Thursday, January 28, 2010

Desaru + Batu Layar

Assalamualaikum Wbt...


Saya mulakan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. Waktu blog ini dikarang, alhamdulillah, gaji bulan pertama sudah dimasukkan ke dalam akaun bank. Saya bersyukur padamu ya Allah, tuhan yang maha pemberi rezeki kepada hambanya.

Merujuk kepada tajuk masukan kali ini, saya berlapan, bersama-sama keluarga angkat di skudai telah pergi melawat adik angkat saya di Kem PLKN Desaru. Perjalanan bermula agak lewat kerana mengambil kereta kedua. Rombongan terlalu ramai, jadi kena bawa dua buah kereta. Sebuah BMW (aku xtau brp siri dia, mintak maaf la ye. sy x reti) dan sebuah kereta proton saga.

Agak-agaknya siapa yang bawa kereta BMW tu? Mak angkat saya ke, atau anak dia ke? Atau saya yang bawa?

Hehehe, jeng jeng jeng..... Saya lah yang bawa. Hmm, sedikit terkejut sebenarnya sebab kalau kawan-kawan yang rapat memang tahu yang saya tidak suka memandu kereta, rela bawa motor lagi kalau nak ke mana-mana. Lebih-lebih lagi kalau kereta orang.


Tapi kali ini alasan itu terpaksa kulupakan, kerana tidak ada orang lain lagi yang boleh diharapkan selain saya untuk membawanya. Saya diberi pilihan sama ada hendak membawa proton saga atau BMW. Sudah tentulah saya memilih BMW, bukan selalu dapat bawa beb!

Apakaah perasaan selepas membawa kereta BMW? Entahla, tak rasa apa-apa pun. Macam bawa kereta lain juga. Tapi rasa selesa la, cuma kereta ni kereta auto agak lembab skit kalau nak memotong.

Sampai di Desaru kami terus ke kem PLKN, melawat si adik perempuan yang menjalani latihan sellama 3 bulan di sana.


Teringat kenangan semasa menjalani PLKN di Kem Summerset, Rompin pada tahun 2004. Menjadi Batch yang pertama memang banyak kelebihan dan kekurangannya. Ada yang seronok dan ada yang tidak. Oleh kerana waktu itu kem tersebut baru di buat, banyak prasarana tidak lengkap. Tapi ikatan silaturrahim antara kami masih utuh, walaupun tidak dengan semuanya. Alumnai kami memang aktif membuat perjumpaan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Berbalik dengan Desaru, kem ini terletak betul-betul di tepi pantai. Macam Summerset juga (haissh, tak habis-habis nak buat perbandingan).

Waktu dulu, pada hari minggu jurulatih akan membenarkan kami pelatih-pelatih ke pantai tapi dengan syarat tidak dibenarkan mandi sama sekali. Memang seronok, berjalan-jalan ditepi pantai terutamanya waktu petang. Angin yang sepoi-sepoi bahasa mengulit rasa untuk tidur. Sangat berbeza dengan rasa tidur di dalam kem waktu itu yang diperbuat dari kanvas sahaja, sangat panas. Macam dalam ketuhar.

Selepas melawat, kami meneruskan perjalanan ke Batu Layar. Kawasan peranginan, juga seperti Desaru. Cumaa pantainya yang berteluk dan landai sememangnya selamat untuk aktiviti mandi-manda. Hehehe, saya tak mandi kerana hanya dua orang saja lelaki daripada 9 orang. Seganlah. Lagipun pada waktu itu hari sangat panas, sekitar pukul 2 hingga 3 petang. Matahari terik atas kepala.

Saya menikmati hembusan angin tepi pantai sambil menikmati burger, Hahaha, lawakkan? lebih kurang pukul 4, kami bertolak pulang. Malangnya, selepas simpang Kota Tinggi tayar kereta yang saya pandu pancit. Kalut juga waktu itu, macam mana nak buat. Nasib baik ada tayar tambahan. Sudah lah tak pernahtukar tayar kereta, jadi buat-buat tahu je lah menukar tayar yang pancit itu. Alhamdulillah, nasib baik jadi! Sampailah kami ke Skudai dengan selamat.

End of story...

Adios....

No comments: