Monday, September 28, 2009

Kuih Raya

Assalamualaikum Wbt...

Sudah lama blog ini tidak dikemas kini, minta maaf kepada pengunjung blog ini kerana tidak dapat membuat masukan baru. Tiada perkhidmatan internet sewaktu di rumah, ada banyak cerita yang ingin ditulis tapi oleh kerana tiada internet banyak yang lupa.

Saya nak bercerita mengenai kuih raya(atau biskut, saya selalu menggunakan perkataan kuih) yang akan saya cari apabila hari raya. Bila tiba hari raya, timbul keinginan untuk merasa kuih yang sudah lama tidak dimakan dan pada hari rayalah saya dapat merasa kuih-kuih tersebut. Terutamanya kuih tradisional, kuih yang sememangnya jarang saya jumpai dan tidak ada dijual di kedai-kedai.

Agar-agar kering

Memang saya cukup gemar akan kuih ini. Mak saya cakap senang je nak buat kuih ni, harus guna gula batu kalau tidak tak jadi. Tapi emak tidak pernah membuatnya walaupun beliau tahu anaknya mesti cari agar-agar kering kalau hari raya. Bila dah jumpa kat rumah orang, kadang-kadang habis satu balang saya makan bersama adik.



Putu Kacang

Masa arwah tok masih ada, beliau pasti akan beli. Saya pun tumpang la makan. Sekarang ni memang susah dah nak jumpa dan jarang-jarang dihidangkan sebagai kuih raya.



Bahulu

Bahulu sekarang tidak sama rasanya dengan bahulu zaman dahulu. Rasanya seperti kek. Teringat masa kecik-kecik dulu, jiran saya memang pandai buat kuih. Pernah tengok beliau mengepuk bancuhan bahulu dalam tempayan dan membakarnya menggunakan sabut kelapa dan arang. Tepung gandum dan gula dijemur terlebih dahulu bagi memastikan benar-benar kering dan bahulu tahan lama. Argh, rindunya nak makan. Sape ade boleh kirim x? hehee....



Biskut Makmur

Kuih ni memang dah lama wujud, tapi pertama kali saya rasa adalah sewaktu belajar di Maktab Perguruan Gaya pada tahun 2005. Waktu itu tidak dapat pulang beraya kerana selepas cuti raya ada peperiksaan akhir. Kami pelajar semenanjung menumpang beraya di rumah pensyarah ERT, Pn Norhanida. Beliau sememangnya seorang yang pakar dalam bab masak-memasak dan juga jahit-menjahit.

Nak dijadikan cerita, kami membantu beliau menyediakan kuih-kuih raya dan memasak juadah hidangan untuk menyambut syawal. Salah satu kuih yang beliau buat ialah kuih makmur. Selepas merasanya terus jatuh hati. Raya tahun ni tak jumpa lagi dimana-mana. Hmmm, kempunan.



Tapai (Orang teganu sebut Tape)

Suka jugak makan mende alah ni. Tak kira dibungkus dalam daun pisang ke, daun getah ke, daun jambu ke dan macam-macam jenis daun lagi, ia tetap sedap jika pandai membuatnya. Menggunakan pulut dan ragi dikukus sehingga masak dan lepas tu diperam selama beberapa hari sebelum betul-betul 'masak'.

Tapi awas, jangan dimakan bersama air ber'gas'. Membawa mudarat, ada yang muntah-muntah dan demam jika salah makan.




Mungkin pengunjung blog ini ada kegemaran sendiri tika hari raya, terpulang kepada kegemaran masing-masing dan tradisi keluarga tersebut.

* Meniti hari-hari yang sibuk: praktikum dan prtndingan nasyid + tilawah al-quran minggu hadapan

6 comments:

cegu yang annoying said...

sume mende ni eksotik n aku agak suke kecuali agr2 kering yg aku takley blah sbb trlalu manis... walhal itu yg mak aku slau sgt wat~ hohoho

*erk, tapai tu ada org mkn pg ry kr???*

cegu yang annoying said...

kuih makmur pon aku tak makan, ngeh3x

adyri said...

agr2 kering tu jgnla buat manis sangat. biasa2 sudag la.

pg raya ade je org makan tapai, xtau la tempat len.

tpulang kpd slera masing2.

TEACHER OF SOMEONE said...

biskut makmur dan putu kacang mmg dh jd kuih wajib kt umah aku bila raya....mak aku mmg terrer gler wat...puas hati la mkn...

adyri said...

ko terer x?

cegu yang annoying said...

tiba-tiba tingin nak makan putu kacang~~