Aku tak paham ape nak jadi dengan Malaysia ni. Dulu dengan bangganya mengishtiharkan bahawa Malaysia ni adalah negara Islam. Sekarang ni nak laksanakan hukuman sebat ke atas seorang wanita kerana minum arak pun bukan main susah lagi. Tolak sana tolak sini, macam-macam alasan dan polemik yang berlaku kerana si Kartika ni.
Si Shahrizat
Terang lagi bersuluh yang beliau ni tak ada ilmu tentang sebatan dalam islam. Beliau dok sokong supaya hukuman sebatan ke atas Kartika di tangguhkan dan kalau boleh tidak perlu diteruskan. Bagiku sangat bahaya wujudnya orang begini dalam negara kita. Sila baca artikel surat khabar disini dan sini. Tang mana wanita diremehkan pun aku tak tau.
Yang takut sangat dengan media antarabangsa tu kenapa? Sepatutnya beliaulah yang memberikan penerangan yang jelas tentang pelaksanaan hukum syariah di negara ini. "Namun saya terkilan laporan media asing menggambarkan seolah-olah pentadbiran undang-undang syariah di Malaysia zalim terutama kepada wanita. Sedangkan ini adalah satu kes saja," katanya. Hello! Awak sepatutnya memberikan penerangan yang jelas kepada mereka. Rakyat bayar mahal-mahal gaji takkan suruh cakap saya terkilan je.
Wanita dihukum kerana minum arak itu suatu perkara yang meremehkan ke? Ke beliau sokong supaya semua wanita Islam di negara kita supaya minum arak terang-terangan? Sungguh aku tak faham.
Kalau tak silap beliau juga terlibat dalam menyusahkan urusan untuk kahwin untuk isteri kedua dan seterusnya di wilayah persekutuan. Banyak implikasi yang berlaku atas peraturan ini seperti kahwin lari, kahwin di Siam, memalsukan tandatangan dan sebagainya. Sedangkan hak kahwin itu ke atas lelaki. Mungkin beliau risau jika berlaku penceraian apa akan berlaku terhadap isteri. Bukankah sudah ada peraturan, gunalah peraturan itu sebaiknya. Kuat kuasakannya dengan baik.
Kita ada pihak yang berautoriti, gunalah ia sebaiknya. Jika si lelaki itu lari ke atau sebagainya, takkan polis tidak mampu nak cari. Kata PDRM kita ni bagus, suruhla polis cari sebaiknya.
Nota: Secara peribadi aku tak suka si shahrizat ini. Pemikirannya sangat merisaukan!
Kesimpulan
Aku percaya ada orang (tak kiralah menteri ke pengarah mana ke) yang tidak suka perkara ini berlaku terlibat. Kalian tanggunglah kat akhirat nanti. Aku dah luahkan kat blog ni yang aku tidak suka perkara macam ini berlaku. Setakat ini sahaja yang aku mampu lakukan. Ya Allah, dengan keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, yang mana hanya kau sajalah yang layak memberikan pahala kepada orang yang berpuasa, kau berikanlah hidayah dan petunjuk kepada orang yang terlibat dalan kes Kartika ini. Sesungguhnya hamba-Mu ini tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikannya. Amin.....

Jabatan Penjara tiada pakar sebatan syariah
Ni keluar pulak kenyataan dari Dato' Seri Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri cakap bahawa Jabatan Penjara tiada pakar sebatan syariah. Wahai Dato' Seri kesayangan ramai, kalau Dato' cakap kita harus import pakar sebatan dari negara Saudi contohnya untuk menyebat si Kartika dan juga melatih para pegawai untuk sebatan bagi hukuman mahkamah syariah kan senang sikit ceritanya. Dato' cakap on je, para pegawai bawahan Dato' Seri akan cepat-cepat uruskannya. Dato' mesti tak pening kepala lah.Pendakwa dakwa Penjara Kajang halang hukuman sebat
Ni kes politik namanya. Ada orang atas cakap tidak boleh terima si Kartika kat Kajang, lalu si penurut arahan pun melaksanakanlah arahan ini. Kalau tidak ada arahan, masakan tak boleh terima. Sila baca disini.Sebatan tidak ancam nyawa - Harussani
Memang tidak mengancam nyawa pun. Dah la 6 sebatan je, sebatan syariah ni memang tidak boleh angkat ketiak. Cuba la try buat sendiri, rasanya kalau berbekas tu sikit je kot. Tak sampai satu hari dah boleh hilang bekasnya. Bukannya sebat macam kes sivil, sekali sebat bekasnya takkan hilang seumur hidup wei! Sekarang ni siapa yang kejam sebenarnya?Kesimpulan
Aku percaya ada orang (tak kiralah menteri ke pengarah mana ke) yang tidak suka perkara ini berlaku terlibat. Kalian tanggunglah kat akhirat nanti. Aku dah luahkan kat blog ni yang aku tidak suka perkara macam ini berlaku. Setakat ini sahaja yang aku mampu lakukan. Ya Allah, dengan keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, yang mana hanya kau sajalah yang layak memberikan pahala kepada orang yang berpuasa, kau berikanlah hidayah dan petunjuk kepada orang yang terlibat dalan kes Kartika ini. Sesungguhnya hamba-Mu ini tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikannya. Amin.....
No comments:
Post a Comment