Wednesday, February 4, 2009

Tentera Darat siasat klip video komando kena dera

Assalamualaikum wbt....

Ini adalah masukan yang pertamaku tentang askar. Buat pengetahuan semua aku memang mempunyai minat dengan kehidupan askar. Aku juga merupakan seorang askar wataniah berpangkat prebet (pangkat paling rendah), kem yang aku naungi sekarang ini adalah Kem 515 Askar Wataniah. Dulu kem ini berada di Ampang, namun tahun ini kem itu bertukar berdekatan dengan KEMENTAH. Apa itu KEMENTAH? KEMENTAH ialah Kementerian Pertahanan.

Cerita kali ini adalah berkenaan berita yang disiarkan oleh TV3 mengenai komando yang didera. Aku tidak terkejut dengan laporan tersebut, malah rasa jengkel dengan wartawan yang membuat liputan tersebut. Kerana apa? Kerana kebodohan wartawan tersebut yang aku yakin dan pasti tidak mengetahui dengan kehidupan seorang askar yang sebenar.

Berikut adalah petikan dari artikel yang disiarkan oleh Berita Harian:

KUALA LUMPUR: Tentera Darat akan menjalankan siasatan terhadap jurulatih yang didakwa melakukan penderaan terhadap anggotanya dalam Rejimen Gerak Khas (Komando) seperti yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Tentera Darat sudah mengeluarkan Perintah Lembaga Penyiasatan untuk menyiasat sama ada jurulatih terbabit mengingkari garis panduan latihan yang ditetapkan.

Dalam satu kenyataan oleh Markas Tentera Darat, malam tadi, Tentera Darat menyebut klip video itu menunjukkan kemungkinan terdapat jurulatih yang menggunakan teknik yang keterlaluan ketika latihan dan ia perlu disiasat.

Kenyataan itu menyebut, kejadian disiarkan oleh TV3 itu adalah ketika latihan Air Gelap pada 2008, yang membabitkan Kursus Asas Komando di Pusat Latihan Peperangan Khusus.

Latihan Air Gelap itu adalah fasa latihan peringkat akhir kursus sebelum tentera terbabit layak menjadi anggota komando.

“Modul latihan itu memerlukan tahap kecergasan fizikal dan mental yang tinggi dan anggota tentera akan melaksanakan tugas sukar dalam kawasan musuh. Selepas melaksanakan misi yang ditetapkan, anggota kursus perlu berundur daripada kawasan musuh dan seterusnya mesti berusaha supaya tidak ditawan musuh.

“Dalam latihan ini, jika anggota kursus dapat ditawan musuh maka akan berlaku soal siasat yang disimulasikan oleh jurulatih. Soal siasat yang disimulasikan itu direka seakan-akan ia dalam keadaan sebenarnya.

“Ia bertujuan mendedahkan peserta kursus terhadap teknik soal siasat musuh. Ia juga menguji kecekalan anggota untuk bertahan daripada memberi maklumat yang dikehendaki musuh,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan itu menegaskan, jurulatih perlu mematuhi prosedur tertentu untuk mengelak berlaku kecederaan fizikal dan mental kepada penuntut kursus.

“Jika terdapat perbuatan yang di luar garis panduan ditetapkan, Tentera Darat tidak akan bertolak ansur dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang terbabit,” katanya.

Memang bagi orang awam yang tidak mengetahui cerita, kisah dan kehidupan seorang askar apabila melihat video bagaimana seorang komando menjalani latihan merasakan bahawa askar ini tidak berperikemanusiaan. Jurulatih yang melatih askar-askar ini adalah kejam. Tidak ada hati perut! Dan berbagai-bagai lagi tohmahan yang akan keluar dari mulut dan fikiran mereka. Namun itulah realitinya kehidupan seorang askar, mereka ini perlu dilatih untuk menghadapi segala-galanya. Di latih untuk mengatasi batasan diri, diuji tahap fizikal dan mental mereka. Sejauh mana mereka mampu untuk menghadapinya. Itulah askar.

Pada zaman sekarang ini khususnya di Malaysia yang aman tenteram ini, kita (orang-orang muda khususnya) tidak pernah menghadapi zaman perang. Kita tidak tahu bagaimana musuh-musuh akan menyerang dan bagaimana mereka akan melayan kita. Sehubunga itu, para askar ini dilatih untuk mengahadapi situasi keadaan perang yang sebenar. Antara latihan yang paling mencabar sekali bagi askar-askar tentera darat ini adalah latihan komando. Latihan selama tiga bulan yang akan membuatkan seseorang itu boleh menjadi gila! Benar, GILA!

Menyentuh mengenai berita yang disiarkan, pada pendapat aku ia adalah sesuatu yang memalukan aku selaku seorang tentera simpanan. Ini adalah kerana kebodohan dan ketidaktahuan seorang WARTAWAN! Sengaja mencari isu-isu yang akan mendapat perhatian golongan awam mengenai berita yang disiarkannya. Mahu namanya mendapat perhatian. Mahu menjadi tersohor tentang berita liputannya.

Latihan ketenteraan tidak memerlukan liputan media sebernarnya, kecualilah ia adalah untuk mempamerkan kehebatan, kekuatan dan kebolehan tentera yang dimiliki. Pada masa itu, para media akan dijemput untuk melihat dan membuat liputan. Tetapi jika latihan itu melibatkan rahsia ketenteraan negara, ia tidak harus dibuat liputan. Malah bagi kita selaku rakyat Malaysia yang cintakan negaranya, WAJIB merahsiakannya!

Berita seperti ini pasti menjadi bahan ketawa dan ejekan tentera asing. Bahawa tentera Malaysia ini lembik, tidak kuat, penakut dan sebagainya. Kerana apa? Kerana latihan yang dijalani itu dikatakan suatu penderaan. Penderaan itu sebenarnya adalah salah satu dari bentuk latihan ketenteraan. Ia adalah penting untuk melatih tentera yang berdisiplin dan mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang mantap. Jika tentera itu tidak boleh didera, buat malu sahajalah jadi tentera.

Latihan seperti ini memanglah bagi orang awam adalah satu perkara yang tidak wajar dilakuan Justify Fullpada zaman yang mementing teknologi ini. Ia seolah-olah tidak berperikemanusiaan. Akan tetapi inilah hakikat yang perlu bagi seorang tentera. Kita tidak pernah merasa bagaimana menghadapi peperangan. Adakah kita tidak melihat dan mendengar bagaimana rejim zionis melanyak penduduk Palestin? Membunuh wanita dan kanak-kanak seolah-olah membunuh semut, yang boleh dipijak-pijak dengan kaki sahaja. Dan kita tidak tahu bagaimana nanti jika negara yang kita cintai ini akan diserang oleh musuh-musuh yang senantiasa cemburu dengan kemakmuran dan kedamaian kita kecapi hari ini?

Oleh kerana itulah tentera-tentera negara kita ini dilatih untuk berhadapan dengan situasi-situasi yang mungkin mereka akan hadapi apabila peperangan berlaku di bumi bertuah ini. Jika berlaku peperangan, mungkin penderaan (sebenarnya latihan) yang dihadapi oleh komando itu adalah hanya sekadar 10% daripada situasi sebenar yang akan dihadapi. Cuba kita bayangkan bagaimana mereka ini akan mampu mempertahankan tanah air jika latihan yang mereka jalani tidak berat, tidak kejam dan tidak perikemanusiaan? Tidak cukup lagikah dengan pendedahan media mengenai peperangan di Iraq dan Afghanistan? Bagaimana rakyat mereka dilayan oleh tentera Amerika Syarikat yang kejam itu? Mari sama-sama kita renungkan......

Adios......





10 comments:

wanchope said...

aku stuju dgn ko.. Orang awam x fham... sbb kbnyakan hidup dlm keadaan selesa... Kes mcm ni bkn melanggar hak asasi manusia.. tapi latihan supaya than dengan org yang xpernah berhenti melanggar hak asasi manusia mcm israel yang laknatullah tu.. So, ble dorg dah dilatih, minda lagi kuat dan tak mudah mengalah. .. mcm mn nk latih org supaya tahan seksaan musuh islam klau mereka xpernah merasai seksaan yang kejam lagi jahanam mcm israel? so, inilah pendedahan sebhgn daripada.. kalu baru kne bantai dgn kaum sendiri dh mengalah,mcm mnla nk kuat smgt menentang musuh islam yang tak pernah kenal erti "kesian"? (ridzuan, wanchope)

adyri said...

ya betul tu wan,
aku stuju dgn pendapatmu.
Orang biasa yang tidak tahu mengenai kehidupan askar tidak layak untuk menilai sesuatu latihan ketenteraan.

Bat said...

Saya pun sokong walaupun saya bukan askar(Tapi abah aku bekas askar).

Mental kena kental~

adyri said...

Ya betul tu Bat
Aku sokong pendapat hang
anyway, slmt datang ke blog aku yang tidak seberapa ini. Masih banyak yang perlu dipelajari.

Pu_deen said...

miowww...

Pu_deen said...

Wei! sebenarnya aku memang suka bila askar2 komando ni kena dera, teringin skali nak tengok aksi komando didera kaedah "water boarding" mcm dekat penjara Guantanamo, Cuba. Tgk nanti aper pulak yg org kater biler masok tv3 nanti..

tapi ader ker kaum perempuana yg jalani latihan komando??? X pon at least yg dera tuh perempuana pon okey jugak, macam best jer biler ditelanjang, aku sudi didera sedemikian rupa juga perempuana2 cantek2 yg buat mcm tuh!

Peh! tunggu aku di latihan komando wahai kapten2 yg comel2...

LeLakiSingLe said...

betul tu yus...aku sokong ngam mu..lepas ni kita sama2 apply jadi komando lak.hahaha

Unknown said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 婚禮顧問 婚禮顧問

Mohd Farizal said...

Aku setuju dengan penulis artikel ni.. Good job bro.. Ini dapat membuka mata kepada mereka yg tak tahu latihan sebenar tentera komando ni..

Mohd Farizal said...

Aku setuju dengan penulis artikel ni.. Good job bro.. Ini dapat membuka mata kepada mereka yg tak tahu latihan sebenar tentera komando ni..