Wednesday, January 13, 2010

SK Taman Indahpura 1

Assalamualaikum Wbt...

Masukan pertama sebagai guru permulaan di SK Indahpura 1. Banyak perkara yang ingin dibicarakan tetapi banyak idea hilang kerana tidak mencatat atau menulisnya.


Cerita Satu

Pada permulaannya saya dimaklumkan ditempatkan si SK Indahpura 2, tetapi apabila mendaftarkan diri di SMK Tunku Abd Rahman Putra, nama saya tidak ada di sekolah tersebut. Terkial-kial saya mencari dimana nama saya ditempatkan, rupa-rupanya di Sk Tmn Indahpura 1. Hmm, memang terkejut kerana tidak dimaklumkan lebih awal. Walau bagaimanapun, pendaftaran berjalan lancar dan dibawa ke sekolah oleh GPK1, Pn. Noriah.


Cerita Dua

Agak pelik di negeri Johor Darul Takzim ini, semua guru permulaan dikehendaki menjalani minggu orientasi selama 1 minggu dan setiap hari mesti pulang pada jam 4.30 ptg. Memang pelik, sebab negeri lain tidak buat. Tambahan pula kami dikehendaki menyiapkan 1 folio mengenai sekolah dan sebagainya. Memang ada kebaikannya, tapi ia agak menyusahkan kerana sebagai orang baru banyak perkara yang perlu dilakukan dan difikirkan. Jangan ditambah lagi beban yang sedia ada 'beban' ini.

Cerita Tiga

Saya berulang alik selama seminggu dari Taman Mutiara Rini, Skudai yang jaraknya 25 minit dari sekolah dengan menaiki motosikal. Setiap pagi hendaklah bangun seawal 5.45 pg dan bertolak ke sekolah jam 6.30 pg untuk tiba awal di sekolah. Mujurlah tidak banyak lampu isyarat dan persimpangan semasa perjalanan ke sekolah di Kulai.

Cerita Empat

Akhirnya saya mendapat rumah sewa di Taman Putri Kulai, duduk bersama teman serumah yang juga teman satu institut, saudara Zairil. Alhamdulillah, rumah tersebut memang selesa dan cukup segala kemudahan asasnya. Cuma saya nak mencari mesin basuh, malas nak cuci baju pakai tangan. Hehehe... Yang 'tangan kedua' pun boleh, tak kisah. Asalkan saya tak perlu cuci guna tangan.

Lain-lain perkakas seperti peti sejuk, peti televisyen adalah tidak perlu setakat ini kerana belum mendapat gaji dan keadaan kewangan yang sangat menyesakkan. Cuma, dirumah tersedia dapur gas yang ditinggalkan oleh tuan rumah. Tong gas pun ada, jadi tidak perlulah mengeluarkan wang yang banyak untuk membelinya.

Cerita Lima

Syukur saya tidak ditugaskan sebagai guru kelas, namun semalam saya mendapat jawatan baru sebagai setiausaha Panitia Matematik. Oh my god! Saya tak pernah memegang jawatan setiausaha. Harap-harap guru-guru lain dapat membantu.

Selain itu juga, saya turut ditugaskan untuk melatih pasukan ssekolah dalam sukan Bola Tampar. Pihak sekolah sangat berharap agar pasukan yang akan dibentuk ini mendapat sesuatu pada pertandingaan di peringkat daerah kerana persaingannya tidaklah sesengit perlawanan Bola Sepak. Nasib baiklah say mempunyai sedikit asas dalam Bola Tampar, jika tidak memang mati kutulah saya.

Cerita Enam

Hehehe... Sampai sini saja. Nanti saya cerita lagi.

Wassalam.... Adios....