Wednesday, December 30, 2009

Johor, here I come...

Assalamualaikum wbt...

Kemaskini pendek..

Di tempatkan di SK Taman Indahpura 2, Kulai, Johor.

Saya risau dengan tempat tinggal dan kenaikan untuk ke sekolah. Sebab telefon sekolah tadi, anda kena cari sendiri. Rumah banyak, tapi rumah orang la. Boleh pulak dia buat lawak bodoh kan? Tak apa, bagi dia peluang sebab baru satu hari kerja kat situ.
Lagi satu tak tahu la nak cakap macam mana, laman web sekolah ada bila meng'google' kat internet, tapi satu apa maklumat pun yang ada. Susah la bila zaman IT ni tidak digunakan dengan sepenuhnya. Benda yang penting macam ni pun cikgu tak boleh buat.
Ramai kawan-kawan pun dapat johor, cuma daerah saja yang lain. Ada di Kulai, Pasir Gudang, Segamat, Bt Pahat dsb. Cuma yang kesiannya ada kes-kes terpencil seperti wanchop(lupa dah dia dapat mn) dan bad (kota tinggi kalau tak silap).
Pensyarah ada bagi mesej juga tadi, dia tanya dapat mana. Saya jawablah dapat Kulai.
"Tahniah". Balas beliau.
"Habis saja konvokesyen terus apply master di UTM, jangan buang masa lagi"pesan beliau lagi.
Insya Allah kalau diizinkan tuhan dan ada kawan yang ingin turut serta. Sekurang-kurangnya adalah teman. Tapi belum terfikir nak sambung apa, psikologi ke, pendidikan ke, pentadbiran ke. No there yet. Tapi memang bersyukur sebab dapat dekat dengan universiti, boleh sambung belajar.
Apa-apa pun, doakan saya dapat meneruskan kerjaya ini dengan sebaiknya.
Opps! sebelum terlupa, Salam Maal Hijrah 1431(walaupun dah terlambat) dan Selamat Tahun Baru 2010. Tak lupa juga Selamat Ulang Tahun yang Pertama untuk blog ini.

6 comments:

Askidah Olumis said...

never too late.. 2 new year kan tuk kita??? wondrous thing!!! dah posting... hehe.. cikgu yusri... tahniah!!!!!!!!!

adyri said...

Tq kide, berdebar2 menunggu hr pendaftaran. mcm mn la suasana kt skolah dr segi geografi dan juga politik. cikgu2 kt sana ok ke x. boleh bawa diri ke x ngan cikgu n anak murid nnt. doakan...

babyling said...

selamat bertugas taU yus.. beK bek di saNa....
p/s: leh ambek master slpas konvo ke? bukan na tunggu konfrim ya?

adyri said...

xtau, ni amik sendiri la. bkn tajaan. ak rs bleh je.

insan pendidik said...

salam,

tahniah dh dpt posting. mesti berdebar2 nk tunggu. kebetulan IP ade entri utk guru baru. sila la bace kat blog IP.

adyri said...

trm kasih IP, nasihat anda suguh berguna buat sy sbg guru permulaan.