Wednesday, June 30, 2010

Patah Tumbuh Kembali

Assalamualaikum Wbt...

Patah tumbuh kembali. Cantik dan menarik tajuk masukan kali ini. Terus terang bila ayat ini terkeluar dari mulut seseorang menunjukkan beliau cuba memujuk hati yang luka setelah dikecewakan. Sang bunga kecewa dengan kumbangnya kerana mencari bunga yang lain dan kumbang kecewa kerana bunga telah dipetik orang.

Tetapi ini bukan tujuan dan maksud sebenar saya menulis kali ini. Sebagai guru permulaan, banyak perkara-perkara menarik yang terjadi kepada saya semasa berada di sekolah. Dan juga sebagai guru matapelajaran yang mengajar murid sekolah rendah, pelbagai ragam dan kerenah dapat saya perhatikan. Saya berasa amat beruntung kerana dapat mengajar murid-murid tahun satu, memang bersyukur.

Sebelum ini, pada awal-awal mengajar saya sedikit stress dan tertekan kerana mendapat murid tahun satu. Ialah, sebagai orang muda, lelaki pula tu saya sedikit kurang sabar melayan pelbagai gelagat dan pe'el (x reti nak eja, minta maaf ye) budak-budak yang baru nak mula sekolah. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Namun setelah enam bulan berlalu, stress itu masih ada sebenarnya. Tetapi terubat apabila saya memikirkannya kembali. Inilah cabaran, ambillah ia dari sudut yang positif. Ia adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan 5 hingga 10 tahun akan datang. Bahkan seumur hidup! Inilah saham saya di akhirat nanti, ibarat kain putih. Saya turut bertanggungjawab dalam mendidik mereka erti kehidupan.

Panjang betul mukaddimah kali ini. Saya nak menceritakan tentang murid-murid saya yang telah kehilangan gigi mereka. Terutamanya gigi hadapan. Sengaja saya ambil gambar mereka untuk kenang-kenangan. Banyak perubahan yang berlaku pada mereka terutamanya dari aspek fizikal.

Jika dulunya mereka kelihatan sangatlah comel, sekarang nampaklah sedikit kematangannya. Matang dari kaca mata saya, saya melihat mereka membesar. Kadang terperasan baju yang mereka pakai semakin ketat dan sendat. Menunjukkan mereka semakin membesar. Iyalah, budak! Tidak mungkin mereka semakin mengecil.

Nikmatilah gambar-gambar ini:


Faiz. Chubby boy. Pencapaian beliau sederhana dalam matematik. Saya berharap beliau dapat meningkatkan lagi kefahaman beliau dalam semua matapelajaran. Harap tahun depan masih di kelas Hibiscus.

Irfan. Kadang-kadang pemalu, manja sikit-sikit. Entah berapa kali mengangis semasa saya mengajar. Clever boy.

Aidil. Saya menghadapi masalah besar untuk mengajar beliau. Duduk di kelas pandai tetapi.... bukan apa, kesian tidak dapat mengikut rentak rakan-rakan yang lain dan susah untuk saya fokus kepada beliau sahaja. Murid-murid lain pernah menyuarakan "cikgu ni asyik tanya Aidil je" Hmm, susah kan...


Balkis. Budak kelas sebelah (1 Alamanda). Sangat sporting.


Siti Umairah. Sangat matang berbanding rakan sekelas yang lain. senang mengajarnya.
Clever girl.

Sabrina.

Tak ingat nama beliau. Minta maaf, kelas 1 Alamanda hanya 3 waktu seminggu(PJK). Sukar untuk mengingati semua. Melakar sejarah dengan lari dari rumah kerana tidak balik ke rumah dengan tidur di rumah rakan. Kesian... Family problem.

Umar Ukashah


Nuramina

Adios...


Adyri
81000 Kulai, Johor.

6 comments:

babyling said...

yus, nPe students semua rongak gigi depan?? yus bg byk sgt gula gula as motivation ek

adyri said...

memang sengaje amik gambar y rongak gigi depan je. gambar ni diambil dalam masa 1jam setengah. 2 mase dalam 1 kelas dan 1 mase dalam kelas lagi satu.

Memang dah perasan 2,3 hari sebelum tu ramai bdk2 y sy mngajar xde gigi depan. tu yang ambil gambar diorang.

Ni kenangan ni. Lepas ni susah dah nak tengok diorang xde gigi depan. lgpun bdk2 drjah satu, kiut2 lagi. hehhehe

babyling said...

hikhik
tol tol
chumei chumei

dhiyauqalbii said...

salam..ni yusti ke??akak tak berapa cam.. yusri bukan sama batch ngn adik akak mimi?? ingat2 lupa..tgok gambar mcm lain je.. ;-) tahniah,dah jadi cikgu,selamat mendidik anak bangsa...

ps:anak murid comel2..terutama tang gigi tu..hehe

adyri said...

ye kak, yusri lh ni. mmg sm batch dgn mimi, tp saya kluar wosto awal form 4. so byk lost contact dgn kawan2.

tgk gambar mcm lain je tu mmg la. skrg dh gemuk. makin kembang.. hehehe...

anak murid mmg cumei2. sbb darjah satu. saje je hr tu xde idea nak update blog.

Matjoe said...

matjoe datang c ni