Sunday, July 26, 2009

Night Run 09; Putrajaya

Assalamualaikum Wbt...

Cerita kali ini adalah mengenai aku menjadi sukarelawan (sukarelawan ke kalau dibayar?) untuk Night Walk 09 di putrajaya. Bertolak dari Cheras dalam pukul 5.30 ptg dan tiba di Istana Keadilan, Putrajaya dalam pukul 6 ptg.

Mula-mula sampai

Acara berlangsung di dataran Purajaya melibatkan 4000 orang peserta kalau tak silap. Kami seramai 24 orang atau lebih menjadi sukarelawan menjayakan acara larian ini.

Aku sudah beberapa kali terlibat dengan cara begini hasil jemputan daripada rakan-rakan yang terlibat secara serius dalam acara ini. Mereka bekerja dan dibayar gaji manakala kami sebagai sukarelawan turut bekerja dan dibayar tapi dalam jumlah yang lebih kecil. Walaupun kecil tetapi cukup berbaloi dengan mendapat pengalaman berharga.

Menunggu malam

Acara kali ini diadakan pada waktu malam bermula dan berakhir di dataran Putrajaya. Kali ini aku terlibat sebagai orang yang akan memberikan sijil kepada para pelari dalam acara Fun Run. Kita hanya tunggu para peserta ini berlari hingga ke garisan penamat dan memberikan sijil kepada mereka. Senang bukan?

Menunggu tugasan diberikan

Banyak peristiwa yang berlaku pada malam tersebut, dan tak perlulah untuk dicoretkan disini. Kami bertolak pulang pukul 11 lebih dan aku tiba di asrama 12.19 pagi.

Lautan manusia

Hanya itu untuk kali ini. Sekian, adios....

3 comments:

ChekguSekolah said...

Fun Run?? ramai kan? aku kena agih baju ngan number kat diorang hari tue..berpeluh aku..

adyri said...

ye, mmg rmai orang. dari y biase2 sampai la yang luar biase. Hehehe. Yg pasti aku bg sijil kat Alex Woo (kalau betul nama die. ala yg blakon filem gubra rasanya, xpun sepet).

cikgu yassir said...

mak aii ramainya...