras dan subjek-subjek tertentu yang lebih utama.

Tidakkah beliau befikir, aku tulis lagi sekali, befikir dengan sedalam-dalamnya serta memahami isu yang beliau bangkitkan ini. Pelajar yang mengambil subjek lebih dari 10 atau 11 bagi sekolah agama (kalau aku tidak salah la) sudah merasionalkan pemikiran mereka dan mereka sememangnya mampu serta beupaya untuk mengambil lebih. Dari segi intelektual sememangnya tidak ada halangan bagi mereka, jika tidak takkan lah bodoh sangat mahu mengambil subjek lebih dari biasa jika subjek yang asas pun tak larat nak bawa.

Jika alasan guru tidak mencukupi untuk mengajar subjek-subjek lebihan tersebut, ini juga alasan yang bodoh. Para pelajar yang mengambil lebih subjek dalam SPM, sebenarnya belajar di luar contohnya dengan mengambil tuisyen. Jika guru-guru ini terlibat, mereka hanya mengajar diluar waktu persekolahan. Jadi apa masalahnya sekarang ini?

Isu Kedua

Hari ini aku baca akhbar Berita Harian terkejut dengan cadangan beliau ingin mengenakan syarat wajib lulus bahasa inggeris untuk layak mendapat sijil SPM. Sudahlah Melayu tidak pandai inggeris, mahu mewajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh. Apa jenis pemikiran ni?

Mari kita lihat kesan dan akibat dari cadangan beliau ini.
  1. Banyak pelajar Melayu terutamanya pelajar luar bandar tidak layak mendapat sijil SPM. Kita harus akui bahawa pelajar Melayu lemah di dalam Bahasa Inggeris. Banyak alasan mengapa pelajar ini tidak dapat mengusai BI dengan baik dan aku tidak ingin membincangkannya disini. Bayangkan pelajar mendapat 9A tetapi BI nya E, apa akan terjadi terhadap pelajar ini? Apakah tidak mungkin seorang pelajar mendapat 9A1 tetapi BI bya gagal? Tidak mustahil bukan? Namun ke mana hala tuju pelajar ini selepas SPM jika dikira gagal kerana tidak lulus Bahasa Inggerisnya?
  2. Apabila tidak layak mendapat sijil, susah atau senang pelajar ini ingin memasuki IPTA mahupun IPTS? Ini belum lagi memasuki alam pekerjaan yang sememangnya sekarang ini sijil SPM merupakan suatu kewajipan. Alangkan sudah mendapat sekeping ijazah pun sukar untuk mendapatkan pekerjaan, inikan pula mahu peringkat sarjana dan doktor falsafah.
Isu Sebenar

Isu-isu di atas bukanlah isu sebenar dan masalah besar dalam pendidikan negara kita. PPSMI haruslah dimansuhkan untuk memperkasakan Bahasa Malaysia menjadi bahasa ilmu. Perkara ini tidak mustahil. Pelajar kita ingin ke Jepun kena belajar bahasa Jepun. Ingin ke Russia belajar Bahasa Russia. Kemana lagi pelajar kita pergi pasti belajar bahasa ibunda negara tersebut. Ini membuktikan Bahasa Malaysia kita haruslah diperkasakan untuk menjadi bahasa ilmu! Supaya rakyat negara lain berlumba-lumba ingin menuntut di negara kita.

Pelajar yang belajar di dalam BI bagi subjek matematik dan sains, adakah mereka memahami isi ilmu tersebut dengan mendalam? Mungkin bagi pelajar yang hidup di kota ia memang tidak menjadi masalah besar kerana terdedah dengan bahasa inggeris lebih awal dan selalu menggunakannya. Tapi bagaimana pula dengan pelajar luar bandar?

Para pemimpin dan para pembuat dasar kebanyakannya aku yakin berasal dari kalangan bangsawan. Tidak memahami budaya dan cara hidup orang kebanyakan dan orang miskin. Dan jika ada pun, mereka ini lupa bahawa mereka pernah beraada di kelompok ini sebelum itu. Orang kampung tidak bercakap di rumah mereka dengan Bahasa Inggeris. Tidak berkomunikasi dengan jiran sekampung dengan English Language. Tidak beurusan di kedai runcit cakap omputih. Malah makan dan tidur hingga mati pun cakap Bahasa Malaysia.

Inilah budaya yang sepatutnya tidak diubah selama-lamanya. Inilah jatidiri bangsa. Bahasa melambangkan jatidiri sesuatu bangsa. Punah bahasa, musnahlah bangsa.

Perkara yang sepatutnya dilakukan oleh Tan Sri adalah memperkasakan subjek BI itu sendiri, bukan membahasa inggeriskan semua sekali. Kita harus akui yang guru bahasa inggeris tidak pernah cukup. Perkara seperti inilah yang harus diubah. Tambahkan biasiswa untuk pelajar TESL contohnya. Buat pengambilan yang lebih besar untuk melatih guru bahasa inggeris di IPGM-IPGM seluruh Malaysia serta seluruh universiti dalam negara.

Andai kata masalah wang terjadi dan negara tidak cukup wang untuk menampung perbelanjaan biasiswa ini, berikanlah pinjaman PTPN untuk mereka yang ingin menjadi guru Bahasa Inggeris.

Terhadkan nisbah antara guru dan murid. Jika jumlah murid kecil di dalam kelas, guru boleh memberi tumpuan yang lebih kepada murid di dalam kelas. Perkara ini belum juga dapat diselesaikan. Tan Sri pergilah cuba mengajar bahasa inggeris di sekolah pedalaman. Apa akan Tan Sri rasa apabila mengajar anak-anak kampung. Jika tak, pergilah mengajar di sekolah bandar yang muridnya 45 orang dalam satu kelas.

Saya mahu tahu juga apakah yang strategi yang Tan Sri akan gunakan untuk mengajar sambil mengawal kelas. Bolehlah bagi tips selepas itu ya Tan sri!

Harap yang berbahgia Tan sri dapat selesaikannya.

Belajar bahasa asing bukanlah seperti membela ayam. Beranak hari ini 2 bulan kemudian sudah boleh sembelih. Ia merupakan suatu proses yang panjang. Ada ke budak kecil baru lahir lepas dua bulan dah boleh bercakap? Mustahil bukan? Begitulah dengan Bahasa Inggeris ini. Ada banyak cara lagi untuk menjayakan rakyat Malaysia menguasai Bahasa Inggeris.

Tidak semestinya seseorang yang gagal BI dalam SPM tidak mampu menguasainya ketika mengambil diploma, atau ijazah, atau sarjana mahupun doktor falsafah. Namun menjadi masalah besar jika tidak ada sijil SPM lantaran gagal dalam BI.

Harap Tan Sri fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Perkasakanlah Bahasa Inggeris tetapi dalam masa yang sama bahasa ibunda tidak dilupakan. Berfikirlah isu-isu yang lebih relevan, yang lebih penting dan janganlah menimbulkan isu-isu yang haprak ini. Jika tidak tahu, bertanyalah kepada yang tahu. Janganlah kerana kita ini menteri, ingin menunjukkan dasar kitalah yang paling bagus. Idea kitalah yang paling bernas.

Apa yang penting, kerjasama. Kata Wonderpets kepada kawan-kawannya.

Adios......

Demi Matahari

Demi Matahari
Album : Di Pintu Langit
Kumpulan : Snada

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan Beruntung bagi yang mensucikan-Nya Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah


Bagi aku lagu ini sungguh menusuk kalbu. Ya, kalam tuhan itu memang indah, tak terbanding dengan tulisan dan pemikiran manusia. Ya Allah sungguh indah ayat-ayat mu itu!

Lirik lagu ini adalah adaptasi dari surah Ash-Shams.

Monday, June 8, 2009

Berzakat + Bersedekah

assalamualaikum wbt...


Aku terbaca (atau membaca) blog ini dan aku suka penulisnya mengungkapkan mengenai Zakat & Sedekah.

Bila kita bayar zakat atau sedekah, yang mana Allah janji akan tambah, tapi manusia suka fikir logic, macam mana 100 tolak 2.5 peratus boleh tambah? Atau 10 tolak satu Allah ganda yang satu jadi sepuluh? Tak pandai matematik ke?
Itulah korang.., ni janji Allah yang tidak beranak dan tidak di peranakkan, yang tiada satu pun yang setara denganNYA.. apa lagi nak di kata?, ni bab Yakin, bab Iman, bab buang syirik.

