Monday, May 18, 2009

Projek Sekolah: Mural

Assalamualaikum wbt.

" Apa projek yang kamu hendak buat di sekolah? Saya suruh kamu buat mural rukun negara boleh? Satu dalam bahasaMalaysia, satu lagi Bahasa Inggeris. Kamu buatlah dimana-mana dinding yang kosong. Cuma, jangan jadi seperti budak KPLI tahun lepas, saya pun tak tahu apa yang mereka buat, sudahlah kerja tak siap, barang-barang mural main tinggal macam tu saja. Cikgu-cikgu lain pula yang tolong kemas balik."
" Ermm, saya rasa boleh cikgu, tak ada masalah".

Buat mural? Belum pernah lagi aku buat mural di sekolah. Walaupun aku tidak ada masalah untuk mewarna, namu untuk mereka sebuat mural menggunakan tangan sendiri adalah agak mustahil untuk aku. Aku ni bukanlah dalam kategori yang pandai melukis, tapi kalau suruh mewarna tu insyaAllah tidak ada masalah.

Alhamdulillah, masih kreatif lagi otak kami berdua berfikir. Datanglah ilham untuk menggunakan LCD Projektor untuk membuat mural. Kami reka bentuk tulisan dan hiasan yang kami mahu, selepas itu kami pancarkan menggunakan projektor didinding. Kemuadian sama-samalah menempek didinding membuat lakaran. Habis sakit belakang aku dan syukri bertungkus-lumus hampir setiap petang ke sekolah melukis dan mewarna dinding.

Walaupun belum siap, namun hasil akhir untuk mural ini bolehlah kita bayangkan. Marilah kita sama-sama lihat:


Dari dinding kosong..


menjadi seperti ini..


dengan aksi sebegini...


dan juga ini...




ditambah menjadi ini...


dan ini


juga ini


belum dimurnikan...


nanti entry kedua untuk hasil penuh.

2 comments:

Razif AR Al-Marbawi said...

wei, kau letak bendera negara mana tu? zimbabwe ek?

adyri said...

Republic of Lui
hahahaha