Monday, January 19, 2009

Derma Dara......h

Asslamualaikum wbkt......

Dengan nama Allah y maha pengasih lagi maha penyayang.


Hari ni aku jadi seorang yang pemurah kerana pada petang tadi aku telah menderma darah sebanyak 450ml di Pusat Darah Negara (PDN). Sebenarnya ini adalah kali kedua aku menderma darah secara rasminya. Memang dah lama aku berhajat sebenarnya untuk menderma darah, cuma belum ada kesempatan dan tidak ada orang yang mengajak. Jadi agak sukar la untuk aku kerana belum biasa. Kali pertama aku menderma darah adalah pada 15 Februari 2007 di Institut aku sendiri hasil daripada prgram kawan aku sendiri iaitu saudara Ridzuan Jamhari (atau lebih dikenali sebagai Wan besi/Wan chop). Selepas itu, aku tidak pernah menderma darah kecuali semasa aku mengikuti progran Dietry UKM pada tahun lepas. Aku telah menjadi subjek kajian selama 4 bulan. Setiap bulan sekurang-kurangnya aku akan diambil darah sebanyak 8 kali kalau aku tidak salah. 2 kali ketika permulaan dan akhir kitaran kajian iaitu lebih kurang sebulan dan 6 kali di tengah-tengah bulan. 6 kali itu dalam masa satu hari sahaja. HUhuhuhu, cuba bayangkan bagi mereka yang takut jarum dan takut darah. Memang gerun la.

Ini lah Pusat Darah Negara kalau sape-sape yang tidak tahu

Sebenarnya pada pendapat aku, menderma ini adalah satu perbuatan yang mulia kerana ia dapat membantu mereka yang memerlukan darah pada saat-saat yang kritikal. Lagi pulak la darah aku jenis AB(orang kata darah ni susah skit, ntah la aku tak habis kaji lagi). Semoga darah yang aku derma tadi dapat dimanfaatkan oleh orang yang memerlukan. Aku ni sebenarnya ada berniat untuk menderma organ, kerana bagi aku menderma organ ni adalah salah satu amal jariah. Sudah tentulah aku berniat untuk menderma organ setelah meninggal dunia. Walaupun ada organ yang boleh di dermakan semasa hidup seperti menderma hati dan buah pinggang, tapi aku tak sanggup lah jika masih hidup lagi. Cuma bila sudah meninggal dunia nanti, harap ada sesuatu yang boleh aku jariahkan. Hmmmm.... Masalahnya sekarang aku pun tak tahu di mana mahu mendaftar sebagai penderma organ. Tidak apa lah, akan tiba saat itu nanti.


INFO PUSAT DARAH NEGARA :
PUSAT DARAH NEGARA mengalu-alukan orang ramai datang menderma darah sama ada di Unit Bergerak atau datang sendiri ke Pusat Darah Negara bagi memastikan bekalan darah berada pada tahap yang memuaskan. Kami mengharapkan sokongan penderma darah untuk membantu pesakit yang memerlukan darah. Pusat Darah Negara beroperasi pada :-

  • Isnin - Jumaat : 7.30 pagi - 8.00 malam
  • Sabtu : 7.30 pagi - 4.00 petang
  • Ahad : 9.00 pagi - 3.00 petang


Sedikit asal usul PDN:

Hasrat untuk membina sebuah Pusat Perkhidmatan Transfusi Darah mula diusahakan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia pada hakikatnya sedar kepentingan untuk memperoleh darah yang selamat, mencukupi dan berkualiti bagi perkhidmatan perubatan di negara ini. Malahan keselamatan darah dan produk darah menjadi lebih penting sejak tahun-tahun kebelakangan ini akibat masalah jangkitan penyakit seperti HIV, Hepatitis B dan C yang boleh dijangkiti melalui pemindahan darah atau produk darah.

Menyedari akan hakikat ini, maka Kementerian Kesihatan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah Pusat Transfusi Darah Negara yang mana perancangan bagi membina pusat bermula dengan tersiapnya Kertas Cadangan Preliminari Pelan Induk pada bulan Januari,1992. Lanjutan daripada itu , Kementerian Kesihatan telah memperuntukkan sekeping tanah seluas 3.241 ekar di atas Lot 139 di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Temerloh di Kuala Lumpur.

Kerja pembinaan telah mula pada 21 Julai 1997 dan telah dijangka siap pada 28 November 1998. Akan tetapi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, bagunan yang siap diserahkan kepada kementerian pada tahun 2000 dan dengan itu ianya mula diduduki mulai bulan November 2000 dengan nama baru iaitu 'Pusat Darah Negara'. Kos keseluruhan pembinaan pusat ialah RM 44.7 juta iaitu RM22.7 juta bagi perbelanjaan pembinaan bangunan dan RM22.0 juta lagi bagi kelengkapan peralatan.

Pada tahun 2002 dua lagi perkhidmatan baru iaitu Perkhidmatan Bank Darah Tali Pusat (Cord Blood) dan Perkhidmatan Histokompatibiliti dan Imunogenetik telah diperkenalkan. Darah tali pusat bayi kaya dengan sumber yang dipanggil 'sel stem' dan ia memberi harapan untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti barah, masalah darah dan sistem imun badan.


Tranfusion????

No comments: