Monday, January 19, 2009

Jumpa Pak Cik Hussien

Anugerah Juara Lagu 23

Aliran pemikiran muzik di Malaysia mengalami perubahan mengikut arus semasa. Inilah yang berlaku sejak akhir-akhir ini dengan kelahiran band-band indie yang menongkah arus semasa yang sebelum ini hanya gah di sekitar kelab-kelab dan di ‘gig’ mereka sendiri. Rakyat Malaysia khususnya golongan muda mula menggemari muzik yang dibawa oleh mereka ini dan ternyata ia adalah membawa pengaruh muzik barat. Sebagaimana yang kita ketahui, genre muzik adalah pelbagai dan semua pihak bebas berkarya dengan kebebasan mereka. Namun apa yang terjadi adalah, muzik kita semakin hilang identiti Malaysianya. Tanpa mempertikaikan kemenangan yang telah diperolehi oleh “Jumpa Pak Cik Hussien” pada malam tadi yang menggondol Anugerah Juara Lagu ke-23 di Stadium Putra, Bukit Jalil dengan lagunya ‘Lagu Untukmu’.

Juara Anugerah Juara Lagu ke-23

Aliran muzik yang mereka bawa semakin diminati oleh golongan muda dan sesuai dengan gaya hidup sekarang yang mementingkan hiburan. Inilah bibit-bibit budaya hedonisme yang semakin menular tanpa kita sedari di kalangan kita mutakhir ini. Hedonisme secara ringkasnya adalah satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Ini bukanlah bermaksud jika anda suka dengan band-band indie ini, anda secara automatik termasuk dalam golongan orang yang suka akan budaya hedonisme. Bukan itu maksud aku. Ia adalah kecenderungan seseorang yang sudah mula dipengaruhi oleh budaya ini. Harapan aku supaya setiap apa yang kita lakukan hendaklah dibatasi dengan agama sebagai penghalang kita yang utama. Senang cerita, cuba kita tengok golongan atau orang yang macam mana yang suka akan muzik seperti ini? Apa perlakuan mereka? Bagaimana cara mereka hidup?

Disamping itu juga, cuba kita bandingkan muzik kita dengan muzik negara seberang, Indonesia contohnya. Mereka mempunyai identiti yang cukup kuat di dalam muzik mereka. Jika kita dengar sesuatu lagu itu, oh, ini mesti lagu indon! Tapi lagu-lagu kita tidak mempunyai ‘rasa’ atau feeling seperti itu. Oleh itu, dimana tahap kita sekarang? Mari kita fakir-fikirkan. Cukup setakat itu dahulu mengenai budaya masyarakat kita yang ingin aku bincangkan.

Sebenarnya kalau baca tajuk entry pada kali ini, aku nak bincangkan mengenai Anugerah Juara Lagu ke-23 sebenarnya. Lari tajuk sikit, tapi kira okaylah tu kan. Malam tadi aku pergi ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menonton secara live acara tersebut. Sebenarnya aku tidaklah rasa teruja sangat untuk menonton kerana pada pandangan aku, anugerah kali ini tidak dapat menarik minat aku kerana lagu-lagu yang dipertandingkan kali ini tidaklah terlalu hebat hasil nukilannya (ini hanya pandangan aku je). Entahlah, aku mintak maaf kalau ada pihak yang terasa. Ya, aku faham bukan senang untuk menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti dan lekat di minda pendengarnya. Namun itulah hasilnya pencapaian artis-artis kita, komposer-komposer dan penulis lirik dapat hasilkan pada tahun 2008. Itulah yang terbaik! Kerana lagu-lagu yang dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu ke-23 adalah antara lagu yang terbaik pada tahun tersebut.

Para pemenang:

Persembahan yang mantap daripada peserta

Para pemenang dengan hadiah dan trofi mereka


Aku tidak berasa terkejut atau hairan dengan kemenangan “Jumpa Pak Cik Hussien” pada malam tadi. Aku juga tidak kecewa dengan kekalah Faizal tahir yang menggondol 3 anugerah malam tadi. Kalau di ikutkan trend kemenangan Juara Lagu adalah bermula dari tahun lepas lagi dengan kemenangan Estrange dengan lagu ‘Itu Kamu’. Aku pun tak nak komen banyak tentang kemenangan tersebut. Tahniah kepada semua pemenang dan semoga tahun ini kami pendengar muzik dapat menikmati muzik yang lebih berkualiti lagi daripada anda semua.

Ini adalah antara gambar yang aku amik semalam:

Aku kat pintu depan Stadium Putra Bukit Jalil

Aku & Ajib

Pentas utama sebelum pertandingan bermula

Tempat dudk VIP & artis



Cukuplah setakat ini, adios...............

5 comments:

娟子 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Semanis Garam said...

erm.. aku setuju komen2 ko ni yus.. keep up the good work.. i am really into this blogger thingy.. haha!

adyri said...

Thank you for ur comment. appriciate that...

mohdfaizalrasid said...

woit dimana keadilan??? bkn parti keadilan tau. tak citer pun pergi dgn saper eh? dh la amek gambar ajib je. kang kena gosip dgn ajib kang... hahah....

adyri said...

ala faizal,
brp orag kite gi ek?
hmmmm
romate, ko, ajib, zila
fairuz, syakira, mona
lg sape ek?
lupe la...