Wednesday, March 17, 2010

Kuala Terengganu Trip

Assalamualaikum Wbt...

Sempena kenduri kahwin Judin dan Sya, Afiq Imam dan Wan Chop datang ke Terengganu. Kami budak-budak Terengganu khususnya yang berada di Kuala Terengganu membawa mereka pusing-pusing, jalan-jalan di kawasan sekitar Kuala Terengganu.

Tidak banyak tempat yang dapat kami bawa, iyalah datang pun bukan untuk berjalan sangat hanya untuk memenuhi undangan perkahwinan. Banyak bersembang-sembang tentang bila nak kahwin, apa yang nak dibuat seterusnya, nak pergi jalan ke mana pula tahun ini dan sebagainya.

Kota Lama Duyong


Sayang, waktu datang tempat ni dah tutup, sempat jalan-jalan di bahagian luarnya sahaja.
Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong kira-kira 7KM dari pusat bandar. Kota Duyong mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang bersambungan dengan dapur, bilik mandi, sarung, beranda dan titian. Reka bentuknya miripIstana Kecil Raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan memasukkan unsur-unsur pengaruh seni bina asing. Rumah ini memperlihatkan jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berepeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda dengan dihias ukiran sobek di sekeliling beranda.
Masjid Kristal

Ada dua cara hendak ke sini, melalui jalan darat dan juga air. Jika jalan darat anda akan melalui muzium dahulu sebelum ke sini. Masjid Kristal adalah termasuk di dalam kompleks Taman Tamadun Islam (TTI) yang di ilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Walaupun ada yang menganggap projek ini adalah suatu pembaziran, tetapi sekarang ia menjadi salah satu dari daya tarikan pelancong ke Kuala Terengganu ini. Setiap kali cuti sekolah pasti banyak kenderaan dan orang luar yang datang ke sini.

River Cruising

Ramai orang tidak mengetahuinya, boleh menyusuri Sungai Terengganu dari Jeti Penambang mengelilingi Pulau Duyong dan melalui Pulau Wan Man dimana Taman Tamadun Islam (TTI) terletak. Tambangnya jugan berpatutan sebanyak RM40 untuk sebuah bot, satu trip. Bot tersebut boleh memuatkkan sekurang-kurangnya 10 penumpang (saya rasa 15 orang pun muat, atau mungkin lebih lagi). Perjalanan ini memakan masa lebih kurang satu jam, memang tak rugi jika menyusuri sungai ini.

Selain dari menaiki bot penambang, anda juga boleh menaiki bot dari TTI, botnya lebih cantik, memang tradisional. Ada pemandu pelancong yang akan memberikan penerangan dan keselamatan lebih terjamin kerana anda akan memakai jaket keselamatan setiap masa. Tempoh perjalanan juga lebih pendek kerana bot tersebut laju sikit dari bot penambang.

Akhir sekali

Hmm, pernahkah anda pergi ke mana-mana warung, restoran atau gerai yang menyediakan Teh 'O' dengan harga RM0.30 secawan dan RM 0.50 segelas? Itulah yang saya alami. Terkejut juga sebenarnya kerana pada waktu ini masih ada pekedai yang boleh memerikan harga seperti itu. Tahniah di ucapkan. Dengan harga yang kecil, masih mampu menjana keuntungan. Tengoklah senarai menu di bawah ini:

Sampai sini saja, sekian.
Adios...

4 comments:

syazwan safwan said...

22 tahun doh duk kat trg ni..tp dok pernah pergi pon kt Istana lama Duyong..bila dok tahu nok g sekali..

adyri said...

g la tera skali. klu minat bab sjaroh, buleh la. tengok bangunang, ukirang2 kat rumoh tu. sy aritu pon dok dang nok masuk sbb ttup. laing kali ah.

Anonymous said...

rindu lak kat korang

adyri said...

sabar ye beth, mggu dpan kt jmp.