Friday, October 1, 2010

Emas

Assalamualaikum wbt...


Setelah beberapa bulan menyendiri dari dunia blog, kini saya diberi kekuatan untuk menulis. Entah la, angin malas apa yang datang menghinggap. Padahal setiap hari saya membuka laman web dan mempunyai talian streamyx di rumah.

Berbalik kepada tajuk diatas, apa kaitan emas dengan saya? Kenapa saya menulis tajuk emas kali ini?

1 Dinar Public Gold

Ini bukanlah cerita multi level marketing (MLM) seperti yang biasa anda dengar. Saya memang sejak dari awal tidak pernah menyukainya dan setakat ini tidak pernah terlibat sama sekali dengannya.

Saya mengenali emas lebih kurang setahun atau dua tahun dahulu. Bukannya barang kemas tetapi emas untuk pelaburan. Iyalah, orang lelaki kan haram memakai emas. Tetapi emas sebagai pelaburan memang menarik hati saya kerana harganya yang meningkat saban tahun dengan purata peningkatan setiap tahun sekurang-kurangnya 20% setahun sejak 10 tahun yang lepas.

Emas Public Gold

Pinjaman peribadi

Saya tidak pernah memberitahu kepada kedua ibu bapa saya yang saya membuat pinjaman peribadi untuk membeli emas. Pinjaman peribadi? Berapakah jumlahnya? Hmm, jumlahnya memang lumayan dan jika saya beritahu pasti anda terkejut dengan amaunnya. Cukuplah sekadar saya yang tahu.

Cuma semasa masukan ini ditulis, saya sudah mengaut keuntungan diatas kertas sekurang-kurangnya 5% akibat kenaikan harga emas yang telah saya beli pada pertengahan bulan Julai tempohari. Lumayan tak?

Jenis Emas

Ada bermacam-macam jenis emas yang boleh kita beli sebagai emas pelaburan. Setakat ini saya telah membeli emas seperti Kijang Emas keluaran bank Negara Malaysia yang telah dijual oleh Maybank, Public Gold, Public Dinar dan juga emas keluaran Kuwait Finance House (KFH).

Kijang Emas

Nak dijadikan cerita, KFH telah mengadakan peraduan cabutan bertuah kepada para pelanggannya yang telah membeli/deposit emas/duit sebanyak RM3000 kedalam mana-mana akaun bank tersebut. Setiap tiga ribu melayakkan anda mendapat 1 cabutan. 6 ribu maknanya 2 cabutan lah.

Berapa cabutan yang saya layak, biarlah saya yang tahu. Peraduan ini berlangsung selama 3 bulan dari bulan Julai hinggalah Oktober. Hadiah bulanan ialah 10g emas berkualiti 22.8k setiap seorang seramai 10 pemenang.

Guess what? Saya telah menjadi salah seorang dari pemenang itu. Tak percaya, tengok surat dibawah yang dihantar oleh KFH sendiri. Memang teruja! Jika kita lihat pada beratnya, apalah sangat nilai 10gram itu, tapi jika diukur dengan harganya memang berbaloi-baloi. Seribu lebih! Siapa nak bagi seribu lebih macam tu saja kan?



Apa-apa pun saya bersyukur diatas rezeki kurnian-Nya ini. Maha suci tuhan yang maha pemberi rezeki kepada hambanya. Alhamdulillah.

4 comments:

babyling said...

wah. syukuRnYe + besT
jGn luPa waT amaL ckiT untuk mereka yg memerlukan ya

adyri said...

of course. itu sudah menjadi amalan bulanan. sy dh peruntukkan stiap bulan utk sedekah.

SCHAKEYRA said...

alhamdulillah~~ jeles... mcm byk jer mende nak bguru ngan ko~~

adyri said...

aku pon br belajar la. nothing much.