Tuesday, January 27, 2009

Balik Kampung

Assalamualaikum....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Cerita pasal balik kampung? Apa yang yang aku nak selit dalam entry kali ini ek? Itulah yang aku sedang fikirkan semasa menulis entry kali ini. Ada beberapa cerita dan peristiwa yang berlaku sebelum,semasa dan selepas aku balik kampung. Nak dijadikan cerita, aku ceritakan dulu mengenai cerita sebelum balik kampung.


Cerita Sebelum Balik Kampung

Hmmm, aku tidak sangka pada hari jumaat iaitu sehari sebelum aku balik kampung aku dapat demam yang teruk. Di tambah lagi dengan cirit-birit dan muntah. Muntah? hehehe, ade pape ke? Aku pun tak tahu nak cakap macam mana, sakit ni dapat secara tiba-tiba. Memang tak ada tanda-tanda langsung. Sebelum aku sedar yang aku ni demam, aku bangun malam dalam pukul 3 pg lebih kurang, bangun sebab nak buang something la kan, alih-alih blusssh!!!! Kena cirit birit. Dalam hati tak apa lah kot, sekali saja.

Sekali pukul 4 pg bangun lagi, buang lagi. blusssh lagi. Waduh2, ni memang tak boleh tahan ni. Lepas tu bangun untuk kali ke berapa pun aku tau. Yang paling tak tahan sekali ialah apabila aku bangun sebab rasa loya(betul ke aku eja ni?). Rasa nak muntah, mula-mula aku tahan je dulu lepas tu aku terpaksa berlari ke tandas cepat-cepat. Nasib baik la sempat, teruk jugak la aku uwek di tandas.

Lepas muntah tu, aku dah start tak boleh tidur. Sakit perut, bdan menggigil(badan aku panas sbnrnya tp aku rs sejuk), rasa loya lagi. Memang teruk la. Aku ni jenis orang yang tak suka sangat makan Panadol, so memang tak ada stok la. Kalau setakat demam tu, aku boleh tahan lagi la. Tapi kali ni, demam + sakit perut + loya memang mencabar kelakian aku. Tak boleh tahan. Sampai aku telifon mak aku cakap aku demam dan mungkin tak dapat balik kampung esok, selalunya kalau aku sakit aku tak bagitau pun. Tapi oleh kerana nak balik kampung esok, aku bagitau la. Mak aku dah risau, dia suruh aku pergi klinik. Aku cakap memang aku nak pergi klinik pun.

Pagi tu dalam pukul 9 pg aku minta tolong dengan Afiq Imam hantar aku ke Klinik. Menurut doktor tu, badan aku memang panas + heart beat aku cepat. Tapi dia kata tidak terlalu teruk. Okay, it's fine. Lepas tu, lepas bayar ubat RM34 aku pun blah. Balik bilik, rehat. Selepas tidur beberapa jam, badan aku berpeluh. Aku pun rasa dah okay sikit. Tinggal pening-pening lalat saja. Mungkin esok aku boleh la balik kampung kalau keadaan mengizinkan.

Cerita Semasa Balik Kampung

Bahagian ni yang paling teruk sekali aku rasa. Bayangkan balik kampung yang biasanya ambil masa 6jam bertukar kepada 9jam setengah? Memang panas la punggung aku duduk dalam bas.

Bahagian ni bermula apabila bas menuju ke terminal Gombak. Dari jauh, mak ooiiih!! Panjangnya berbaris! Bukan main banyak lagi kereta. Memang sesak la. Biasanya tak la macam ni. Sabar je lah!

Naik bas kali ini memang banyak cabaran dan dugaannya. Dengan penumpang yang pelbagai ragam. Kalau dah turun untuk buang air tak kan ambil masa sampai 45 minit kan? Memang bengang je aku dengan perangai manusia yang pentingkan diri ni. Dah la tu, buat muka poyo je masuk bas balik. Tu baru sekali, kali kedua pulak bila berhenti untuk makan. Biasanya berhenti untuk makan ni ambil masa dalam 30-40 minit. Tapi kali ni memang cabaran dan ujian yang Allah bagi kat aku memang dahsyat. Ada pulak penumpang yang turun kat situ, tapi tak bagi tahu kepada pemandu. Pemandu tu pun tunggu la penumpang yang sorang ni lagi. Elok-elok berhenti setengah jam jadi sejam pulak. Kami pun dok tunggu la sorang penumpang ni yang tak naik-naik. Dugaan, dugaan... Dalam pukul 8 malam aku sampai di Kuala Terengganu.

Sebelum aku balik rumah, mak aku ada cakap yang dia sakit bahu. Bahu sebelah kiri dia tak boleh nak angkat. Banyak hari jugak la dia ambil cuti (MC). Sedih pulak aku tengok mak aku ni. Ya la selalunya kalau aku balik kampung mesti dia akan masak untuk aku. Biasanya aku tolong dia masak nasi dengan masak sayur saja. Main dish @ lauk utama dia yang akan masak.

Tapi hari tu terpaksa lah aku yang masak. Sedap ooo.. Ikan Patin Bakar, rempah dia aku kisar tempoyak + cili padi + kunyit + garam secukup rasa. Senang saja, tapi rasa dia terangkat beb! Boleh la cuba. (He3, sempat lagi promot resipi). But anyway, Ikan Patin Bakar memang sedap, tapi nak patin yang segar la. Kita beli dia masih hidup lagi, pastu suruh la tukang jual tu siang ikan tu. Confirm la segar ikan tu. Ni kalau beli yang kat pasar, dah sejuk beku dah. Belum tentu segar lagi. Nanti akan menjejaskan rasa. Betul cakap aku ni, korang tak nak percaya sudah.

