Saturday, September 5, 2009

Ramadhan Ini

Assalamualaikum Wbt...

Banyak perkara yang berlaku pada ramadan kali ini. Peluang berpuasa dengan atuk saudara di Kg. Sungai Lui memberi makna yang signifikan kepadaku. Bersama nenek yang rajin memasak juadah untuk berbuka dan bersahur dengan aneka makanan dan masakan kampung yang sungguh enak. Sungguh, berat badanku tidak turun ramadhan ini(aku rasa je, sbb tiada peluang untuk timbang).

Setiap kali berbuka, tidak kurang 4-5 jenis hidangan tersedia di atas meja, dari sepinggan ulam-ulaman sehinggalah berpinggan-pinggan lauk sampingan seperti ikan kering, ikan pekasam dan sebagainya. Belum masuk 'main course' lagi tu. Apa-apa pun syukur kepada Allah yang memberi nikmat ini dan memberi peluang untuk aku merapatkan silaturrahim dengan keluarga atuk saudaraku ini. Sememangnya jika di ikutkan hubungan kami sudah terlalu jauh, tapi beliau masih berjaya menjejaki keluarga kami di sebelah Terengganu (jika ada masa, nanti aku ceritakan lebih dalam).

Melecur

Pada hari ke 8 Ramadan, aku membantu emak menggoreng tempe. Tempe dengan orang Terengganu memanglah tidak signifikan sekali. Tapi terus terang aku katakan, aku memang suka makan tempe, lebih-lebih lagi tempe goreng (walaupun suka, bukanlah kena makan setiap hari). Tak perlu buat sambal atau lain-lain, hanya di goreng kosong sahaja dan diratah begitu saja. Aku suka begitu.

Nak dijadikan cerita, ketika membalikkan tempe aku terdengar bunyi letupan kecil hasil daripada tidak balas minyak panas dengan permukaan baru tempe yang hendak digoreng. Hasilnya, percikan minyak panas itu terkena tanganku. Bagi orang selalu memasak, adalah biasa terkena percikan minyak ketika menggoreng, entah apa malang hari itu tompokan minyak yang terkena pada tanganku agak besar. Tapi aku tidak sedar akan besarnya tempat melecur tersebut dan buat seperti biasa saja.

Tapi akibat rasa pedih yang tidak dapat kutahan, aku menggosok-gosok lenganku. Tiba-tiba, aku terlihat tompokan putih di lengan. Kulitku terkupas selepas aku menggosok-gosok lenganku tadi. Apa lagi terkejutlah aku dibuatnya, tapi tidak panik. Aku memberitahui emak, lenganku terkena minyak panas. Beliau agak panik dan cepat-cepat mengambil ubat untuk disapu di lengan.

Setelah hampir seminggu

Jatuh Motor

Ya! Jatuh motor pada hari jumaat bersamaan 14 Ramadhan. Hari itu hujan turun dengan lebat ketika aku dan Syukri ingin pulang ke rumah atuk setelah tamat waktu persekolahan. Lama juga kami menunggu hujan teduh. Setelah teduh, kami ke garaj motor. Aku memakai sweater Syukri kerana sweater beliau lebih tebal dan tidak telap air berbanding sweater kepunyaanku.

Jalan menuju ke rumah atuk mempunyai jambatan menyeberangi Sungai Lui. Aku pun tidak tahu kenapa jambatan kayu itu disusun lurus kayunya. Pada kebiasaannya, jika jambatan kayu, susunan kayu pada permukaannya adalah melintang, bukan menegak. Tapi jambatan itu menegak susunannya.

Bahaya yang menanti memang tidak pernah berbau. Apabila hujan, kayu di jambatan menjadi licin. Aku pun tidak tahu kenapa pada hari itu aku agak laju di atas jambatan. Tiba di hujungnya aku membrek (kenapa aku brek aku pun tak tahu, inilah kesilapannya) memperlahankan kelajuan motor. Tiba-tiba aku rasa motorku meluncur laju atas jambatan dan menyenget sebelah kiri lalu aku dan Syukri menyapu hujung jambatan hingga ke jalan tar!

Tempat kejadian. Perhatikan kesan yang bermula di atas kayu

Panik! Terkejut pun ada, tapi masih rasional. Mujur sahaja kami tidak jatuh ke sungai. Motorku ada sedikit calar dan tempat meletak kaki sebelah kiri terangkat sedikit (sudah dibetulkan). Mujurlah cover set tidak rosak, pada mulanya ia terkeluar sedikit dan menunjukkan seakan sudah patah. Namun selepas diketuk-ketuk untuk memasukkan kembali, tiada kerosakan besar terjadi.

Sampailah kehujung ni, motorku diseret

Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak di ingini berlaku. Baju pun tidak terkoyak, cuma kotor terkena tanah merah. Lengan kiriku bercalar (pedih ooo...). Eloklah, melecur sebelah kanan, calar sebelah kiri.

Inilah hasilnya, calar di lengan

Kafarah

Adakah ini kafarah daripada Allah kepada hambanya? Satu peringatan kepada hambanya supaya tidak lupa kepada suruhan dan larangan-Nya? Wallahu a'lam (dan Allah lebih tahu). Sebagai hamba, aku rasa mesti ada perkara-perkara yang telah atau akan aku lakukan yang tidak harus dilakukan. Maafkan hamba mu ini ya Allah, hamba mu ini sungguh lemah dan tidak berkuasa. Ampun ya Allah.


Carilah malam seribu bulan! Adios....

No comments: