Monday, September 28, 2009

Kuih Raya

Assalamualaikum Wbt...

Sudah lama blog ini tidak dikemas kini, minta maaf kepada pengunjung blog ini kerana tidak dapat membuat masukan baru. Tiada perkhidmatan internet sewaktu di rumah, ada banyak cerita yang ingin ditulis tapi oleh kerana tiada internet banyak yang lupa.

Saya nak bercerita mengenai kuih raya(atau biskut, saya selalu menggunakan perkataan kuih) yang akan saya cari apabila hari raya. Bila tiba hari raya, timbul keinginan untuk merasa kuih yang sudah lama tidak dimakan dan pada hari rayalah saya dapat merasa kuih-kuih tersebut. Terutamanya kuih tradisional, kuih yang sememangnya jarang saya jumpai dan tidak ada dijual di kedai-kedai.

Agar-agar kering

Memang saya cukup gemar akan kuih ini. Mak saya cakap senang je nak buat kuih ni, harus guna gula batu kalau tidak tak jadi. Tapi emak tidak pernah membuatnya walaupun beliau tahu anaknya mesti cari agar-agar kering kalau hari raya. Bila dah jumpa kat rumah orang, kadang-kadang habis satu balang saya makan bersama adik.



Putu Kacang

Masa arwah tok masih ada, beliau pasti akan beli. Saya pun tumpang la makan. Sekarang ni memang susah dah nak jumpa dan jarang-jarang dihidangkan sebagai kuih raya.



Bahulu

Bahulu sekarang tidak sama rasanya dengan bahulu zaman dahulu. Rasanya seperti kek. Teringat masa kecik-kecik dulu, jiran saya memang pandai buat kuih. Pernah tengok beliau mengepuk bancuhan bahulu dalam tempayan dan membakarnya menggunakan sabut kelapa dan arang. Tepung gandum dan gula dijemur terlebih dahulu bagi memastikan benar-benar kering dan bahulu tahan lama. Argh, rindunya nak makan. Sape ade boleh kirim x? hehee....



Biskut Makmur

Kuih ni memang dah lama wujud, tapi pertama kali saya rasa adalah sewaktu belajar di Maktab Perguruan Gaya pada tahun 2005. Waktu itu tidak dapat pulang beraya kerana selepas cuti raya ada peperiksaan akhir. Kami pelajar semenanjung menumpang beraya di rumah pensyarah ERT, Pn Norhanida. Beliau sememangnya seorang yang pakar dalam bab masak-memasak dan juga jahit-menjahit.

Nak dijadikan cerita, kami membantu beliau menyediakan kuih-kuih raya dan memasak juadah hidangan untuk menyambut syawal. Salah satu kuih yang beliau buat ialah kuih makmur. Selepas merasanya terus jatuh hati. Raya tahun ni tak jumpa lagi dimana-mana. Hmmm, kempunan.



Tapai (Orang teganu sebut Tape)

Suka jugak makan mende alah ni. Tak kira dibungkus dalam daun pisang ke, daun getah ke, daun jambu ke dan macam-macam jenis daun lagi, ia tetap sedap jika pandai membuatnya. Menggunakan pulut dan ragi dikukus sehingga masak dan lepas tu diperam selama beberapa hari sebelum betul-betul 'masak'.

Tapi awas, jangan dimakan bersama air ber'gas'. Membawa mudarat, ada yang muntah-muntah dan demam jika salah makan.




Mungkin pengunjung blog ini ada kegemaran sendiri tika hari raya, terpulang kepada kegemaran masing-masing dan tradisi keluarga tersebut.

* Meniti hari-hari yang sibuk: praktikum dan prtndingan nasyid + tilawah al-quran minggu hadapan

Monday, September 14, 2009

Ramadan Ini (2)

Assalamualaikum Wbt...

13 September 2009

Ya, jatuh motor lagi. Kali ni dekat simpang ikan bakar Kg Sg Lui, Bt 20. Tak tau nak cakap apa lagi dah. Aku tak kisah sangat kalau aku cedera, tapi bila bawa orang lain ni menyebabkan aku rasa bersalah sangat. Sorry la Syuk, aku minta maaf sangat, tidak sengaja.

Mungkin salah aku bawa motor laju, tapi rasanya taklah laju sangat. Mungkin juga sebab hujan hari tu, jalan ada pasir dan batu dengan air atas jalan. Tu yang sapu jalan tu.

Hmm, dah habis idea nak tulis setelah hampir 4 hari kejadian itu berlaku. Waktu itu aku ingin ke Sg. Lui rumah atuk saudara untuk meneruskan praktikum yang masih berbaki 2 bulan lagi. Sedih sebenarnya, ya lah lutut susah nak bengkok, nak jalan pun susah.

Terawih memang tak berdaya la nak buat, buat yang wajib saja. Aduh! Sedih sangat. Kemalangan tempohari hanya satu tempat luka, kali ini ada 5 tempat luka. Tangan kanan dan tangan kiri, lutut kanan dan jari kaki kanan. Seksa nak naik tangga, kena pula naik bilik guru di tingkat 2.

Tangan Kiri

Tangan Kanan

Lengan Kanan

Lutut dan kaki tak dapat nak ditunjuk, malas nak ambil gambar. Habis seluar jeans aku koyak di lutut, baju sweater yang aku beli masa belajar di Sabah terkoyak. Kalau diikutkan hari raya kali ini tak nak membeli belah sangat. Nak jimat sikit sebab tahun depan bila posting mesti nak pakai duit banyak. Malas nak menyudahkan keluarga.

Nampak gayanya hari jumaat ni aku gi shopping la. Sape nak ikut? Jom!
Tempat dituju: Jalan TAR.

Salam Lebaran

Dengan ini saya ingin memohon maaf jika ada kesilapan saya kepada anda semua. Kadang-kadang mulut ini tidak dapat ditahan perkataan yang keluar, main sebut saja. Kepada yang 'terasa' tu, saya dengan rendah diri memohon maaf. Juga kepada pembaca blog ini, terima kasih atas komen-komen yang diberikan. Mohon maaf juga jika tulisan di blog ini agak 'keterlaluan'.

Cerita pasal raya, tempohari saya belum mempunyai tiket untuk pulang ke kampung. Memang tidak ada masa untuk mencarinya. Hari tu terlibat dengan nasyid semasa praktikum, memang tak sempat nak pergi beli tiket. Bila cuti sekolah bulan lapan hari tu, pergi tanya kaunter tiket. Semua tiket sudah habis dijual pada hari jumaat dan sabtu. Susah hati juga.

Tapi saya masih ada sepupu yang bekerja di SMT Gombak, selalu juga tumpang beliau jika kesuntukan wang dan tidak berkesempatan membeli tiket seperti kali ini. Kecewa juga setelah bermesej dengan beliau kerana beliau bertolak pulang pada hari khamis (waktu itu belum ada pengumuman hari Jumaat semua skolah bercuti).

Tapi saya cuba usahakan juga dengan ringan mulut dengan kawan-kawan jika ada yang balik dengan kereta dan masih boleh ditumpang. Ramai juga yang ingin membantu (terkejut juga sebab tak sangka ramai yang nak menolong).

Atuk ada bagitahu:

"Hmm, susah-susah kau raya di rumah atuk saja. Atuk tak kisah, kat sini meriah kalau hari raya. Start malam raya lagi orang kampung berziarah dari rumah ke rumah dan berakhir di rumah ni"

"Ye ke atuk?" Balasku menyedapkan cerita.

"Hah, ya lah. Diorang selepas sembahyang di surau mula di rumah acik kau (rumah makcik saudara saya betul-betul di depan surau) dan rumah akhir sekali malam tu kat sinilah. Atuk tiap-tiap tahun buat sup tulang bagi diorang makan. Banyak, 30kg Pak Long kau beli nak bagi orang makan sampai ada yang cakap tak dapat" sambung atuk.

Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apa, kalau boleh memang nak balik kampung. Tapi kalau tidak ada tiket, nak buat macam mana. Redha je lah. Sebab sebelum ni memang pernah tak balik kampung semasa belajar di Sabah tempohari.

Akhirnya ada hamba Allah yang memberi pilihan kepada saya sama ada ingin menaiki kereta atau naik bas. Kerana beliau ada kedua-dua pilihan tersebut.

Setelah berfikir sedalam-dalamnya, saya memilih untuk menaiki bas kerana tidak ingin menyusahkan orang. Terima kasih kerana memberi tiket tersebut (bukan free ya, bayar ok!).




Akhir sekali, Selamat menyambut Hari Raya IdulFitri, Kulli 'Am wa antum bikhair...

Adios.....

*Blog ni turut bercuti rasanya, tengoklah kalau ada internet boleh la blogging sebab dirumah tiada internet.

Monday, September 7, 2009

Majlis Berbuka Puasa Askar Wataniah Rejimen 515

Assalamualaikum Wbt...