Last day kat rumah, mak aku nak buat Ayam masak lemak cili padi. Kami memang orang Terengganu, tapi oleh kerana duduk merantau lama. Satu keluarga memang boleh makan macam-macam la. Tak cerewet sangat. Macam ikan patin, sesetengah orang terengganu tak boleh makan sangat ikan sungai ni.

Sambung balik bab ayam cili api tadi. Mak aku ni biasanya kalau bab masak-memasak ni memang akan suruh aku. Aku pulak biasanya akan tolak pada adik-adik aku. Bukannya apa, nak suruh diorang belajar. Tahu serba-serbi. Tapi yang kadang-kadang tak berapa boleh tahan tu, mak aku suruh jugak aku.Tu yang tak berapa nak best tu. Mak aku suruh aku, aku suruh adik aku balik. He3, best tak main tolak-tolak ni.

Aku bukan malas sangat nak buat mende tu, tapi aku fikir semua benda tu aku dah pernah buat sejak aku kecil lagi contohnya kupas kelapa, mesin kelapa, siang ikan, kupas bawang, potong sayur dan macam-macam lagi. Aku nak adik-adik aku buat benda tu pulak. It's fair right? Tapi adik2 aku ni memang la, punya la pemalas. Aku nak cakap macam mana pun tak tau lagi.
Walaupun diorang ni lelaki, oleh kerana dah tak ada perempuan lagi dalam rumah aku tu selain mak aku, jadinya diorang kena lah tolong jugak By hook or by crook, they must do it! Aku ni bukan apa, kesian pada mak aku. dia yang buat semua kerja rumah. Dah la penat di sekolah, penat lagi di rumah. Kali ni lagi lah, dia sakit bahu pulak.

Eh, mana bab ayam cili api tadi ni? He3, melalut lagi. Lepas main tolak2 ngan adik aku (mak aku suruh aku ramas kelapa, aku suruh adik aku, pastu mak aku kata tak apalah, biar dia yang ramas. Aku tak sampai hati la plak bila dia cakap macam tu. Dah la tangan dia tak baik lagi, nak buat kerja berat-berat pulak. Hmmm, terpaksalah aku mengalah ngan adik aku ni) aku pun dengan rela hati ramas kelapa (aku tak tahu la aku pakai istilah ni betul ke tak, sebab orang terengganu cakap 'ramah nyo'@ ramas nyiur). Lepas tu mak aku pun masak lah, aku pun makan. Slurppp... Sedap hingga menjilat jari! Aku pun dah lama tak makan ayam masak cili api mak aku buat. Bukan apa, makan santan secara kerap ni kan tak berapa elok. Kolesterol tinggi.

Cerita Selepas Balik Kampung

Cerita selepas balik kampung ni aku balik kat maktab sorang-sorang. Dah la balik awal. orang lain ada seminggu lagi cuti. Sekarang ni kat aras aku ni ada tiga orang saja campur dengan budak sabah & sarawak. Sebenarnya aku beli tiket ni semasa nak naik sem haritu. Jadi, memang tak tau la ada cuti extra. Tapi kira tak apa lah aku balik awal ni pun boleh la siapkan kerja yang belum aku sentuh lagi. Lepas cuti dah nak hantar. Okay lah, aku rasa dah banyak dah aku tulis ni. Jumpa lagi di entry yang akan datang. Adios.....

Friday, January 23, 2009

Kajian Robotik di Sekolah

Pada minggu ini, aku dan kawan-kawan ditugaskan untuk ke sekolah untuk membuat kajian tentang robotik di sekolah. Pada permulaannya aku rasa macam tidak berbaloi sahaja untuk pergi ke sekolah-sekolah ini kerana pada pendapat aku hasil yang akan aku dapat mungkin tidaklah berbaloi untuk dijadikan bahan untuk menyiapkan tugasa.

Walau bagaimanapun, oleh kerana kawan-kawan aku ni sudah membuat temu janji jadi aku hanya ikut sahaja. Nak dijadikan cerita tayar motor aku pancit apabila aku start motor pada pagi tu. Nasib baik moto aisyah ada, scooter plak tu. Aku ni memang tak biasa naik scooter, so bila bawa scooter rasa macam lain plak. Nasib baik tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini kecuali minyak yang aku isi sebanyak RM4 cukup-cukup saja untuk perjalanan pergi dan balik ke Putrajaya. Sekolah pertama yang aku buat kajian adalah Sekolah Menengah Alam Shah.

Pada permulaannya temu janji itu dijadualkan pada pukul 10pg, akan tetapi oleh kerana cikgu tersebut ada hal maka dilewatkan pada pukul 12(kalau aku x silap la, dh lupe dh). Oleh kerana kami dah sampai di Putrajaya lebih kurang pukul 10pg, hmmmm apa lagi kami semua pun melencong ke Alamanda la dahulu. Aku tak pernah sampai di Alamanda, so peluang yang ada tak boleh disia-siakan. He3.

Dalam Alamanda

Sempat lagi posing tu

Sekolah Menengah Alam Shah

Subjek Kajian (temuramah je)

Sekolah yang kedua aku pergi pula adalah sekolah rendah dekat Puchong. Aku da lupa nama dia. Sekolah itu mempunyai ramai sangat murid sehingga terpaksa diadakan dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Sehingga setiap satu darjah mempunyai 12 kelas. Woooo, banyak tu! Adalah malang kumpulan aku hari tu kerana cikgu yang ingin ditemuramah tidak dapat bersama. Beliau terpaksa ke ICU(xtau la sape yang sakit). Jadi cikgu tu suruh kawan dia yang ganti. Hmmm, melepaslah labu!


