Tuesday, May 4, 2010

5 Bulan

Assalamualaikum Wbt...

Kalau perempuan yang mengandung, agak-agak kalau dah 5 bulan nampak tak perut dia 'berisi'? Hehehe, bahasa agak 'sopan' sikit. Jika tanam cili, tempoh lima bulan agak-agaknya sudah boleh petik hasil ke belum ya?

Tapi jika seorang yang baru memulakan kerjayanya, tempoh 5 bulan agak-agaknya adakah ia cukup untuk mematangkan seorang anak muda? Masih banyak duri dan liku dugaan yang menghalang. Masih banyak ujian yang harus ditempuh sebagai 'penyapu baru'. Banyak 'sampah-sampah' yang harus disapu dan dikaut untuk memajukan diri bagi orang yang benar-benar ingin berubah.

Banyak peristiwayang berlaku sepanjang 5 bulan saya berada di Taman Putri, Kulai. Begitu juga di sekolah selaku guru baru di SK Tmn. Indahpura 1. Banyak lagi ilmu yang mesti diserap masuk dan dihadam untuk menjadi guru sejati.

Langkah ini tidak mudah, tidak juga sukar bagi mereka yang berusaha bersungguh-sungguh. Tapi, adakah saya ini cukup bersungguh untuk itu semua. Hmm, entah lah. Sukar untuk menjawabnya.

Antara yang berlaku sepanjang 5 bulan ini:

Persada

Ini nama tempat untuk acara-acara, pameran,ekspo dan sebagainya. Seperti convention center. Saya ke sini kerana ada PC fair. Hmm, di KL jauh lebih baik dari segi barang yang ditawarkan serta harga yang lebih murah. Tapi, jika sudah menetap di Johor ni itulah pilihannya. Terima seadanya.

Che Mai kemalangan


Agak teruk juga sebenarnya. Kecederaan di muka, bahagian anggota tubuh badan lain tidaklah seteruk dibahagian muka. Saya fikir motor beliau dikira 'total lost' kerana memang teruk.

It's always make me to remind myself when riding a motorcycle. Sebab itu saya ambil takaful cepat-cepat. Bimbang juga dengan perangai saya menunggang motosikal.

Masjid Abu Bakar


Pertama kali ke masjid ini, masjid yang selalu di lihat di majalah-majalah dan juga dokumentari-dokumentari di televisyen. Hati memang membuak-buak ingin ke sini apabila melalui jalan di Teluk Danga ke JB. Alhamdulillah diberi keizinanuntuk menziarahinya.

Majlis Perujian membaca Al-Quran dan Berzanji


Saya tidak pernah memasuki acara terbuka ini. Inilah kali pertama saya memasukinya. Alhamdulillah Allah memberikan kesempatan menjadi wakil mukim ke peringkat Daerah Kulaijaya. Namun rezeki belum cukup untuk menjadi wakil daerah ke peringkat negeri. Rasa menyesal tersemat di sanubari kerana bacaan yaang teramat teruk pada hari tersebut. Gugup agaknya. Sekadar mendapat tempat kedua.

Bola Tampar


Cerita sudah lama. Menghantar anak murid menjadi pasukan belasahan di peringkat daerah. Namun saya tidak kisah asalkan mereka mendapat pendedahan. Sejurang-kurangnya mereka mendapat sijil yang akan membantu untuk memilih sekolah untuk memasuki tingkatan satu kelak.

Akan datang
  1. Trip ke Singapura bersama rakan-rakan guru
  2. Trip Pengakap di Pagaruyung, Tanah Datar, Indonesia.
  3. Balik kampung la, cuti bulan 6.
  4. Kawan baik kahwin 19 Jun ini.




No comments: