Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.
Alhamdulillah, akhirnya bolehlah aku melayari internet semasa di sekolah setelah hampir sebulan tidak dapt melayarinya sewaktu disekolah. Ini adalah kerana tiada 'wireless' di sekolah. Hari buat pertama kalinya aku ber'blog' di sekolah. Mintak maaf ye, salah guna kemudahan.
Aku nak cerita kisah aku pada hari Ahad yang lepas bertarikh 26 April 2009. Bermula awal pagi, pada pukul 5.30 pagi aku dah bangun dan pergi mandi serta menunaikan solat subuh. Aku bangun awal bukannya apa, sebab hari ini menjadi sukarelawan untuk Kejohanan Olahraga Remaja terbuka POAWP - MILO 2009. Malas nak cerita banyak la, tengok je la gambar ni:




muka dah itam kene dek panas
Kami bertolak dari maktab dengan langit sudah bertukar warna, tanda-tanda air hujan akan turun. Beginilah rutin kami berdua, pulang dari maktab ke Hulu Langat pada hari Ahad pasti diiringi dengan hujan. Tak kira lebat mahupun rintik. Nak dijadikan cerita, hujan turun dengan lebat sewaktu kami melepasi Kg. Sg Serai kalau akau tidak silap. Aku memang tak kisah kene hujan sebab dah kerap kali mandi hujan kalau balik ke Hulu langat. Hayatilah gambar-gambar ini.

beginilah banjir di Bt. 18.

barulah aku berani lalu. Ikut belakang.


Adios......