Murid-murid beratur sebelum masuk kelas


Ramai giler budak-budak

Aku kat kantin sekolah

Thursday, January 22, 2009

MeLAyu

Sajak ini adalah hasil nukilan oleh Sasterawan Negara (SN) Usman Awang. Sajak-sajak SN Usman Awang ini memang sangat aku kagumi kerana perkataan-perkataan yang digunakan adalah perkataan yang biasa-biasa sahaja namun apabila diolah oleh SN ini, ia menjadi suatu hasil yang cukup mengagumkan. Ada beberapa lagi sajak Sn Usman Awang yang aku suka, mungkin di lain masukan akan aku masukkan.

Tajuk: Melayu
Nukilan: SN Usman Awang

Melayu itu orang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bijak menganpu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati anak
Jangan mati adat

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistan, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah Muallaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
melongkar jauh sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasyanya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi secara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal kawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu tidak terbanding
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga terciptalah sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera dihutan disusu-susukan
Anak dipangkuan mati kebuluran"

Bagaimana Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang penghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin pada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Adakah anda terasa?
Adakah anda rasa terkena?
Adakah anda rasa tersentuh?
Apa perasaan anda?
Hmmm.....
Terpulanglah.....
Aku pun tak tau nak kata apa.....

Artikelku di Kosmo

Assalamualaikum.....


Kali ini aku nak bercerita pasal artikel aku yang disiarkan di akhbar Kosmo. Aku tidak ingat akan tarikh yang tepat akbar tersebut tetapi artikel tersebut masih lagi boleh di akses di web Kosmo. Berikut adalah link tersebut:

Pantau Petanda Awal

Dalam artikel tersebut aku menulis tentang kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang telah berlaku baru-baru ini. Aku tidak jangka pun yang artikel aku itu akan tersiar kerana menjangkakan ada artikel lain yang lebih baik dari artikel tersebut kerana pada pendapat aku artikel tersebut hanya biasa-biasa sahaja.

Pada pendapat aku, antara sebab artikel aku terpilih adalah kerana tidak ramai mahasiswa yang menghantar artikel kepada Kosmo kerana tajuk selepas artikel aku tidak pernah disiarkan lagi. Ia membuatkan aku musykil kerana sudah agak lama tarikh tutup untuk menghantar artikel tersebut dan ruang Mahasiswa Menulis juga sudah lama tidak di'up-date'kan.

Walau bagaimanapun artikel tersebut adalah satu permulaan yang baik bagi diri aku untuk berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Salah satu dari tujuan aku ber'blog' ini juga antaranya adalah untuk mengasah diri aku dengan dunia penulisan. Ini kerana bagi aku dunia penulisan ini adalah sangat luas dan adalah sangat rugi jika aku tidak termasuk sebagai salah seorang daripadanya.

Ini adalah pelaburan jangka panjang aku untuk masa akan datang. Memang aku akui aku tidak ada bakat untuk menulis, jadi aku perlu belajar untuk itu.

Gambar di atas menunjukkan maklumat yang aku berikan pada pihak Kosmo. Sebenarnya pada fakulti itu, aku tidak pasti sebenarnya untuk letak apa kerana pengajian aku terlibat dengan banyak jabatan sebenarnya. Oleh kerana major aku adalah Kemahiran Hidup, jadi aku buat keputusan untuk meletakkan Jabatan Ekonomi Rumahtangga sahaja sebagai fakultiku. Minta maaf jika ada orang yang tidak puas hati. (He3). Jangan marah! Jumpa lagi untuk entry yang akan datang.

Adios......

Monday, January 19, 2009

Derma Dara......h

Asslamualaikum wbkt......

Dengan nama Allah y maha pengasih lagi maha penyayang.


Hari ni aku jadi seorang yang pemurah kerana pada petang tadi aku telah menderma darah sebanyak 450ml di Pusat Darah Negara (PDN). Sebenarnya ini adalah kali kedua aku menderma darah secara rasminya. Memang dah lama aku berhajat sebenarnya untuk menderma darah, cuma belum ada kesempatan dan tidak ada orang yang mengajak. Jadi agak sukar la untuk aku kerana belum biasa. Kali pertama aku menderma darah adalah pada 15 Februari 2007 di Institut aku sendiri hasil daripada prgram kawan aku sendiri iaitu saudara Ridzuan Jamhari (atau lebih dikenali sebagai Wan besi/Wan chop). Selepas itu, aku tidak pernah menderma darah kecuali semasa aku mengikuti progran Dietry UKM pada tahun lepas. Aku telah menjadi subjek kajian selama 4 bulan. Setiap bulan sekurang-kurangnya aku akan diambil darah sebanyak 8 kali kalau aku tidak salah. 2 kali ketika permulaan dan akhir kitaran kajian iaitu lebih kurang sebulan dan 6 kali di tengah-tengah bulan. 6 kali itu dalam masa satu hari sahaja. HUhuhuhu, cuba bayangkan bagi mereka yang takut jarum dan takut darah. Memang gerun la.

Ini lah Pusat Darah Negara kalau sape-sape yang tidak tahu

Sebenarnya pada pendapat aku, menderma ini adalah satu perbuatan yang mulia kerana ia dapat membantu mereka yang memerlukan darah pada saat-saat yang kritikal. Lagi pulak la darah aku jenis AB(orang kata darah ni susah skit, ntah la aku tak habis kaji lagi). Semoga darah yang aku derma tadi dapat dimanfaatkan oleh orang yang memerlukan. Aku ni sebenarnya ada berniat untuk menderma organ, kerana bagi aku menderma organ ni adalah salah satu amal jariah. Sudah tentulah aku berniat untuk menderma organ setelah meninggal dunia. Walaupun ada organ yang boleh di dermakan semasa hidup seperti menderma hati dan buah pinggang, tapi aku tak sanggup lah jika masih hidup lagi. Cuma bila sudah meninggal dunia nanti, harap ada sesuatu yang boleh aku jariahkan. Hmmmm.... Masalahnya sekarang aku pun tak tahu di mana mahu mendaftar sebagai penderma organ. Tidak apa lah, akan tiba saat itu nanti.


