Tuesday, July 21, 2009

Seoul Garden

Assalamualaikum Wbt...

Hari ni selepas kuliah kami berempat pergi menonton wayang di One Utama. Cerita Harry Potter yang biasa-biasa saja. Tak la teruja sangat jalan ceritanya.

Selepas sembahyang zohor kami ke Restoran Seoul Garden. Restoran makanan Korea yang menyediakan buffet makanan korea. Pada pandangan kami semua (berempat la maknanya) restoran ini lebih baik jika dibandingkan dengan Chicken Hurtz di Kotak Masa (Times Square).

Ada banyak pilihan makanan yang memerlukan kita memasak sendiri sama ada merebus ataupun membakar. Satu pilihan makanan yang agak menyihatkan jika dibandingkan dengan menggoreng. Makanan utamanya adalah daging lembu atau daging ayam yang sudah diperap dan kita haruslah memasaknya sendiri.

Ada juga pilihan seafood, sayur-sayuran dan juga bot stim (steam boat). Ada beraneka ais krim dan air untuk dipilih selain beberapa jenis buah-buahan.

Deli yang sudah kurus, jeles aku tengok

Harganya mungkin agak mahal kalau untuk pelajar sepertiku yang mengharapkan biasiswa dari kerajaan. Tapi jika dibandingkan dengan harga restoran buffet yang lain, harganya mungkin murah (RM 24 utk pelajar).

Kali pertama ke sini memungkinkan aku akan datang lagi untuk kali kedua. Tapi bila? Entah, aku pun tidak tahu.

Habis rosak program dietku. Wakaka...


* Gambar makanan tak sempat ambil, gelojoh sangat masa makan.
* Esok nak gi Port Dickson, hmmm...

Adios.....

6 comments:

Cahaya Kasih Ladyana said...

wah..best2..yana pun dah pegi dah seoul garden 2..yup lagi enak dr yg chicken2 2..ada variety of fuds..

Unknown said...

tak ajak..mana aci

adyri said...

yup, it's better than chicken hurtz.

Sory la zila, g pun x drancang. yang rancang nak tengok wayang je. makna2 tu sampingan sbenarnye. hehehe.

cegu yang annoying said...

wahahah... layan btui aku tgok dak2 ni makan.. bawak kawan lagu ni, baru besh makan!!

adyri said...

nak bt cmne, first time...

Anonymous said...

re: camera saje- RM 235