Monday, September 14, 2009

Ramadan Ini (2)

Assalamualaikum Wbt...

13 September 2009

Ya, jatuh motor lagi. Kali ni dekat simpang ikan bakar Kg Sg Lui, Bt 20. Tak tau nak cakap apa lagi dah. Aku tak kisah sangat kalau aku cedera, tapi bila bawa orang lain ni menyebabkan aku rasa bersalah sangat. Sorry la Syuk, aku minta maaf sangat, tidak sengaja.

Mungkin salah aku bawa motor laju, tapi rasanya taklah laju sangat. Mungkin juga sebab hujan hari tu, jalan ada pasir dan batu dengan air atas jalan. Tu yang sapu jalan tu.

Hmm, dah habis idea nak tulis setelah hampir 4 hari kejadian itu berlaku. Waktu itu aku ingin ke Sg. Lui rumah atuk saudara untuk meneruskan praktikum yang masih berbaki 2 bulan lagi. Sedih sebenarnya, ya lah lutut susah nak bengkok, nak jalan pun susah.

Terawih memang tak berdaya la nak buat, buat yang wajib saja. Aduh! Sedih sangat. Kemalangan tempohari hanya satu tempat luka, kali ini ada 5 tempat luka. Tangan kanan dan tangan kiri, lutut kanan dan jari kaki kanan. Seksa nak naik tangga, kena pula naik bilik guru di tingkat 2.

Tangan Kiri

Tangan Kanan

Lengan Kanan

Lutut dan kaki tak dapat nak ditunjuk, malas nak ambil gambar. Habis seluar jeans aku koyak di lutut, baju sweater yang aku beli masa belajar di Sabah terkoyak. Kalau diikutkan hari raya kali ini tak nak membeli belah sangat. Nak jimat sikit sebab tahun depan bila posting mesti nak pakai duit banyak. Malas nak menyudahkan keluarga.

Nampak gayanya hari jumaat ni aku gi shopping la. Sape nak ikut? Jom!
Tempat dituju: Jalan TAR.

Salam Lebaran

Dengan ini saya ingin memohon maaf jika ada kesilapan saya kepada anda semua. Kadang-kadang mulut ini tidak dapat ditahan perkataan yang keluar, main sebut saja. Kepada yang 'terasa' tu, saya dengan rendah diri memohon maaf. Juga kepada pembaca blog ini, terima kasih atas komen-komen yang diberikan. Mohon maaf juga jika tulisan di blog ini agak 'keterlaluan'.

Cerita pasal raya, tempohari saya belum mempunyai tiket untuk pulang ke kampung. Memang tidak ada masa untuk mencarinya. Hari tu terlibat dengan nasyid semasa praktikum, memang tak sempat nak pergi beli tiket. Bila cuti sekolah bulan lapan hari tu, pergi tanya kaunter tiket. Semua tiket sudah habis dijual pada hari jumaat dan sabtu. Susah hati juga.

Tapi saya masih ada sepupu yang bekerja di SMT Gombak, selalu juga tumpang beliau jika kesuntukan wang dan tidak berkesempatan membeli tiket seperti kali ini. Kecewa juga setelah bermesej dengan beliau kerana beliau bertolak pulang pada hari khamis (waktu itu belum ada pengumuman hari Jumaat semua skolah bercuti).

Tapi saya cuba usahakan juga dengan ringan mulut dengan kawan-kawan jika ada yang balik dengan kereta dan masih boleh ditumpang. Ramai juga yang ingin membantu (terkejut juga sebab tak sangka ramai yang nak menolong).

Atuk ada bagitahu:

"Hmm, susah-susah kau raya di rumah atuk saja. Atuk tak kisah, kat sini meriah kalau hari raya. Start malam raya lagi orang kampung berziarah dari rumah ke rumah dan berakhir di rumah ni"

"Ye ke atuk?" Balasku menyedapkan cerita.

"Hah, ya lah. Diorang selepas sembahyang di surau mula di rumah acik kau (rumah makcik saudara saya betul-betul di depan surau) dan rumah akhir sekali malam tu kat sinilah. Atuk tiap-tiap tahun buat sup tulang bagi diorang makan. Banyak, 30kg Pak Long kau beli nak bagi orang makan sampai ada yang cakap tak dapat" sambung atuk.

Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apa, kalau boleh memang nak balik kampung. Tapi kalau tidak ada tiket, nak buat macam mana. Redha je lah. Sebab sebelum ni memang pernah tak balik kampung semasa belajar di Sabah tempohari.

Akhirnya ada hamba Allah yang memberi pilihan kepada saya sama ada ingin menaiki kereta atau naik bas. Kerana beliau ada kedua-dua pilihan tersebut.

Setelah berfikir sedalam-dalamnya, saya memilih untuk menaiki bas kerana tidak ingin menyusahkan orang. Terima kasih kerana memberi tiket tersebut (bukan free ya, bayar ok!).




Akhir sekali, Selamat menyambut Hari Raya IdulFitri, Kulli 'Am wa antum bikhair...

Adios.....

*Blog ni turut bercuti rasanya, tengoklah kalau ada internet boleh la blogging sebab dirumah tiada internet.

No comments: