Wednesday, May 13, 2009

Duduk Sepangkal

Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allahyang maha pemurah lagi maha pengasih.

"Ngah, hari sabtu ni atuk kamu buat majlis di rumah"
"Majlis? majlis ape makcik?"
"Duduk Sepangkal, ye la nanti bulan 6 ni kan acik Nadia ko nak kawin"
"Duduk Sepangkal tu ape makcik?
"Duduk sepangkal tu, majlis yang kita jemput orang-orang kampung untuk membahagikan tugas semasa kenduri nanti"
"ooooo, macam tu ke"

Begitulah kisahnya pada hari sabtu 2 minggu lepas, Duduk Sepangkal di rumah datuk saudaraku. Mula-mulanya memangla aku tak tahu duduk sepangkal ni apa maksudnya, tapi selepas diberitahu oleh makcikku, lebih kurang macammesyuarat orang kampung la untuk membahagikan tugas sesama mereka semasa kenduri kahwin nanti.

Pakcik-pakcik saudaraku duduk melepak selepas kepenatan membuat kerja

Ini pula, makcik-makcik saudara

Orang-orang kampung, makcik-makcik melawa sedang bersembang

Khusyuk dan tawadu' bersembang

"Dengar sini semua, bla bla bla & bla.....

"Oh, terima kasih la cik senah oooi, susah-susah je....!"

"Amin ya allah, kau mudahkanlah kenduri kahwin cik Nadia ini ya Allah"

Amin, amin....

Atuk saudara

Cute x?

2 comments:

TEACHER OF SOMEONE said...

wah...istilah baru ni....
ak pn br first time dgr...
klu kt kg aku pnggl mesyuarat je...

adyri said...

itu lah
aku pun baru tau jugak