Sunday, February 7, 2010

Merapu 1

Assalamualaikum Wbt...

Hmmm, rasa nak update blog tapi tidak ada cerita yang boleh dikongsikan. Meniti hari-hari dalam sejarah ni terasa membosankan, lagi pulak hari ni. Hari minggu, sebab tiada perancangan nak ke mana. Rasa nak hantuk-hantuk saja kepala di dinding. Hehehe, lawak je.

Rumah Sewa


Rumah saya di Taman Putri, Kulai. Siapa yang duduk berdekatan, jemput datang rumah. Sewa RM350 sebulan, saya duduk berdua dengan housemate (orang tgnu gak). Sekarang ini apa yang ada di rumah hanyalah sofa (rumah sebelah kasik sebab die nak pindah), TV tiada tapi TV Card ada (tgk kat laptop), mesin basuh tiada (tggu delivery xtau bila nak sampai, at the moment), peti sejuk pun tiada (ni housemate nak beli, ye la saya dah beli mesin basuh xkan nak suruh saya beli peti sejuk juga kan? kan? kan?).

Alhamdulillah, kat dapur periuk belanga semua cukup. Cukuplah setakat nak masak nasi dengan 2 jenis lauk. Rasanya dah mewah dah tu. Cuma yang menjadi masalah tiada peti sejuk, susah sikit nak masak. Kalau nak masak, beli barang untuk sekali guna saja. Kalau tak, membazir je.

Berdekatan rumah saya ni ada Pasaraya Tesco, Econsave, seven eleven, kedai runcit dan beberapa kedai makan. Jadi agak memudahkan. Masjid pun dekat. Cuma jarak ke sekolah agak jauh iaitu 10 minit, ni naik motor ye. Kalau kereta lagi lama. Jadi saya selalu bangun awal untuk ke sekolah berbanding semasa belajar dahulu, bangun 6.30pg masih boleh rilek-rilek lagi.

Tapi saya agak suka juga duduk disini, segala kemudahan ada. Dan dekat, tidak terlalu jauh. Rasa macam duduk di Cheras, bukan di Kulai sebab kawan-kawan ramai. Afiq Imam, Faiz, Irman, Usop, Fiqi dsb. Jadi, tidak lah lonely.

Sekolah

Hari sabtu sekolah ganti, di sekolah ada buat hari pembayaran yuran tambahan sekolah. Semua guru kelas dan pembantu guru kelas bergilir untuk menjaga kelas dan mengutip yuran. Saya mendapat giliran menjaga kelas pada waktu sebelum rehat. Kelas tahun satu yang paling pandai sekali, tapi perangai budak-budaknya macam budak kelas hujung.

Ada tiga orang budak India, Shobenraj, Mahesh dan Jasvin. Sangat nakal, kalau saya marah sekejap je boleh duduk diam. Lepas tu dia buat perangai lagi. Hari-hari masuk kelas kalau tak buat perangai tak sah. Ambil pensel kawan la, cuit kawan la, berjalan semasa saya tengah mengajar, buat bising dan mengganggu kawan yang lain untuk belajar.

Macam-macam pendekatan yang saya cuba, hari tu saya tape kan mulut dua orang daripada mereka. Tapi rasanya macam tidak berjaya. Tak mengapa, saya tunggu hari isnin ni. Ada perubahan atau tidak. Kalau tak, terpaksa cuba cara lain lagi.

The most naughtiest boy in my class. Kalau suruh salin nota kat papan hitam, 10 minit terakhir baru nak tulis hari dan tarikh di buku tulis. Itupun setelah beberapa kali pergi melawat tempat duduknya dan menegur serta menyuruh si budak yang 'baik' ini buat kerja. Sementara kawan-kawanya yang lain sudah siap.

Beliau turut menganggu rakannya yang duduk di sebelah, usik sana usik sini. Ambil barang kawan buat macam harta sendiri. Selalu pergi dekat tong sampah untuk asah pensil, sebab pensilnya selalu patah masa menulis. Sejenis spesies yang tak makan saman. Marahlah macam mana sekalipun, even touch sikit-sikit (tak berani nak buat teruk-teruk sebab darjah satu, anak orang dan salah sebenarnya) pun masih tidak insaf lagi. Buku selalu tak bawak, kerja yang diberikan tidak siap. Memang memberi masalah.

Entah la, apa la nasib dapat anak murid macam ni.

Siapa boleh tolong ek (dalam slang orang Johor)?

Adios....

4 comments:

Bat said...

Yus, hang lempang ja budak tu. Biar dia bawak mak ayah dia datang sekolah, pastu baru la hang terangkan hal yang sebenar.

Itu cara paling senang dan senang nak masuk paper, hehe...

Cara yang susah dan penat ialah, hang buat tak reti kat budak tu, dia sebenarnya nak seek attention dari kawan-kawan dan cikgu. Spoilt brat camni selalunya ada masalah dengan family(selalunyalah), jadi hang kena tackle betul-betul. Dalam masa yang sama, hang kasik dia nasihat secara peribadi. Biar dia berair mata skit, hehe..

Tapi aku rasa hang mesti boleh punya, InsyaAllah. =D

adyri said...

tq bat, still take time to understand him completely. Skrg ni dah ok skit lpas aku blanje die makan aritu. cume kadang2 tu, ada la angin die datang, die buat la prangai.

cegu yang annoying said...

per kes ko nyer cbox... gi delete la kaT main dye huhuhu.. leyh tahan gak dak2 tu... siap ckp ko poyo tu~~

adyri said...

ade aku kesah ngan bdk2 tu ke? aku pun x knal diorang. x perlu buang mase dgn org yang xde adab mcm tu. just waste ur time. life must go on...