Assalamualaikum Wbt...
Kehadiran mereka adalah untuk menghadiri Seminar Penyelidikan Pendidikan Teknikal & Vokasional di kampusku IPGM Kampus Pendidikan Teknik pagi ini. Menjadi penyambut tetamu bidan terjun dengan arahan oleh pengarah menjadikan aku berpeluang menyambut bekas pensyarahku ini.
Sebenarnya, Hang Kebun & Hang Lampu tu bukannya aku yang bagi nama, tapi rakan sekuliah yang menceritakan peristiwa beliau bertemu dengan bekas pelatih maktab tersebut yang menggelar dua orang pensyarahku ini dengan gelaran tersebut. Sesungguhnya aku tidak terlibat sama sekali.
Hang Kebun adalah Encik Lee Chee Huat, beliau sememangnya berpengalaman mengajar matapelajaran agroteknologi ataupun pertanian manakala Hang Lampu adalah Encik Lee Kim Chong lebih kepada bidang teknikal seperti Elektrik, Elektronik, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.
Pertemuan kali pertama di Maktab Perguruan Gaya dengan dua orang pensyarah tersebut banyak meninggalkan kenangan.
"Kau punya tau lah tu!"
"Kau sendiri tau lah tu bah!"
Ayat inilah yang selalu keluar dari mulut Encik Lee Kim Cong (LKC). Teringin mendengarnya sekali lagi.
"Aaa, saya ada kerja. Kamu buat kerja sendiri ya!"pesan beliau selepas menjawab telefon di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung oleh Encik Lee Chee Huat (LCH).
Setiap kali interaksi di dalam kelas, pasti aksi beliau menjawab telefon berlaku. Tengahari tadi pun semasa pembentangan oleh pembentang kertas kerja berlangsung, kalau tak silap aku dua kali telefon beliau berbunyi.
Mungkin juga aksi membawa cerek elektrik ke tandas mengambil air untuk memasak maggie.
"Kamu jangan guna cerek saya ya!" pesan beliau ketika kami berada di dalam kelas masakan.
Sesekali terasa nak gelak bila bercerita dengan rakan-rakan lain mengenai pengalaman di Gaya. Memang rindu itu semua. Semoga sempat untuk aku dan rakan-rakan membuat reunion di IPGM Kampus Gaya dan bertemu dengan semua pensyarah yang pernah mengajar kami sewaktu persedian dulu sebelum mereka bersara, mudah mudahan. Tapi bila ya? Aku pun tidak tahu!
Sekian, adios....