INFO PUSAT DARAH NEGARA :
PUSAT DARAH NEGARA mengalu-alukan orang ramai datang menderma darah sama ada di Unit Bergerak atau datang sendiri ke Pusat Darah Negara bagi memastikan bekalan darah berada pada tahap yang memuaskan. Kami mengharapkan sokongan penderma darah untuk membantu pesakit yang memerlukan darah. Pusat Darah Negara beroperasi pada :-

  • Isnin - Jumaat : 7.30 pagi - 8.00 malam
  • Sabtu : 7.30 pagi - 4.00 petang
  • Ahad : 9.00 pagi - 3.00 petang


Sedikit asal usul PDN:

Hasrat untuk membina sebuah Pusat Perkhidmatan Transfusi Darah mula diusahakan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia pada hakikatnya sedar kepentingan untuk memperoleh darah yang selamat, mencukupi dan berkualiti bagi perkhidmatan perubatan di negara ini. Malahan keselamatan darah dan produk darah menjadi lebih penting sejak tahun-tahun kebelakangan ini akibat masalah jangkitan penyakit seperti HIV, Hepatitis B dan C yang boleh dijangkiti melalui pemindahan darah atau produk darah.

Menyedari akan hakikat ini, maka Kementerian Kesihatan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah Pusat Transfusi Darah Negara yang mana perancangan bagi membina pusat bermula dengan tersiapnya Kertas Cadangan Preliminari Pelan Induk pada bulan Januari,1992. Lanjutan daripada itu , Kementerian Kesihatan telah memperuntukkan sekeping tanah seluas 3.241 ekar di atas Lot 139 di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Temerloh di Kuala Lumpur.

Kerja pembinaan telah mula pada 21 Julai 1997 dan telah dijangka siap pada 28 November 1998. Akan tetapi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, bagunan yang siap diserahkan kepada kementerian pada tahun 2000 dan dengan itu ianya mula diduduki mulai bulan November 2000 dengan nama baru iaitu 'Pusat Darah Negara'. Kos keseluruhan pembinaan pusat ialah RM 44.7 juta iaitu RM22.7 juta bagi perbelanjaan pembinaan bangunan dan RM22.0 juta lagi bagi kelengkapan peralatan.

Pada tahun 2002 dua lagi perkhidmatan baru iaitu Perkhidmatan Bank Darah Tali Pusat (Cord Blood) dan Perkhidmatan Histokompatibiliti dan Imunogenetik telah diperkenalkan. Darah tali pusat bayi kaya dengan sumber yang dipanggil 'sel stem' dan ia memberi harapan untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti barah, masalah darah dan sistem imun badan.


Tranfusion????

Jumpa Pak Cik Hussien

Anugerah Juara Lagu 23

Aliran pemikiran muzik di Malaysia mengalami perubahan mengikut arus semasa. Inilah yang berlaku sejak akhir-akhir ini dengan kelahiran band-band indie yang menongkah arus semasa yang sebelum ini hanya gah di sekitar kelab-kelab dan di ‘gig’ mereka sendiri. Rakyat Malaysia khususnya golongan muda mula menggemari muzik yang dibawa oleh mereka ini dan ternyata ia adalah membawa pengaruh muzik barat. Sebagaimana yang kita ketahui, genre muzik adalah pelbagai dan semua pihak bebas berkarya dengan kebebasan mereka. Namun apa yang terjadi adalah, muzik kita semakin hilang identiti Malaysianya. Tanpa mempertikaikan kemenangan yang telah diperolehi oleh “Jumpa Pak Cik Hussien” pada malam tadi yang menggondol Anugerah Juara Lagu ke-23 di Stadium Putra, Bukit Jalil dengan lagunya ‘Lagu Untukmu’.

Juara Anugerah Juara Lagu ke-23

Aliran muzik yang mereka bawa semakin diminati oleh golongan muda dan sesuai dengan gaya hidup sekarang yang mementingkan hiburan. Inilah bibit-bibit budaya hedonisme yang semakin menular tanpa kita sedari di kalangan kita mutakhir ini. Hedonisme secara ringkasnya adalah satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Ini bukanlah bermaksud jika anda suka dengan band-band indie ini, anda secara automatik termasuk dalam golongan orang yang suka akan budaya hedonisme. Bukan itu maksud aku. Ia adalah kecenderungan seseorang yang sudah mula dipengaruhi oleh budaya ini. Harapan aku supaya setiap apa yang kita lakukan hendaklah dibatasi dengan agama sebagai penghalang kita yang utama. Senang cerita, cuba kita tengok golongan atau orang yang macam mana yang suka akan muzik seperti ini? Apa perlakuan mereka? Bagaimana cara mereka hidup?

Disamping itu juga, cuba kita bandingkan muzik kita dengan muzik negara seberang, Indonesia contohnya. Mereka mempunyai identiti yang cukup kuat di dalam muzik mereka. Jika kita dengar sesuatu lagu itu, oh, ini mesti lagu indon! Tapi lagu-lagu kita tidak mempunyai ‘rasa’ atau feeling seperti itu. Oleh itu, dimana tahap kita sekarang? Mari kita fakir-fikirkan. Cukup setakat itu dahulu mengenai budaya masyarakat kita yang ingin aku bincangkan.

Sebenarnya kalau baca tajuk entry pada kali ini, aku nak bincangkan mengenai Anugerah Juara Lagu ke-23 sebenarnya. Lari tajuk sikit, tapi kira okaylah tu kan. Malam tadi aku pergi ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menonton secara live acara tersebut. Sebenarnya aku tidaklah rasa teruja sangat untuk menonton kerana pada pandangan aku, anugerah kali ini tidak dapat menarik minat aku kerana lagu-lagu yang dipertandingkan kali ini tidaklah terlalu hebat hasil nukilannya (ini hanya pandangan aku je). Entahlah, aku mintak maaf kalau ada pihak yang terasa. Ya, aku faham bukan senang untuk menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti dan lekat di minda pendengarnya. Namun itulah hasilnya pencapaian artis-artis kita, komposer-komposer dan penulis lirik dapat hasilkan pada tahun 2008. Itulah yang terbaik! Kerana lagu-lagu yang dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu ke-23 adalah antara lagu yang terbaik pada tahun tersebut.

Para pemenang:

Persembahan yang mantap daripada peserta

Para pemenang dengan hadiah dan trofi mereka


Aku tidak berasa terkejut atau hairan dengan kemenangan “Jumpa Pak Cik Hussien” pada malam tadi. Aku juga tidak kecewa dengan kekalah Faizal tahir yang menggondol 3 anugerah malam tadi. Kalau di ikutkan trend kemenangan Juara Lagu adalah bermula dari tahun lepas lagi dengan kemenangan Estrange dengan lagu ‘Itu Kamu’. Aku pun tak nak komen banyak tentang kemenangan tersebut. Tahniah kepada semua pemenang dan semoga tahun ini kami pendengar muzik dapat menikmati muzik yang lebih berkualiti lagi daripada anda semua.

Ini adalah antara gambar yang aku amik semalam:

Aku kat pintu depan Stadium Putra Bukit Jalil

Aku & Ajib

Pentas utama sebelum pertandingan bermula

Tempat dudk VIP & artis



Cukuplah setakat ini, adios...............

Sunday, January 18, 2009

Alumni PLKN di Kem Princess Haliza

Asslamualaikum wbkt......

Dengan nama Allah y maha pengasih lagi maha penyayang.

Pada 16 & 17 Januari, hari Jumaat dan Sabtu, aku mengahadiri satu program Kelab Alumni PLKN Malaysia di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang. Antara aktiviti-aktivitinya adalah Bacaan Yasin & Tahlil, Sesi dialog bersama pelatih dan sesi beramah mesra.

Antara muka-muka ceria pelatih Kem Pricess Haliza

Aku sebenarnya tidak merancang untuk menyertai aktiviti ni, kerana kekangan asignment yang tidaklah suasah sebenarnya untuk dibuat. Akan tetapi akibat kemalasan yang teramat. Pada malam khamis, apabila Hazwan (member pkn aku) telefon untuk mengetahui sama ada aku akanmenyertai aktiviti tersebut, aku memberitahu bahawa aku tidak dapat menyertainya kerana ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan. Ini kerana aku perlu menyiapkan proposal research aku kepada Mr Tan, Lecturer subjek research aku. Aku belum buat apa-apa lagi walaupun aku sudah cari beberapa bahan untuk kajian tersebut. Pada pagi jumaat itu, aku memaksakan diri untuk menyiapkan proposal tersebut, bukan kerana rajin tetapi apabila ketua kelas aku(Kimi) memberitahu bahawa Mr Tan tengah marah kerana tidak ramai budak kelas aku yang pergi berjumpa beliau untuk menunjukkan proposal. Aku tidak sampai hati untuk mengecewakan lecturer aku tu, kerana beliau adalah seorang yang baik pada pandangan aku walaupun cara pengajaran beliau tidaklah menarik perhatian aku. Aku gagahkan juga untuk menyiapkannya, dan tanpa aku sedari sebenarnya kerja tersebut adalah amat senang. Tidak sampai sejam pun aku fokus, proposal aku pun siap. Aku pun apa lagi, bersiap2 untuk berjumpa lecturer dan menunjukkan proposal research aku kepada belia. Alhamdulillah beliau menerima proposal aku.

Selepas sahaja berjumpa Mr Tan, aku cakap pada diri aku ni "Lepas ni nak buat apa plak? Keje dah siap (walaupun ada lagi kerja lain yang belum buat, tapi boleh extend lagi yang lain tu)". Tetiba teringat akan tawaran si Hazwan untuk menyertai aktiviti Alumnai PLKN. Aku terus telefon Hazwan dan beliau mengatakan aku masih boleh menyertai aktiviti tersebut. Wakakaa. Hmmmm, ke Sepang la aku hari tu.

Aku dan Afiq Imam bertolak dalam pukul 4ptg dr Insitut, pastu ke kelana Jaya untuk mengambil Hazwan dan terus ke Kem Princess Haliza melalui Banting. Lalu ikut jalan kampung untuk mengelakkan tol. Perghh!! Kami ambil masa lebih kurang 3jam setengah untuk sampai, memang lama beb!! Aku dah naik bosan duduk dalam kereta sebab lama sangat, aku rasa nak pergi sepang tidaklah lama sangat kerana kalau nak ke KLIA tu dalam 2jam boleh sampai. Itulah akibat nak elakkan tol, aku dan afiq ikut je cakap si Hazwan tu sebab kami memang tidak tahu jalan untuk ke kem tersebut. Kita ikut je la jalan yang orang tunjuk. Kami sampai dalam pukul 7.30mlm. Selepas itu pergi makan dan kami memang tidak sempat untuk menyertai bacaan yasin & tahlil seperti yang dirancangkan. Aku pergi ke surau masa itu pelatih-pelatih sudah nak habis baca yasin & tahlil. Tidak apalah, janji masih boleh join.

Selepas itu, acara suai kenal bersama alumni, memang hebatlah sambutan pelatih2 dengan kami semua. Aku naik segan la dengan mereka semua. Kalau nak di banding kan aku dengan alumni2 yang lain, aku dan afiq sahaja ahli biasa dan yang lain semuanya adalah ajk tertinggi Alumni PLKN Malaysia. Ada pengerusi, naib pengerusi, timbalan setiausaha dan ajk2 lain. Huh!! Dahsyat tuh! hehehee....

Sebenarnya ada beberapa acara yang dirancangkan dan yang dijalankan aku tidak berapa berkenan. Antara sebabnya ialah:
  • Tidak ada perancangan yang betul/proper
  • Pelaksanaan yang tidak profesional
  • Aturcara majlis yang tunggang-langgang (buku aturcara/pamplet program pun tidak ada)
  • Pengurusan yang serabut (byk yang serabut, seolah2 tidak pernah diadakan mensyuarat utuk aktiviti tersebut)
Aku ni bukan lah nak membanggakan diri, kalau nak dibandingkan dengan acara yang budak2 institut perguran teknik adakan adalah lebih baik aku rasa jika dibandingkan mereka. Tidak apa lah, sebab ini adalah kali pertama aku menyertai aktiviti mereka. Malas nak komen banyak2.

Kolam untuk akitivi air Kem Princess Haliza

Pada pendapat aku, Kem Princess Haliza ini adalah antara kem yang paling bagus aku pernah pergi kalau nak dibandingkan Kem Summerset Resort sewaktu aku menjalani PLKN dulu. Memang jauh beza la. Tahniah la kepada pengusaha kem kerana menyediakan kemudahan yang baik kepada para pelatih. Penyediaan makanan pun sangatlah memuaskan, dari segia kebersihan dan juga kualiti makanan yang disediakan. Dari segi landskap pun pada aku kira 'ok' lah. Memanglah tidak boleh dibandingkan dengan Hotel-hotel dan resort komersial yang lain.



Kesimpulannya, ak dapat rasa letih je join aktiviti kali ini. xde la seronok sangat. Tapi kalau ada lagi, boleh je nak join. Hehehee, aku kan suka bejalan. Terima kasih kepada Alumni PLKN Malaysia, Hazwan (sebab ajak aku join), dan Afiq sebab jadi driver (hehehee). Sehingga jumpa lagi, Adios.....

Reunion PLKN Kem Summerset siri 1/2004 di Janda Baik, Bentong, Pahang

Asslamualaikum wbkt......

Dengan nama Allah y maha pengasih lagi maha penyayang.


Bergambar beramai-ramai: Reunion kali ke 2 Kem PLKN Summerset Siri 1/2004

Pada 10 & 11 January 2009 y lalu, ak n the geng mengadakan reunion PLKN kem aku iaitu Kem Summerset, Rompin. Reunion tu diadakan di Zaini Guest House, Janda Baik, Bentong, Pahang. Progran ni dah lama dah Tok Penghulu@Taufeeq rancang. Dalam bulan puasa tahun lepas selepas perjumpaan yang pertama budak2 ni buat di chicken Hurtz, Times Square. Masa itu, aku tak boleh join sebab nenek aku meninggal, so terpaksa la balik kampung. Diorang plan nak buat reunion kat Janda Baik pada tarikh tersebut dengan bayaran sebanyak RM70 pastu last2 minit kene tambah lagi RM10 tidak termasuk kos pengangkutan ke sana. Actually tambang gi balik dalam RM10 je. Aku memang tidak kisah sangat, janji boleh jumpa kawan2 lama. Itu saja.

Aku, Taufeeq@Penghulu & Zack

Reunion tu bermula pada pukul 9 pg, kitorang kumpul kat stesyen Pekeliling ramai2. Selepas itu naik bas beramai-ramai menuju ke Janda Baik. Aku ingat ramai la budak2 laki yang join, rupa-rupanya tidak. Sungguh kecewa, tapi nak buat macam mana kan. Duit pun dah bayar, so join je la. Budak lelaki hanya ada 5 orang je berbanding dengan budak perempuan seramai 13 orang. huhuhu, bayak perbezaanya oooo. Anyway jangan jeles, hehehee. Aku x ksah pun, cuma kena la berhati-hati sikit. Ye la, perempuan ramai kan. Faham-faham je la. Naik bas dari Pekeliling smpai la simpang nak g Bukit Tinggi, kitorang berenti kat situ. Pastu ad orang dr Zaini Guest House tu datang amik kitorang. Ada la dua trip. Best oooo, naik Pick-up duduk kat belakang pulak tu. Dengan suasana yang nyaman dan udara yang bersih. Memang best lah.

Sampai2 je kat Zaini Guest House tu, mula2 rasa biasa2 je. Tapi bila lepas lalu kat jambatan kecil tu, wah! Aku terpegun dengan keindahan yang ada, pokok2 buah-buahan seperti durian,jambu n manggis yang dijadikan sebagai sebahagian landskap, dengan deruan air sungai yang sungguh mendamaikan, rumput-rumput yang menghijau, udara yang agak sedikit sejuk, memang kena la dengan citarasa aku ni yang suka akan keindahan alam. Dalam hati ak cakap, memang tak rugi la aku join reunion kali ni walaupun actually aku rs agak mahal sbnarnye kos yang aku bayar RM80(resort+makan+trekking+Pick-up)+10(tambang bas+RM10(kos lain2)=RM100.


Pemandangan pertama ke Zaini Guest House


Bila semua orang dah sampai, first task yang kitorang buat ialah memasaka untuk makan tengahari. Dalam group ktorang ni ada sorang chef, hazwan nama dia. Dia la yang buat keputusan untuk masak apa, actually semua barang dia yang beli. So, kitorang masak la ramai-ramai. Menu pada tengari itu adalah: nasi putin, Ikan sardin, sayur campur dan buah tembikai. Aku ingatkan budak2 perempuan yang join reunion tu tak pandai sangat masak-memasak ni, rupa-rupanya sangkaan ku tidak betul. Diorang ni boleh la dikategorikan sebagai anak dara yang selalu ke dapur kerana tidak kekok melakukan kerja-kerja di dapur. Walaupun ada la beberapa orang yang tak berapa pandai tapi tak ramai. So, it's okay with me. HEhehehhee, Actually boleh la goyang kaki skit, aku just tolong masak nasi je. Keje yang memang aku expert n sangat senang untuk dilakukan.

Baca doa sebelum makan

Selepas makan, kitorang solat n rehat sekejap sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Selepas ini adalah acara mandi sungai. Hohohooo, aku memang suka mandi sungai tapi tak suka mandi ngan budak perempuan, tu yang buat ak berat hati sebenarnya. So, apa yang aku buat ialah bagi diorang semua mandi dulu, lepas diorang dah sejuk, baru lah aku turun. Bukannya apa, tak elok bercampur2 ngan diorang ni. Anyway, sungai kat Janda Baik ni memang sejuk airnya, so ak mandi sekejap je. Lagipun sengan la dengan budak perempuan yang ramai tu. hehehe. Kitorang siap mandi dalam pukul 5 lebih, pastu dah nak siap2 utk bbq malam ni. Actually owner@en Zaini yang sediakan bbq, sebab kitorang dah bayar. Tapi kotang tolong2 la skit kan, sediakan meja dsb. Apa menunya? hehehe.. Ikan Talapia bakar, Lamb chop, bubur kacang, Mee hoon goreng, kentang bakar, kentang lecek(nama omputih dia ak x ingat la) dan beberapa lagi yang ak x ingat. tapi malam tu mmg banyak sangat makanan. So aku pun apa lagi, makan sepuas-puasnya especially ikan talapia. memenag dah lama x makan. Aku tibai sepuas-puasnya la. BBq mlm tu habis dalam pukul 12. Pastu tidur. Malam tu aku tidur tak berapa nenyak kerana si Zack, dia tidur sebelah aku. Memang buas la dia tidur, kejap sini, kejap sana waduh2, agak susah untuk aku tdur dengan selesa. tapi dengan udara yang dingin, memang best la kalau korang nak datang kat tempat ni. Memang Berbaloi.

Keesokan paginya, selepas sarapan acara trekking pun bermula. Trekking ni akan berhenti dekat air terjun. Menurut guide kami tu, trek yang kitorang lalu tu boleh pergi ke gunung nuang. So sape2 yang nak naik ke Gunung Nuang tu, beside trek dari pangsun, hulu langat kat Janda Naik pun boleh naik ke G.Nuang. Kitorang trekking dalam 1jam setengah barulah sampai kat air terjun tu. Budak2 lain aku tengok seksa juga lah diorang nak sampai kat air terjun tu, pada aku biasa2 saja sebab bulan 11 aritu aku baru lepas Kem Tahunan Wataniah. Walaupun selepas tu aku dok umah 'membina badan', tapi kalau setakat trekking 1jam setengah tu tidaklah menjadi halangan. tidaklah sampai tak cukup nafas macam aku mula naik gunung Kinabalu masa 2005 dulu.

Sampai2 je kat air terjun tu, macam biasa la budak2 ni, terus je mandi. Dan aku pun macam biasa jugak, tengok mereka mandi dulu. Biar mereka sejuk, baru lah aku turun. Air terjun ni memang sejuk tapi pada pendapat aku tidaklah sesejuk air terjun yang aku mandi masa di Poring dahulu. Apa-apa hal, layan je. Selepas mandi, kami semua turun balik dalam masa 45minit sahaja. Sekejap sahaja kan.

Selepas trekking, kami semua packing barang-barang dan bersedia untuk pulang. Selepas makan tengahari, kami naik pick-up dan menunggu bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Anyway, this trip memang banyak pengalaman yang manis buat aku selaku orang suka akan alam semulajadi. Janda Baik masih lagi tempay yang sesuai untuk aktiviti luar yang menyeronokkan. Sehingga kita boleh jumpa lagi kawan-kawan, skian.....

Saturday, January 3, 2009

Bermulalah Semester Baru

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.


Semalam naik Bas Express Sani pukul 10mlm, sampai di Stesyen Putra dalam pukul 4.30pg. Terkejut jugak sebab sampai awal, selalunya dalam pukul 5-530pg baru sampai di Putra. Mesti pemandu bas bawa laju ni, cuba anda bayangkan bertolak pukul 10mlm sampai pukul 4.30pg. 6jam setengah je dari Kuala Terengganu Ke Kuala Lumpur. 6jam memang standard la kalau naik kereta, ni naik bas beb. huhuhu bleh tahan jugak pemandu bas yang aku naik ni. Laju! Nasib baik tak berlaku apa-apa yang tidak di ingini.

Mula-mula ingatkan naik bas sorang-sorang je, tapi alhamdulillah ada seorang budak junior dan kebetulan jiran sebelah bilik naik skali ngan bas yang aku naik. So bila sampai di Putra nanti bolehlah naik teksi sekali. jimat skit. Abang teksi pun agak sporting la, kene bayar RM15 je tp klu ikut meter RM16. Kurang singgit je tp kira orait la. Kira RM7.50 seorang. dulu aku pernah kena sampai RM19 sebuah teksi, memang mencekik la pemandu teksi tu. Masa tu tak berapa biasa lagi dengan Kuala Lumpur ni, so bayar je la. rupa-rupanya memang kene cekik bila tanya ngan kawan-kawan lain. Ehmmm, takpe lah. dah jadi rezki pemandu tu.

Sampai kat Institut dekat2 pukul 5, nasib baik la jiran aku tu ada kunci spare bilik dia. So bolehla aku tumpang bilik dia dulu sebab awal lagi. boleh tidur dulu kejap. Aku bangun sembahyang subuh dalam 6.30 pg, pastu terus sambung tidur sampai la pukul 1030pg. Biasa la tu, slalu kat rumah pun ak bagung dalam pukul 8.30-9pg. Bangun2 jiran aku start mengemas bilik, aku pun ape lagi keluar bilik jap. Amik angin, tengok2 bdk2 ni tolong Ust Ilias pindah rumah. So, dengan senang hati (dlm hati rs bersalah klu x tolong, hehehe) aku pun tolong la angkat barang2. Sampai la pukul 12tgh.

Selepas itu, aku pulak kemas bilik sendiri. Memag penat, dengan barang2 yang sgt banyak. berpeluh jugak la mengangkat barang. sampai sekarang aku tulis ni, barang bersepah lagi kat dalam bilik, sambung sikit-sikit la. Nak sambung buat semua nanti tak larat pulak. Orang kata buata pelan-pelan. hehehe. Padahal malas sebenarnya. Tunggu roomate balik dulu.

Aku sengaja balik awal, kalau ikutkan hari ahad sepatutnya daftar asrama. Takpe lah, sampai awal boleh rilek2 sikit. takut jugak dengan semester ni sebab sem ni ada praktikum. pastu blaja lg dengan subjek yang susah especially robotik. Aku ni dah la memang tidak berapa suka dengan subjek teknikal ni. Waduh2, harap2 boleh bawak la semester ni dan CGPA sem ni boleh naik lagi. Jeles jugak tengok orang lain punya result best2, result sendiri sederhana sahaja. Takpe la belum ada rezeki lagi. Adios....

Friday, January 2, 2009

Lentera Timur - Dato’ Siti Nurhaliza


Dari Wikipedia Bahasa Melayu



Lentera Timur
merupakan album studio ke-13 Siti Nurhaliza dan album tradisional beliau yang ke-4. Album ini memuatkan 11 buah lagu ciptaan komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini dilancar pada 26 Disember 2008. Lentera Timur yang bermaksud Cahaya Timur merupakan album studio Siti yang ketiga diterbitkan dibawah syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions.

Proses pembikinan album bermula sejak tahun 2006, namun atas alasan kekurangan material, Siti terpaksa menangguh dahulu, namun apabila MACP telah membuat sebuah bengkel mencipta lagu, Siti dengan kerjasama MACP telah bersetuju membuat album berunsur kontemporari tradisional.

Antara yang terlibat didalam pembikinan album ini ialah M Nasir, Pak Ngah, Zul Mahat, Khairi Johari Johar, Johari Teh, Fauzi Marzuki, S Atan, Adnan Abu Hassan dan Katon Bagaskara.

Tajuk Lagu

Menanti Kasih (S. Atan/Habsah Hassan)
Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun)
Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot)
Di Taman Teman (Fauzi Marzuki / Hairul Anuar Harun)
Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali)
Di Kayangan Kita (Johari Teh/Keon)
Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar)
Ada Masa Mata (M. Nasir/Ad Samad)
Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali)
Cinta Ini (Katon Bagaskara)
Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah/Siso Kopratasa)


Siapa2 yang nak sedut, ni link:

http://www.mediafire.com/?lb1mbtmgjai

Thursday, January 1, 2009

Salam Maal Hijrah & Happy New Year

Asslamualaikum wb...

What a shock!!!!.... Tak tau macam mana tiba2 je Allah bg cetusan kat hati nak bukak blog. Memang dah lama niat dalam hati nak ad blog sendiri. Tapi belum tergerak lagi nak buat. Sempena tahun bari ni 1/1/2009, saje ambil kesempatan untuk buat blog sendiri. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Sebenarnya, saya ni tak pandai langsung bab bloging ni, tapi saja memberanikan diri. xpe, pelan2 orang ckp. Banyak lagi yang perlu dipelajari tentang internet blogging ni. Kadang-kadang tu jeles jugak baca blog orang lain, mcm best je. Bila pulak nak ada blog sendiri kan. Tu yang buat ni, xde dalam perancangan pun.

Saya pun tak tau nak letak ape dalam ni, tapi tengok la macam mana nanti. Mungkin banyak tentang diri sendiri je kot dlm ni. Ape yang saya minat, aktiviti diri sendiri sebagai bakal guru, seorang pelajar, peminat anime dan manga (yang ni mmg mnat gler), mungkin isu2 semasa dekat salam negara mahupun luar negara. Harap2 rajin la untuk posting dalam ni. Jangan 'hangat-hangat tahi ayam' dah la. Huhuhuhuhuhuu.

Saya juga mengharapkan pertolongan daripada 'bakal' pembaca blog saya agar membantu dalam memperbaiki kemahiran saya dalam blogging ni. Saya memang xtau sangat, cuma memberanikan diri sahaja.

Sempena tahun baru ni, smoga Allah permudahkan segala urusan di dunia ini dan mudah-mudahan di akhirat kelak. amin...