Sunday, May 30, 2010

Universal Studio: Singapore

Assalamualaikum Wbt...

Hati begitu teruja untuk pergi ke Universal Studio, Singapura pagi tadi. Bertolak awal ke sekolah untuk berkumpul sebelum menuju ke destinasi seterusnya. Di jangkakan masa bertolak adalah pada jam 7.20 pagi, tetapi dengan pelbagai ragam manusia hampir jam 9 baru bas bergerak ke Singapura.


Ini adalah kali kedua saya ke 'luar negara', Singapura menjadi negara kedua yang 'mengecop' dalam passport merah saya selepas Australia dan insyaAllah pada bulan 6 akan datang Indonesia pula. Itupun jika Allah masih mengurniakan umur yang panjang dan dimurahkan rezeki serta dimudahkan urusan untuk ke sana.


Berbalik semula dengan tajuk masukan kali ini, saya dengan rombongan cikgu-cikgu sekolah dan anak-beranak melancong ke Singapura iaitu Universal Studio. Apa yang boleh disimpulkan melalui jalan-jalan kali ini adalah:

Genting lebih nyaman.

Apabila kita pergi ke tempat yang menjadi tumpuan orang ramai, badan manusia akan menghasilkan haba. Lagi ramai manusia lagi banyak haba yang dikeluarkan. Untuk menyejukkan badan manusia adalah melalui kipas, penghawa dingin dan suhu sejuk persekitaran.


Masalah bagi Singapura adalah ia beriklim tropika/khatulistiwa, panas dan lembab sepanjang tahun. Jadi pada waktu puncak, dengan matahari tercacak di atas kepala, orang ramai, menunggu lama untuk menaiki roller coaster contohnya mampu membuatkan kita letih, stress, dehidrasi dan sebagainya.

Saya mencadangkan agar pihak pengurusan Universal Studio Singapura menggunakan penghawa dingin di beberapa tempat khususnya kawasan menunggu di Jurassic Park. Konsep 'terbuka' sekarang di kawasan menunggu amat memenatkan dengan masa menunggu 1 jam-2jam untuk menaikinya.


Pada pandangan peribadi, suhu di kawasan yang sejuk lebih sesuai dibina taman tema kerana ia lebih nyaman dan selesa. Jadi pilihan yyang lebih baik untuk berhibur di taman tema adalah di Genting Highland ataupun jika mempunyai duit yang lebih pergilah ke Movie World, Australia terutamanya awal musim sejuk. Sangat seronok!

Pergilah tahun hadapan

Buat masa ini, roller coaster yang menjadi tarikan utama U.Studio ini belum siap sepenuhnya, begitu juga dengan Madagaskar. Harga tiket sama tetapi anda tidak dapat mengunjunginya. Rugi kan?

Pergi pada hari bekerja.

Agak malang saya dan rombongan melawat pada musim cuti sekolah bagi Singapura, tiket telah habis dijual pada hari tersebut. Jadi memang sesaklah di dalam. Setiap satu permainan memakan masa yang lama untuk menaikinya kerana harus menunggu giliran!

Datang awal pagi, masa tidak cukup

Ya, datanglah awal. Anda tidak cukup masa untuk menaiki taman permainan yang disediakan. Satu hari penuh untuk menaiki semuanya.

Adios...

Friday, May 21, 2010

Hari Guru

Assalamualaikum Wbt...

Pengalaman pertama menyambut Hari Guru secara rasminya setelah menjadi guru sebenar. Walaupun saban tahun menyambutnya sebagai 'guru pelatih' di maktab perguruan dan institut pendidikan guru tapi pengalaman kali ini lain benar rasanya. Menjadi guru lebih kurang 5 bulan menyebabkan saya menyoal diri sendiri: berjayakah anak-anak didikku ini nanti? Fahamkah mereka apa yang telah saya ajar, seronokkah mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang mereka alami sewaktu saya mengajar?

Soalan-soalan ini kadang kala bermain di fikiran, mungkin saya harus membuat soal selidik dengan anak-anak murid ini. Apa yang mereka suka tentang sesi pengajaran yang saya kendalikan dan apa yang mereka tidak suka. Apa yang boleh saya ubah untuk menambah baik pengajaran agar lebih kualiti.

Sambutan hari guru peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1 (SKIP 1) di sambut pada hari isnin lepas. Pada pandangan peribadi, sambutan ini sememangnya meriah dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK) SKIP 1. Ada sukaneka, persembahan band, sesi cabutan hadiah, pertukaran hadiah, pertandingan bowling dan badminton antara guru dan lain-lain lagi.

Let's the pictures talk!








Wednesday, May 19, 2010

Perkhemahan SKIP1 di Punggai Bayu Beach Resort

Assalamualaikum Wbt...


Pengalaman pertama sebagai guru yang terlibat dalam mengelolakan Perkhemahan Unit Berunifom amat mengujakan. Terbayang-bayang pengalaman perkhemahan pertama sewaktu sekolah rendah. Masihku ingat meminta izin padaa emak untuk membawa kuali sebagai alat untuk memasak di dalam kumpulan. Tak lupa juga dengan sedikit beras, bawang dan bahan-bahan lain lagi untuk dikumpulkan bersama menjadi bahan makanan untuk dimasak bersama ahli kumpulan yang lain.

Namun sayangnya, kenangan-kenangan itu semakin luput di ingatan. Daku juga tidak berapa ingat berapa kali berkhemah sewaktu di sekolah rendah. Yang pastinya perkhemahan yang pertama adalah di sekolah, selepas itu di Sungai Dua, Felda Mayam, di Tasik Bera dan kali terakhir sewaktu darjah enam adalh di Balok. Perjalanan menaiki bas dari rumah sampailah di Balok bersama-sama beberapa orang teman dan dibimbing oleh guru kelas yang amat saya sanjungi, Sir Zaini.

Jumaat

Bertolak dengan kenderaan cikgu Hasnan kami bertiga dengan cikgu Hery menuju ke Kota Tinggi dan langsung ke Punggai. Turut bersama dua lagi kereta cikgu-cikgu yang lain, cikgu Nora and the gang dan cikgu Wan Mohamad.

Apabila sampai, murid-murid baru sahaja selesai menjalani sesi membuat sandwich dengan arahan oleh guru. Memang kelakar melihat hasil sandwich murid-murid. Ada yang letak sardin yang masih dalam tin bersama roti dan dikepit dua.


Sabtu


Aktiviti dimulakan seawal jam 5 pagi dengan solat subuh dan diikuti dengan senaman. Selepas sarapan, sesi pertama adalah kawad kaki. Saya terlibat untuk melatik murid-murid ini kawad kaki. Masa yang diberikan adalah selama satu jam, memang tidak cukup tetapi terasa juga peritnya tekak setelah lama tidak menjerit. Kawad kaki statik menjali pilihan kerana ianya mudah dan sesuai kerana latihan diadakan di pantai dan masa yang tidak mencukupi.

Mengikut rancangan, pada sebelah malamnya akan diadakan sesi BBQ untuk semua cikgu-cikgu. Cikgu Halis ditugaskan untuk memerap ayang dengan rempah ratus campuran beliau yang spesial dan sedap itu. Saya sekadar membantu apa yang patut sahaja.

Sebanyak 11 ekor ayam menjadi koban pada malam tersebut dengan cikgunya seramai lebih kurang 21 orang. Lebih kurang sebelah sorang la ayam tu. Alkisahnya pada malam tersebut, oleh kerana menunggu murid tidur dahulu barulah sesi BBQ dimulakan menyebabkan ramai cikgu-cikgu tidak larat untukmeneruskan sesi tersebut.

Panggilan bantal dan tilam di dalam bilik mendayu-dayu memanggil dengan hawa Cameron Highlannd lebih enak rasanya dari rasa enaknya ayam BBQ. Walau bagaimanapun, sebagai tukang bakar yang setia, habis kesebelas ekor ayam tersebut saya bakar sampai kebas jari tengah tangan kanan masih terasan sehingga kini (5hari kemudian).

Ahad

Sesi hari ini lebih santai dengan pagi dimulakan seperti semalam iaitu solat subuh tetapi tiada senaman. Terus sahaja makan pagi iaitu nasi lemak. Kelebihan menjadi cikgu ialah anda boleh bersantai-santai serta bermalas-malasan apabila ada guru lain yang mengambil alih mengawal murid. Kesempatan inilah yang saya ambil untuk berehat sedikit lama walaupun sebenarnya tidaklah terlalu penat akibat membakar ayam malam tadi dan tidur agak lewat.

Satu lagi aktiviti dilakukan kali ini dipecahkan kepada 4 stesyen dan saya terlibat mengendalikan stesyen 'hole to one'. Betulkan saya jika tersilap kerana masukan ini ditulis selepas 5 hari kejadian tersebut.

Agak menarik juga aktiviti ini apabila murid dikehendaki melalui halangan berbentuk empat segi dengan tidak boleh menyentuh bucu-bucu empat segi tersebut. Di sinilah kerjasama dan disiplin setiap kumpulan diuji. Sebagai fasilitator saya dapat melihat dan menilai kumpulan yang mempunyai kerjasama yang tinggi dan mematuhi arahan dengan baik.

Ada satu peristiwa yang berlaku apabila kumpulan tersebut mempunyai ahli yang berbadan besar. Jika diikutkan memang saya tidak kisah jika murid tersebut tidak lepas, tetapi kita sebagai cikgu haruslah memotivasikan murid untuk mencuba dan menghasilkan yang terbaik. Dan memang tidak disangka dengan kerjasama semua ahli kumpulan tersebut, pelajar yang berbadan besar tersebut berjaya melepasi 'lubang' yang menjadi halangan.

Sayang betul saya tidak ada dalam gambar diatas kerana kami bertolak sedikit awal untuk pulang ke Kulai.

Sehingga itu, adios.......


* Malas nak menulis, sikit-sikit cukuplah ek?

Tuesday, May 4, 2010

5 Bulan

Assalamualaikum Wbt...

Kalau perempuan yang mengandung, agak-agak kalau dah 5 bulan nampak tak perut dia 'berisi'? Hehehe, bahasa agak 'sopan' sikit. Jika tanam cili, tempoh lima bulan agak-agaknya sudah boleh petik hasil ke belum ya?

Tapi jika seorang yang baru memulakan kerjayanya, tempoh 5 bulan agak-agaknya adakah ia cukup untuk mematangkan seorang anak muda? Masih banyak duri dan liku dugaan yang menghalang. Masih banyak ujian yang harus ditempuh sebagai 'penyapu baru'. Banyak 'sampah-sampah' yang harus disapu dan dikaut untuk memajukan diri bagi orang yang benar-benar ingin berubah.

Banyak peristiwayang berlaku sepanjang 5 bulan saya berada di Taman Putri, Kulai. Begitu juga di sekolah selaku guru baru di SK Tmn. Indahpura 1. Banyak lagi ilmu yang mesti diserap masuk dan dihadam untuk menjadi guru sejati.

Langkah ini tidak mudah, tidak juga sukar bagi mereka yang berusaha bersungguh-sungguh. Tapi, adakah saya ini cukup bersungguh untuk itu semua. Hmm, entah lah. Sukar untuk menjawabnya.

Antara yang berlaku sepanjang 5 bulan ini:

Persada

Ini nama tempat untuk acara-acara, pameran,ekspo dan sebagainya. Seperti convention center. Saya ke sini kerana ada PC fair. Hmm, di KL jauh lebih baik dari segi barang yang ditawarkan serta harga yang lebih murah. Tapi, jika sudah menetap di Johor ni itulah pilihannya. Terima seadanya.

Che Mai kemalangan


Agak teruk juga sebenarnya. Kecederaan di muka, bahagian anggota tubuh badan lain tidaklah seteruk dibahagian muka. Saya fikir motor beliau dikira 'total lost' kerana memang teruk.

It's always make me to remind myself when riding a motorcycle. Sebab itu saya ambil takaful cepat-cepat. Bimbang juga dengan perangai saya menunggang motosikal.

Masjid Abu Bakar


Pertama kali ke masjid ini, masjid yang selalu di lihat di majalah-majalah dan juga dokumentari-dokumentari di televisyen. Hati memang membuak-buak ingin ke sini apabila melalui jalan di Teluk Danga ke JB. Alhamdulillah diberi keizinanuntuk menziarahinya.

Majlis Perujian membaca Al-Quran dan Berzanji


Saya tidak pernah memasuki acara terbuka ini. Inilah kali pertama saya memasukinya. Alhamdulillah Allah memberikan kesempatan menjadi wakil mukim ke peringkat Daerah Kulaijaya. Namun rezeki belum cukup untuk menjadi wakil daerah ke peringkat negeri. Rasa menyesal tersemat di sanubari kerana bacaan yaang teramat teruk pada hari tersebut. Gugup agaknya. Sekadar mendapat tempat kedua.

Bola Tampar


Cerita sudah lama. Menghantar anak murid menjadi pasukan belasahan di peringkat daerah. Namun saya tidak kisah asalkan mereka mendapat pendedahan. Sejurang-kurangnya mereka mendapat sijil yang akan membantu untuk memilih sekolah untuk memasuki tingkatan satu kelak.

Akan datang
  1. Trip ke Singapura bersama rakan-rakan guru
  2. Trip Pengakap di Pagaruyung, Tanah Datar, Indonesia.
  3. Balik kampung la, cuti bulan 6.
  4. Kawan baik kahwin 19 Jun ini.