Aku nasihat pada diri sendiri dan korang, bayarlah zakat dan silalah bersedekah banyak-banyak, baru Allah sucikan harta dan tambah berkat, dan tambah harta.., tapi korang cakap, korang susah, hutang keliling pingang, macam mana nak bayar zakat atau sedekah?

Hujung bulan duit kering, terperangkap dalam ‘rat race’ dan wang keluar melebihi wang masuk.., macam mana tu?

Atau kalau korang nak logic, boleh buat perbandingan dengan air telaga, yang mana jika kita selalu keluarkan air dari telaga, air telaga tak pernah kering, sentiasa bertambah mata air, tapi jika telaga tak dikeluarkan airnya, lama-kelamaan, telaga tu akan jadi telaga buta, air mata air dah takde lagi, malahan air yang tak dikeluarkan jadi busuk dan memudaratkan, begitulah ibaratnya rezeki kita, bila kita bayar zakat dan sedekah, maka Allah akan sentiasa tambah, tapi bila kita kemut dan bakhil, maka jadilah kita macam haji bakhil.., yang mana duit kita akan menjadi mudarat di dunia apabila mengundang perompak dan menjadi mudarat di akhirat kerana menjadi azab yang pedih.. oh!
Selaku pelajar, aku bayar zakat fitrah je bila bulan ramadhan. Sedekah tu ada la sikit-sikit. Sekadar yang mampu. Apa yang pasti aku cuba untuk istiqamah bersedekah setiap hari jumaat iaitu ketika pergi sembahyang jumaat. Dan juga ketika aku singgah di mana-mana masjid atau surau ketika musafir atau pun sekadar singgah untuk menunaikan fardhu yang lima itu.

Cuma, kesilapan yang besar pada orang kita ialah hanya bersedekah pada bulan ramadhan. Yalah, bulan puasa kan bulan yang penuh berkat, dilimpahi rahmat dan amalan pada bulan tersebut pahalanya lebih dari bulan-bulan biasa.

Bersedekah juga tidak semestinya dengan wang ringgit, ada banyak cara untuk bersedekah. Ilmu yang banyak di kepala jiga diberi kepada orang lain tanpa meminta bayara juga dikira sedekah. Malah bertambah lagi pahalanya jika orang itu menyampaikan pula kepada orang lain.

Sedekahlah wahai diri dan rakan-rakan walaupun sekadar 10sen, bukan nilai yang dipandang oleh Allah terhadap kita. Takwalah penentu segalanya.

“Kecelakaan bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya, sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke Huthamah, dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka, (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.” (Al Humazah:1-9).


Sekian untuk kali ini, adios...

*p/s: cuti-cuti ni rajin plak update blog.

Sunday, June 7, 2009

Membilang hari

Assalamualaikum wbt....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Program apa?
Lawatan + jalan-jalan
  • Pergi Brisbane: lawat QUT (Quensland university of Technology) universiti aku berkolaborasi
  • Pergi Gold Coast : Jalan-jalan makan angin + buang duit
Nak harapkan dapat belajar disana jangan harap lah. Dah la tak fasih cakap omputih, ada hati nak belajar kat sana. Result SPM pun tak seberapa. Ini pun kira untung belajar di Maktab dapat berkolaborasi dengan QUT.

Kalau tidak, kempunan ajalah.

Bila nak pergi?
Hari Ahad, 14 Jun

Naik Apa?
Moto boleh tak? Heheehee
Naik Kapal la, kapal apa lagi.. yang boleh terbang tu.. (jawab la sendiri ye)

Dengan siapa?
Kawan-kawan + Lecturer = 26org

Berapa kos?
Tiket pergi & balik + penginapan + pengangkutan + makanan = RM3000
Tak termasuk:
  • pasport = RM300
  • Vaksin influenza = RM50
  • Tunai = RM 1000 (lebih kurang AUD350)
  • Dll = RM200
Jumlah keseluruhan (anggaran sebelum pergi) = RM4550

Wau!!! Banyaknya duit aku? Ni baru first time kira ni. Apa yang pasti aku tak bawak banyak duit (setakat AUD350 apelah sangat), so no shopping ok! Setakat souvenir yang kecil-kecil tu boleh lah kot.Tunai yang dibawa digunakan untuk yang penting2 saja.

Mana aku dapat duit?
  • UKM Dietary = RM2000
  • Savings (duit elaun, elaun buku, elaun wataniah etc.)
FAMA (father & mother) tak masuk campur ye. Aku guna semua duit aku sendiri. Kalau difikirkan sayang memang lah. Tapi aku fikir bila lagi aku boleh pergi jika tidak kali ini. Terpulang lah, masing-masing punya fikiran.

Apa yang pasti aku dah bayar untuk semua perkara di atas. Ini adalah kali pertama aku betul-betul pergi oversea. Sebelum ni hanyalah over the sea (Sabah & Sarawak). Tak nak jauh lagi kan pergi oversea first time, orang lain gi Singapore atau Indon je. Aku ni sampai ke negara kanggaroo.

Doakan kami semua selamat pergi dan selamat kembali. Tiada yang sakit terutamanya sekarang ni wabak selesema b**i ataupun AH1N1.

Banyak berjalan, jauh pemandangan

Aku setuju dengan ayat di atas, memang banyak ilmu yang kita dapat apabila dapat melawat ke tempat- tempat yang belum pernah kita pergi terutamanya luar negara. Aku banyak membaca mengenai pengalaman-pengalaman mereka-mereka yang pernah berada di luar negara, banyak ilmu yang mereka dapati. Tidak kira dari apa segi pun, cara befikir, kelakuan dan budaya mereka pasti berbeza dengan kita. Walaupun tidak banyak, pasti ada perbezaan itu.

Jika ia positif, ambillah semuanya dan jangan tinggal sedikit pun. Jika negatif, buang jauh-jauh sampai tak terlihat. Kerana itulah aku tidak sayang duit aku yang tidak berapa nak banyak itu untuk ke Australia. Aku boleh guna duit itu untuk aku mula-mula posting nanti, mesti nak pakai banyak duit. Atau orang kata boleh pergi umrah dan lain-lain lagi. Tapi aku tetap dengan pendirian aku.

Duit boleh dicari semula, pengalaman tidak boleh dibeli. Walaupun ada yang berkata"ala nanti sudah bekerja boleh pergi jugak", ya tapi bila? Siapa nak atur? Murah ke? Ada masa ke? Berkesempatan ke?

Terima Kasih

Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
  • Syukri-pengerusi, orang yang mencadangkan dan mencari ajk awal untuk manjayakan program ini.
  • Afiq - orang paling penting, selaku pengelola program ini. Kalau tiada afiq tak taulah sampai mana program ini.
  • Ridhuwan (kalau salah eja jgn marah ya) - kalau takde ko, tak dapat la naik MAS harga murah.
  • Semua AJK - yang keje secara senyap mahupun kaki tumpang (cam aku le), terima kasih semua.
Sesiapa nama yang tidak ditulis, minta maaf la. Itu saja yang terlintas setakat ini.

Adios....

Saturday, June 6, 2009

Belukar Bukit

Assalamualaikum..

Pernah dengar tak Belukar Bukit?

Belukar = tanah yg ditumbuhi pokok-pokok kecil atau hutan kecil
Bukit = kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung

Belukar + Bukit = kawasan tanah tinggi yang ditumbuhi pokok-pokok kecil

Kelakar la pulak. Sebenarnya Belukar Bukit adalah nama sebuah tempat rekreasi ala-ala Hutan Lipur dengan aliran sungai membentuk satu kawasan air (kolam la senang cerita) yang luas. Airnya jenih dan warnanya seakan-akan hijau. Memang cantik tempat ni dan selalu menjadi kawasan pilihan orang ramai untuk mandi di sini.


Dulu masa kecil ada la ayah aku bawa kami sekeluarga ke sana. Memang seronok, tapi kami selalu mandi di bawah jambatan. Ayah cakap bawah jambatan tak ramai orang, jadi kami mandi je lah kat situ. Sebenarnya bawah jambatan tu pun boleh tahan sebenarnya. Berasal dari air sungai yang sama juga.

Ni la jambatannya

Aku teringin nak bawak kawan-kawan kat Belukar Bukit ni. Jalan dia tidaklah susah sangat. Kalau dari Kuala Terengganu terus ke Kuala Berang. Selepas tu masuk ke Ajil, boleh juga ikut Lubuk Periuk ke Felda Mengkawang. Dari situ jalan terus je ke Belukar Bukit.

