Tuesday, February 17, 2009

Hari Ulang Tahun Rejimen 515 Askar Wataniah Ke-7

Assalamualaikum Wbt.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.


Pada hari sabtu dan Ahad yang lepas, aku telah menghadiri Latihan Tempatan Askar Wataniah di Kem 515AW Bkt. Keramat. Latihan kali ini adalah bersempena Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen 515 Askar Wataniah yang ke-7.

Inilah kali pertama latihan tempatan diadakan di kem baru ini. Pada permulaannya aku berasa 'sedikit' teruja lah untuk menghadiri latihan kali ini. Walaubagaimanapun 'keterujaan' itu menjadi biasa-biasa saja akhirnya kerana latihan tempatan yang sudah aku maklumi dari dahulu lagi adalah membosankan.

Almaklumlah dengan aktiviti yang sama sahaja dan antara perkara yang aku tidak gemari di dalam askar ialah menunggu. Tapi, walau macam mana bosan pun aku, insya allah jika tidak ada aral melintang aku akan tetap hadirkan diri. Orang kata (bukan aku kata) semangat tu yang penting, tidak kisah lah jika aktiviti membosankan.

Sebenarnya bergantung kepada diri kita juga, sebenarnya kita mampu untuk menjadikan sesuatu aktiviti itu sama ada bosan atau tidak. Jika bosan, kita harus bersungguh-sungguh untuk menjadikannya tidak bosan. Betul tak?

Aku harap aktiviti tahun ini ada sedikit keterujaan untuk aku hadiri ditambah lagi dengan pengumuman oleh En, Rasyid memberitahu bahawa aktiviti tahun ini sudah dirancang dan ada sedikit perubahan untuk menarik minat ramai lagi perajurit untuk menghadirinya.

Sesi bergambar setelah tamat perbarisan

Cuma satu perkara yang sedikit melucukan berlaku pada latihan kali ini, aku dan beberapa orang lagi ditugaskan untuk membuat sedikit persembahan pada acara pulut kuning sempena HUT ini. Malu lah juga, kena buat aksi depan orang ramai dalam dewan makan tersebut.

Namun kugagahkan jua serta tebalkan muka yang sedia ada tebal dek lemak ini untuk membuat persembahan tersebut. Pada malam selepas latihan kulihat bahuku merah dan lebam-lebam kerana dipijak oleh rakanku untuk berdiri. Mahu tidak lebam, bahuku dipijak dengan kasut beberapa kali sebelum persembahan.

Sebelum persembahan mestilah kita buat latihan dahulu kan, jadi kira sendirilah berapa kali bahuku dipijak dengan kasut yang sungguh keras itu. Boleh tahan juga la sakitnya tapi tidak mengapalah. Tidaklah sesakit rakyat Palestin berjuang menentang Yahudi Laknatullah yang tidak berperikemanusiaan itu.

Ok tak?Huahuahua....

Combo Renjer membuat persembahan semasa jamuan

Sekian sahaja untuk kali ini, adios.....

7 comments:

Unknown said...

Hai... Saya dari Rej 515 kem ampang..tetapi sudah lama (agak 2 tahun) tidak mehadiri kusus latihan tempatan kerana kusus2 yg ditawar agar bosan. Bolehkah saya tahu kem Ampang sudah pindah ke kem Bkt. Keramat. Ataupun 515 ada beberapa kem latihan di tempat yg berbeza.

adyri said...

sudah tukar ke kem keramat. sila rujuk di laman web rejimen di: rj515aw.ning.com

Unknown said...

salam...waaah... naik semangat lah bila tengok wajah2 askar2 muda nie... teringat waktu di maktab dulu...dalam lingkungan tahun 98-2001.. terlibat secara langsung dalam wataniah.. cuma tinggal kenangan.. sekarang dah x aktif dah..

adyri said...

sy mungkin mengikut jalan bro. Skrg ni sudah bz dengan sgl mcm hal. Susah nak follow aktiviti wataniah.

Sekarang ni kem tahunan dengar2nye bulan 10 ni. confirm xleh nak follow. Still praktikum lg. Sedih sebenarnye.

boon said...

boleh tanya, saya ingin join wataniah , rej 515 dekat jln ampang kl betul? macam mana saya boleh dapat telephone number dan tanya for rekrut

iceblended4u said...

saya ex 6121148 farah diba bt saari...ex lkpl tau...kalo ader yg same n kenal sayer email sayer k.farah_diba1983@yahoo.com....sayer nk cr member lama dlm wataniah dr 2001-2003

iceblended4u said...

sayer skrg wat ice blended....ada jual serbuk.ader yang minat nk beli email 1kg rm20....