Wednesday, November 25, 2009

Akhirnya....

Dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasih.

Assalamualaikum Wbt....


Akhirnya, ada juga mood saya untuk menulis setelah bertungkus lumus menghabiskan pengajian. Banyak cerita suka dan duka yang berlaku, mungkin sempat diceritakan disini dan mungkin juga tidak.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Ya, selamat hari raya. Hari raya yang tak berapa nak meriah yang tak berapa nak disambut oleh umat islam di negara ini kecuali di beberapa tempat dan negeri.




KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia baru sahaja habis saya tempuhi. Ada kenangan pahit yang berlaku, tidak perlu lah diceritakan disini. Akan ku ingat sampai bila-bila. Memang kesalahan saya, maaflah atas kekhilafaan. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Allah sahaja yang maha tahu. Ia juga sebagai peringatan supaya tidak lalai dari mengingatinya.

Balik Kampung

Saya nak balik kampung esok tengahari, ke Kuala Terengganu. Harap-harap bas boleh lalu dan jalan tidak dinaiki air. Sudah dua hari berturut-turut aku mengepos barang-barang ke kampung, sebanyak 13 item antaranya kotak-kotak dan beg. Semuanya ada, barang-barang elektrik, komputer, baju,buku dan sebagainya. Hari ini aku akan menghantar motor pula.

Bagusnya juga courier yang aku pilih ni, tadi dia dah telefon menyatakan bahawa barang-barangku sudah sampai. Sila ambil ya! Nantilah, tuan dia belum balik lagi. Hehhee...

Penempatan

Hmmm, bab ni memang memeningkan kepala. Tidak tahu bila akan ditempat, di negeri mana, sekolah mana pun tidak tahu. Sekurang-kurangnya negeri untuk penempatan sudah diberitahu, senang sikit untuk membuat perancangan.

Graduation Ceremony

Tadi buka email, si Shaun (pensyarah QUT) ada hantar email untuk makluman mengenai majlis tersebut. Aku kira-kira lebih kurang RM900 nak kena bayar. Mak oooiii, mahal gila. Hmm, tau tahulah mana nak korek duit. Duit dah kering ni, nak survive untuk 3 bulan lagi. Kepada kawan-kawan yang tak tahu lagi, silalah baca email masing-masing.