Assalamualaikum wbt.......
Kali ini aku nak cerita tentang surau yang aku singgah dekat Leisure Mall. Sebenarnya tiada apa yang menarik pun tentang surau di sana. Cumanya selepas ini insyaallah aku akan menulis lagi tentang surau-surau dan masjid-masjid yang aku telah singgah untuk menunaikan kewajipan, sudah tentu tidak lain dan tidak bukan solat lima waktu itu.
Surau yang aku singgah kali ini hanya biasa-biasa sahaja. Tiada apa yang menarik pun, tetapi surau itu sudah cukup untuk aku menunaikan solat asar petang tadi. Berikut adalah kriteria yang aku nilai dengan skala 1 hingga 5 (1 adalah yang paling teruk dan 5 adalah yang terbaik):
Kebersihan: ****
Keselesaan: **
Bau: **
Tempat Wuduk: *
Kenapa aku bagi tempat wuduk satu bintang sahaja kerana aku kena ambil wuduk di tempat yang jauh lebih kurang 20-30 meter dari surau (aku main agak je, tak tau la betul ke tak). Hmmm, itulah ceritanya. Surau itu memang bersih, sebab tiada sampah yang aku jumpa dan sejadah pun disusun rapi, tidak bersepah-sepah. Walau bagaimanapun, ada sedikit bau yang kurang menyenangkan (ntah la, kalau sembahyang di surau-surau pusat membeli-belah ni, bau yang kurang menyenangkan mesti ada).
Malas nak komen banyak tapi tengok la peti suis dan kipas ekzos serta paip pendingi hawa.
Insyaallah, surau-surau yang telah dan akan aku singgahi akan aku ceritakan lagi tentang kisahnya. Wassalam, adios..................
8 comments:
surau ni kecik je..dahla kat tpt parking..
spttnye kene letak kat dlm mall br lebih elok..
nak bt cmne fareez, biaser r
surau ni xde kepentingan ekonomi dunia
hanya sekadar ekonomi akhirat
kat dunia xde untung pun
tu y letak kat ceruk-ceruk tu
surau2 kat shopping mall mana2 pun sama je isunyee... hampehhh..
habis tu nak buat mcam mana lagi kan,
shoping mall tu bukan orang kita punya,
hanya sekadar di pinggiran...
Pernah singgah sekali, untuk menunaikan solat asar.. huhu.. melilau jugak la nak cari paip air.. hehe.. tp nak wat macam mana, demi kewajipan dan tanggungjawab sbg hambanya,ku gagahkan juga mencari paip air untuk berwuduk.. (",)
Well done le adry, alhamdulillah hang dah bantu kami yg tak tau terus jd tau. Bagus, teruskan niat n usaha murni hang... Jap lg kami sekeluarga akan try sembahyang di sana. Mai kita tgk Camna. Since hang dah bagitau tempat ambik air sembahyangnya jauh maka kami, akan bersiap sedia ambil air sembahyang di rumah. Tq bro. Assalam
Well done le adry, alhamdulillah hang dah bantu kami yg tak tau terus jd tau. Bagus, teruskan niat n usaha murni hang... Jap lg kami sekeluarga akan try sembahyang di sana. Mai kita tgk Camna. Since hang dah bagitau tempat ambik air sembahyangnya jauh maka kami, akan bersiap sedia ambil air sembahyang di rumah. Tq bro. Assalam
tmt cina. dia wt xtahu je. asal ade. syukur la jugak kn
Post a Comment