Boleh tahan juga orang kat situ

Belukar Bukit ni macam Air Terjun Sekayu juga. Cuma Sekayu lagi ramai orang terutamanya musim cuti sekolah. Jadi aku prefer ke Belukar Bukit lagi. Jadi siapa-siapa yang teringin boleh la rancang nak ke sana. Jangan lupa ajak aku sekali. Hehehe....

Tak teringin ke nak mandi ooiiii!!

Sekian untuk kali ini, adios....

Tuesday, June 2, 2009

Pantai Teluk Ketapang

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.


Siapa nak ikut angah pergi pantai? Aku bertanya kepada dua orang adikku usai solat asar petang semalam. Entah kenapa hati ini teringin sangat nak melihat pantai, melihat pasir yang memutih dengan deruan angin menyapu telinga seakan-akan memanggil untuk kesana.

Nak pergi mandi ke? Adikku yang bongsu bertanya membalas soalan yang ku lontarkan sebentar tadi. Kalau mengikut kebiasaan, memang aku selalu mengajak kedua adikku ke pantai untuk mandi tika pulang ke kampung. Namun kali ini rasa tidak begitu teruja untuk mandi manda lantaran usia sudah besar panjang menjangkau 23 tahun tidak lama lagi.


Aku memang suka mandi di pantai mahupun sungai. Apa lagi jika airnya dalam dan kaki ini tidak mampu mencecah dasar. Bukan ingin membangga diri tapi itulah diriku, suka mandi ditempat yang dalam. Hapus kepala kalau loghat orang terengganu.

Sufi, adikku yang bongsu pantas meminta kunci kereta daripada emak selepas aku mengatakan ingin menggunakan kereta ke pantai Teluk Ketapang. Ramai rakan terdekatku arif dan maklum yang aku tidak berani memandu kereta, namun ditempat sendiri dan menggunakan kenderaan keluarga aku jadi lebih berani. Jika menggunakan kenderaan orang lain, aku bimbang jika terjadi apa-apa. Siapa yang susah nanti, aku sudah tentu. Banyak pihak yang akan terlibat, jadi aku mengambil jalan mudah untuk tidak memandu kenderaan orang.

Perjalanan ke Pantai Teluk Ketapang mengambil masa tak sampai 10 minit menggunakan kereta proton saga buruk yang banyak berbakti dan berjasa kepada kami sekeluarga. Walaupun warnanya semakin lusuh dimamah usia, kentalnya kereta ini kerana tidak banyak memberikan masalah jika menggunakannya.

Lima tahun lepas, keadaan dan suasana pantai ini jauh berbeza dengan sekarang. Tidak ramai manusia yang berada disini. Sampah sarap bertebaran merata-rata di tepi pantai. Tunggul kayu mereput dikelilingi plastik buangan kapal, botol-botol minuman manusia menjadi pandangan mata. Namun sejak beberapa tahun ini, pantai ini kelihatan bersih. Mungkin ada pihak MBKT yang membuat kerja-kerja pembersihan disini. Baguslah, jika pantai semakin bersih makin ramailah orang akan datang ke sini. Maka bertambahlah pendapatan peniaga-peniaga kecil di sekitar pesisir pantai.


Pasir yang memutih halus menyenangkan kaki berjalan. Kulit-kulit cengkerang berhambaran di pinggiran. Matahari teduh menunggu waktu melabuhkan tirai. Tetap berjasa menyinari bumi tuhan. Sungguh aman waktu itu bejalan-jalan sambil bermain air di gigi air. Pukulan ombak kecil memukul-mukul kaki membasahi hujung seluar tidak ku hiraukan.

Banyak kenanganku di pantai ini. Semenjak kecil lagi sewaktu cuti sekolah selalu ayah membawa kami sekeluarga bersiar-siar disini. Sewaktu rumah sewa kami di Kg Telaga Daeng, hampir setiap hari aku mandi laut. Ayahpun kerap menjala diwaktu pagi. Ada lah anak gelama dan ikan sebelah mengena. Sedap digoreng ikan yang segar baru ditangkap.



Pantai ini masih cantik. Airnya masih jernih. Sesuai untuk aktiviti mandi-manda dikala air tenang. Namun awas jika ombak mengganas, hati-hati jika ingin mandi.

Adios...