Latihan Tempatan terbaru yang saya ikuti bagi askar wataniah di Kem 515 adalah Majlis Berbuka Puasa bersama-sama. Majlis itu diadakan pada hari sabtu yang lepas.
Sabtu: 5/9/09

Kami berkumpul 10.30pg di kafe maktab, menunggu semua orang hadir untuk bergerak sama-sama ke kem. Sepatutnya kami dikehendaki datang seawal 7.30 pagi lagi, tapi kami tidak sanggup dan berpakat ramai-ramai untuk datang lewat sedikit.

Pada kebiasaannya latihan pada hari sabtu bermula pada jam 2 petang dan pada hari tersebut ramai juga yang datang pada waktu tersebut malahan ada yang lebih lewat.

Pada jam 2.30 kami semua berbaris untuk menerima penugasan hari ini. selepas itu kami membantu apa yang patut untuk majlis berbuka puasa seperti mengatur cawan dan pinggan, susun kerusi dan sebagainya.

Sempat bergambar bersama Wan

Selepas itu naik ke bilik sambung tidur. Kami dikehendaki berkumpul semula pada jam 6 ptg berpakaian lengkap baju kebangsaan. Majlis berbuka puasa ini seperti kebanyakan acara berbuka puasa yang lain juga, kami berbuka dengan kuih-kuih dan air dahulu sebelum makan makanan berat selepas sembahyang maghrib.

Menu berbuka adalah nasi putih, ikan goreng, daging masak lemak, kerabu, sayur campur dan buah tembikai. Selesai berbuka, sembahyang isyak dan terawikh bersama-sama dan moreh.

Selepas acara inilah bermula kehidupan askar yang menjadikan saya sedikit malas. Acara kemas-mengemas. Semua barang yang telah digunakan untuk acara berbuka tadi hendaklah dikemas semula. Meja, kerusi, kain, pinggan, gelas hendaklah di simpan di dalam stor semula. Bayangkan persediaan untuk acara ini dilakukan selama seminggu dan 'di runtuhkan' hanya tidak sampai 2 jam.

Semasa berbaris untuk bersurai, saya dan 2 lagi rakan ditugaskan untuk bertugas di 'mass pegawai' waktu sahur nanti. Kami bangun dan pergi dan bila sampai ada staff mengatakan bahawa kami tidak perlu bertugas. Hmm, bengang juga selepas bangun awal pagi untuk bertugas tapi diarahkan untuk tidak buat apa-apa.


Selepas itu kami ke dewan makan untuk bersahur. Biarpun awal lagi tetapi saya sudah tidak sanggup untuk bangun lagi.

Ahad: 6/9/09

Jam 8 pg berbaris untuk pemberian tugas. Masih ada kerja yang belum dibereskan. Saya ditugaskan ke Kem Sg besi menghantar kerusi VIP yang digunakan sewaktu berbuka semalam.

Balik sahaja dari Kem Sg Besim saya dimaklumkan bahawa sudah boleh pulang kerana sudah tamat latihan. Hmm, what a day! Tidak mengapalah, selain menambah sedikit pahala (dapat pahala ke kalau kita rasa terpaksa?) dapat juga menambah duit poket yang hampir kekeringan ini.

Walaupun lambat lagi untuk masuk, RM80 sangat bernilai dikala kekeringan duit. Hahaha, nampak sangat saya pergi latihan untuk duit. Tidaklah, sebenarnya saya memang minat dengan askar ni. Lagi-lagi bila buat outdoor activity, lagi seronok. Walaupun penat tapi rasa puas dan berbaloi.

Sekian untuk kali ini, adios.....

Saturday, September 5, 2009

Ramadhan Ini

Assalamualaikum Wbt...

Banyak perkara yang berlaku pada ramadan kali ini. Peluang berpuasa dengan atuk saudara di Kg. Sungai Lui memberi makna yang signifikan kepadaku. Bersama nenek yang rajin memasak juadah untuk berbuka dan bersahur dengan aneka makanan dan masakan kampung yang sungguh enak. Sungguh, berat badanku tidak turun ramadhan ini(aku rasa je, sbb tiada peluang untuk timbang).

Setiap kali berbuka, tidak kurang 4-5 jenis hidangan tersedia di atas meja, dari sepinggan ulam-ulaman sehinggalah berpinggan-pinggan lauk sampingan seperti ikan kering, ikan pekasam dan sebagainya. Belum masuk 'main course' lagi tu. Apa-apa pun syukur kepada Allah yang memberi nikmat ini dan memberi peluang untuk aku merapatkan silaturrahim dengan keluarga atuk saudaraku ini. Sememangnya jika di ikutkan hubungan kami sudah terlalu jauh, tapi beliau masih berjaya menjejaki keluarga kami di sebelah Terengganu (jika ada masa, nanti aku ceritakan lebih dalam).

Melecur

Pada hari ke 8 Ramadan, aku membantu emak menggoreng tempe. Tempe dengan orang Terengganu memanglah tidak signifikan sekali. Tapi terus terang aku katakan, aku memang suka makan tempe, lebih-lebih lagi tempe goreng (walaupun suka, bukanlah kena makan setiap hari). Tak perlu buat sambal atau lain-lain, hanya di goreng kosong sahaja dan diratah begitu saja. Aku suka begitu.

Nak dijadikan cerita, ketika membalikkan tempe aku terdengar bunyi letupan kecil hasil daripada tidak balas minyak panas dengan permukaan baru tempe yang hendak digoreng. Hasilnya, percikan minyak panas itu terkena tanganku. Bagi orang selalu memasak, adalah biasa terkena percikan minyak ketika menggoreng, entah apa malang hari itu tompokan minyak yang terkena pada tanganku agak besar. Tapi aku tidak sedar akan besarnya tempat melecur tersebut dan buat seperti biasa saja.

Tapi akibat rasa pedih yang tidak dapat kutahan, aku menggosok-gosok lenganku. Tiba-tiba, aku terlihat tompokan putih di lengan. Kulitku terkupas selepas aku menggosok-gosok lenganku tadi. Apa lagi terkejutlah aku dibuatnya, tapi tidak panik. Aku memberitahui emak, lenganku terkena minyak panas. Beliau agak panik dan cepat-cepat mengambil ubat untuk disapu di lengan.

Setelah hampir seminggu

Jatuh Motor

Ya! Jatuh motor pada hari jumaat bersamaan 14 Ramadhan. Hari itu hujan turun dengan lebat ketika aku dan Syukri ingin pulang ke rumah atuk setelah tamat waktu persekolahan. Lama juga kami menunggu hujan teduh. Setelah teduh, kami ke garaj motor. Aku memakai sweater Syukri kerana sweater beliau lebih tebal dan tidak telap air berbanding sweater kepunyaanku.

Jalan menuju ke rumah atuk mempunyai jambatan menyeberangi Sungai Lui. Aku pun tidak tahu kenapa jambatan kayu itu disusun lurus kayunya. Pada kebiasaannya, jika jambatan kayu, susunan kayu pada permukaannya adalah melintang, bukan menegak. Tapi jambatan itu menegak susunannya.

Bahaya yang menanti memang tidak pernah berbau. Apabila hujan, kayu di jambatan menjadi licin. Aku pun tidak tahu kenapa pada hari itu aku agak laju di atas jambatan. Tiba di hujungnya aku membrek (kenapa aku brek aku pun tak tahu, inilah kesilapannya) memperlahankan kelajuan motor. Tiba-tiba aku rasa motorku meluncur laju atas jambatan dan menyenget sebelah kiri lalu aku dan Syukri menyapu hujung jambatan hingga ke jalan tar!

Tempat kejadian. Perhatikan kesan yang bermula di atas kayu

Panik! Terkejut pun ada, tapi masih rasional. Mujur sahaja kami tidak jatuh ke sungai. Motorku ada sedikit calar dan tempat meletak kaki sebelah kiri terangkat sedikit (sudah dibetulkan). Mujurlah cover set tidak rosak, pada mulanya ia terkeluar sedikit dan menunjukkan seakan sudah patah. Namun selepas diketuk-ketuk untuk memasukkan kembali, tiada kerosakan besar terjadi.

Sampailah kehujung ni, motorku diseret

Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak di ingini berlaku. Baju pun tidak terkoyak, cuma kotor terkena tanah merah. Lengan kiriku bercalar (pedih ooo...). Eloklah, melecur sebelah kanan, calar sebelah kiri.

Inilah hasilnya, calar di lengan

Kafarah

Adakah ini kafarah daripada Allah kepada hambanya? Satu peringatan kepada hambanya supaya tidak lupa kepada suruhan dan larangan-Nya? Wallahu a'lam (dan Allah lebih tahu). Sebagai hamba, aku rasa mesti ada perkara-perkara yang telah atau akan aku lakukan yang tidak harus dilakukan. Maafkan hamba mu ini ya Allah, hamba mu ini sungguh lemah dan tidak berkuasa. Ampun ya Allah.


Carilah malam seribu bulan! Adios....