Wednesday, May 19, 2010

Perkhemahan SKIP1 di Punggai Bayu Beach Resort

Assalamualaikum Wbt...


Pengalaman pertama sebagai guru yang terlibat dalam mengelolakan Perkhemahan Unit Berunifom amat mengujakan. Terbayang-bayang pengalaman perkhemahan pertama sewaktu sekolah rendah. Masihku ingat meminta izin padaa emak untuk membawa kuali sebagai alat untuk memasak di dalam kumpulan. Tak lupa juga dengan sedikit beras, bawang dan bahan-bahan lain lagi untuk dikumpulkan bersama menjadi bahan makanan untuk dimasak bersama ahli kumpulan yang lain.

Namun sayangnya, kenangan-kenangan itu semakin luput di ingatan. Daku juga tidak berapa ingat berapa kali berkhemah sewaktu di sekolah rendah. Yang pastinya perkhemahan yang pertama adalah di sekolah, selepas itu di Sungai Dua, Felda Mayam, di Tasik Bera dan kali terakhir sewaktu darjah enam adalh di Balok. Perjalanan menaiki bas dari rumah sampailah di Balok bersama-sama beberapa orang teman dan dibimbing oleh guru kelas yang amat saya sanjungi, Sir Zaini.

Jumaat

Bertolak dengan kenderaan cikgu Hasnan kami bertiga dengan cikgu Hery menuju ke Kota Tinggi dan langsung ke Punggai. Turut bersama dua lagi kereta cikgu-cikgu yang lain, cikgu Nora and the gang dan cikgu Wan Mohamad.

Apabila sampai, murid-murid baru sahaja selesai menjalani sesi membuat sandwich dengan arahan oleh guru. Memang kelakar melihat hasil sandwich murid-murid. Ada yang letak sardin yang masih dalam tin bersama roti dan dikepit dua.


Sabtu


Aktiviti dimulakan seawal jam 5 pagi dengan solat subuh dan diikuti dengan senaman. Selepas sarapan, sesi pertama adalah kawad kaki. Saya terlibat untuk melatik murid-murid ini kawad kaki. Masa yang diberikan adalah selama satu jam, memang tidak cukup tetapi terasa juga peritnya tekak setelah lama tidak menjerit. Kawad kaki statik menjali pilihan kerana ianya mudah dan sesuai kerana latihan diadakan di pantai dan masa yang tidak mencukupi.

Mengikut rancangan, pada sebelah malamnya akan diadakan sesi BBQ untuk semua cikgu-cikgu. Cikgu Halis ditugaskan untuk memerap ayang dengan rempah ratus campuran beliau yang spesial dan sedap itu. Saya sekadar membantu apa yang patut sahaja.

Sebanyak 11 ekor ayam menjadi koban pada malam tersebut dengan cikgunya seramai lebih kurang 21 orang. Lebih kurang sebelah sorang la ayam tu. Alkisahnya pada malam tersebut, oleh kerana menunggu murid tidur dahulu barulah sesi BBQ dimulakan menyebabkan ramai cikgu-cikgu tidak larat untukmeneruskan sesi tersebut.

Panggilan bantal dan tilam di dalam bilik mendayu-dayu memanggil dengan hawa Cameron Highlannd lebih enak rasanya dari rasa enaknya ayam BBQ. Walau bagaimanapun, sebagai tukang bakar yang setia, habis kesebelas ekor ayam tersebut saya bakar sampai kebas jari tengah tangan kanan masih terasan sehingga kini (5hari kemudian).

Ahad

Sesi hari ini lebih santai dengan pagi dimulakan seperti semalam iaitu solat subuh tetapi tiada senaman. Terus sahaja makan pagi iaitu nasi lemak. Kelebihan menjadi cikgu ialah anda boleh bersantai-santai serta bermalas-malasan apabila ada guru lain yang mengambil alih mengawal murid. Kesempatan inilah yang saya ambil untuk berehat sedikit lama walaupun sebenarnya tidaklah terlalu penat akibat membakar ayam malam tadi dan tidur agak lewat.

Satu lagi aktiviti dilakukan kali ini dipecahkan kepada 4 stesyen dan saya terlibat mengendalikan stesyen 'hole to one'. Betulkan saya jika tersilap kerana masukan ini ditulis selepas 5 hari kejadian tersebut.

Agak menarik juga aktiviti ini apabila murid dikehendaki melalui halangan berbentuk empat segi dengan tidak boleh menyentuh bucu-bucu empat segi tersebut. Di sinilah kerjasama dan disiplin setiap kumpulan diuji. Sebagai fasilitator saya dapat melihat dan menilai kumpulan yang mempunyai kerjasama yang tinggi dan mematuhi arahan dengan baik.

Ada satu peristiwa yang berlaku apabila kumpulan tersebut mempunyai ahli yang berbadan besar. Jika diikutkan memang saya tidak kisah jika murid tersebut tidak lepas, tetapi kita sebagai cikgu haruslah memotivasikan murid untuk mencuba dan menghasilkan yang terbaik. Dan memang tidak disangka dengan kerjasama semua ahli kumpulan tersebut, pelajar yang berbadan besar tersebut berjaya melepasi 'lubang' yang menjadi halangan.

Sayang betul saya tidak ada dalam gambar diatas kerana kami bertolak sedikit awal untuk pulang ke Kulai.

Sehingga itu, adios.......


* Malas nak menulis, sikit-sikit cukuplah ek?

No comments: