Wednesday, April 29, 2009

Hari-Hari Mencabar

Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

Alhamdulillah, akhirnya bolehlah aku melayari internet semasa di sekolah setelah hampir sebulan tidak dapt melayarinya sewaktu disekolah. Ini adalah kerana tiada 'wireless' di sekolah. Hari buat pertama kalinya aku ber'blog' di sekolah. Mintak maaf ye, salah guna kemudahan.

Aku nak cerita kisah aku pada hari Ahad yang lepas bertarikh 26 April 2009. Bermula awal pagi, pada pukul 5.30 pagi aku dah bangun dan pergi mandi serta menunaikan solat subuh. Aku bangun awal bukannya apa, sebab hari ini menjadi sukarelawan untuk Kejohanan Olahraga Remaja terbuka POAWP - MILO 2009. Malas nak cerita banyak la, tengok je la gambar ni:

Kejohanan Olahraga Remaja terbuka POAWP - MILO 2009


Ni eksyen je, saje bergambar di awal pagi.


Senyuman sebelum dikerah dan diperah


Seyum tetap senyum walaupun
muka dah itam kene dek panas


Itu kisah dari pagi sampai waktu tenghahari, kira-kira jam 1.30 petang aku pulang ke Maktab. Penat memang penat sebab kene jemur dan buat kerja. Mari kita sambung pula pada sebelah petangnya. Aku bertolak dari maktab kira-kira pukul 5 lebih. Aku dengan Syukri pergi ke rumah makcikku di Kg Bt. 20 Sg. Lui, Hulu Langat. Semenjak awal praktikum lagi kami tinggal disana sebab senang nak ke sekolah. dekat la katakan.

Kami bertolak dari maktab dengan langit sudah bertukar warna, tanda-tanda air hujan akan turun. Beginilah rutin kami berdua, pulang dari maktab ke Hulu Langat pada hari Ahad pasti diiringi dengan hujan. Tak kira lebat mahupun rintik. Nak dijadikan cerita, hujan turun dengan lebat sewaktu kami melepasi Kg. Sg Serai kalau akau tidak silap. Aku memang tak kisah kene hujan sebab dah kerap kali mandi hujan kalau balik ke Hulu langat. Hayatilah gambar-gambar ini.

Kuasa Allah memang kita tidak mampu untuk menandinginya,
beginilah banjir di Bt. 18.

Tersangkut beb, tak boleh nak lalu. Kena tungu kenderaan besar lalu,
barulah aku berani lalu. Ikut belakang.

Lepas banjir, pokok tumbang pulak.


Walau apa pun dugaan dan rintangan, senyum tetap terukir manis dimuka.

Sekian sahaja untuk kali ini.
Adios......

Friday, April 17, 2009

Sekolah Kebangsaan Sungai Lui

Assalamualaikum,
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

Minta maaf semua kerana tidak sempat untuk mengemaskini blog ni. Sebagai seorang guru pelatih yang sedang menjalani praktikum, aku memang tiada masa yang mencukupi untuk blog ini. Walaubagaimanapun akan ku cuba sedaya upaya untuk kemas kini walaupun hanya sedikit gambar. Memadailah sekadar gambar ya!

Pemandangan dari bilik guru di pagi hari. Best tak?

Ni lagi satu.

Cikgu yang makin berisi. (hehehe)

Teman se-praktikumku merangkap teman
sebilik kat rumah makcikku.

Pemandangan padang Sk. Sg. Lui

Perhimpunan pagi

Salah satu aktiviti kat sekolah;
menggantung banner

Nilah budak-budak darjah 6 yang aku ajar PJ;
banyak cakap oooo...

Itu sahaja untuk kali ini. Ini sahaja yang ku mampu, semoga lain kali sempat lah ku kemaskini lagi. huhhuhuu.

Adios....